Monday, December 31, 2012

TAQARRUB

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah swt,selawat dan salam buat junjungan besar kita Rasulullah saw kerana dikesempatan yang ada ini kita dapat sama-sama berkongsi ilmu dilapangan blog ini.Apa khabar anda semua pada hari ini?saya harap anda semua berada didalam keadaan yang dipenuhi dengan seribu kemanisan.Hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun masihi 2012,tapi bagi kita sebagai umat islam hari ni seperti biasa sahaja,tiada sebarang sambutan yang saya rasa bertentangan dengan ajaran agama islam itu sendiri.Selalunya bila tiba sahaja tahun baru ini,bagi mereka yang sering terdedah kepada pelbagai kemungkaran.Kita semua bergembira menjadi alpa dan bersukaria dengan alasan menyambut tahun baru yang setahun sekali.Sepatutnya kita sebagai orang mukmin tidak akan terlibat dengan perkara-perkara mungkar tersebut.Hari ini telah ada pilihan samada kita ke konsert-konsert malam tahun baru atau menghadiri ceramah agama tahun baru.Nah…pilihan ditangan kita seperti yang saya cakap,tepuk dada tanyalah iman.

Baiklah hari ni saya nak berkongsi ilmu dengan anda semua berkenaan apa itu TAQARRUB.Mungkin ada antara kita yang macam pernah dengar dan mungkin pertama kali mendengarnya.kalau yang pernah dengar tu mungkin faham dan tahu maksudnya bukan?Taqarrub bermakna mendekatkan diri kepada Allah swt dengan berbakti dan beramal soleh tanpa rasa malas atau letih.Allah memandang tinggi kepada orang-orang yang bertaqarrub kepadaNya dan memuliakan mereka.

Allah berfirman melalui Rasulullah saw:
“Dan tiada seorang hambaKu yang bertaqarrub(beramal)kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Kucintai daripada ia menunaikan semua yang Kufardhukan ke atas dirinya”

Oleh yang demikian kita harus memulakan taqarrub kita dengan menunaikan segala yang difardhukan oleh Allah swt keatas diri masing-masing,sama ada yang berupa amalan fardhu ain mahupun fardhu kifayah kerana yang demikian itu adalah tangga mendaki kepuncak taqarrub yang hakiki kepadaNya.Sebab itulah hadis diatas menuntun kita agar menunaikan segala yang difardhukan oleh Allah sebagai taqarrub yang dikasihiNya.
Kadangkala kita ini sebagai manusia banyak ditimpakan Allah ujian untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya,kadangkala Allah ingin sekali melihat keikhlasan kita dalam menjalankan ibadah kepadaNya,Ada orang diuji dengan rasa malas untuk solat dan merasa berat untuk melaksanakannya.Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah segala ujian-ujian seperti ini,dan sekiranya kita menghadapinya saya harap kita mampu mengharunginya dengan tabah dan istiqamah.

Ada orang rajin bangun malam dengan harapan untuk bertaqarrub kepada Allah swt,Alhamdulillah serba sedikit usaha mereka itu beroleh pahala daripada Allah swt.Bagi mereka itu kesenangan dan keselesaan sewaktu tidur itu tidak menjadikan mereka ini alpa daripada bangun untuk mengingati Allah swt.Airmata mereka mengalir saat mengenangkan dosa-dosa silam,malah mereka merasa dekat dengan Allah saat itu.Semoga kita sama beroleh mahabah daripada Allah.

Mulakanlah kesempatan yang masih bersisa ini untuk kita sama-sama bertaqarrub kepada Allah swt,bukankah mati itu tidak mudah untuk kita jangka?jadikanlah masa kita ini penuh dengan amalan amalan yang beroleh pahala daripada Allah swt.

No comments:

Post a Comment