Wednesday, March 20, 2013

TENANG TANDA SENANG

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah swt,tuhan sekalian Alam…bertemu lagi kita setelah beberapa hari kita tidak dapat berkongsi ilmu di lapangan blog ini,dengan kesibukkan tugasan seharian memungkinkan saya untuk sama sama berkongsi secebis ilmu dengan anda semua,Selamat sejahtera dan selamat pagi saat ini buat anda yang sedang menatap blog ini,Apa khabar anda hari ini ya?saya harap anda berada di dalam keadaan yang cukup membahagiakan.Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu tajuk yang saya cukup sukai iaitu TENANG TANDA SENANG.tentu anda semua ingin mencari sebuah ketenangan sebagai tanda hati senang.

Allah swt menciptakan manusia dan mendorongnya untuk mengenal yang hak dan yang batil.Diperkenalkan kepada manusia itu bahawa yang hak adalah perkara yang baik dan terpuji,lalu dijanjikan dengan balasan syurga,Manakala yang batil pula sebagai perkara yang jahat dan tercela lalu diancam dengan balasan neraka.Melalui pengenalan inilah sepatutnya akan tertanamlah di dalam hati manusia akan perasaan sukakan yang baik dan bencikan yang jahat,disebabkan balasan yang akan mereka terima kelak daripada segala amal perbuatan mereka itu sendiri.Malangnya manusia itu mudah tewas dengan dorongan hawa nafsu yang dipimpin oleh syaitan yang begitu kerap mengelirukan manusia sehingga tertipu dengan pujuk rayunya.lalu tanpa berfikir panjang manusia akan menceburkan diri ke dalam perangkap syaitan yang menyesatkan samada jiwa rela atau terpaksa.ini adalah kerana jarang terdapat manusia yang sanggup menentang kehendak hawa nafsunya yang ammarahbissu’ itu.

Melalui segala bentuk ujian kebaikkan dan kejahatan ini,jiwa manusia sering berada dalam keadaan tenang,senang,bimbang dan takut atau sebagainya.Kita akan berasa takut dan berasa amat bimbang bila melakukan sesuatu yang salah dan menjurus dosa,tetapi jika apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang baik hati akan merasa senang dan gembira.ketenangan hati akan sentiasa merasa senang selagi jiwa terus berdampingan dengan akhlak yang mulia serta mengerjakan segala yang hak dan baik.Sebaliknya jiwa yang melakukan dosa,akan sentiasa berasa sempit dan terganggu gugat oleh kelakuan anggota yang menyeleweng dari yang hak dan benar.Maka jadilah hati yang tidak tenteram itu dalam keadaan ragu dan bimbang.Ia berada dalam keadaan terumbang ambing sehinggalah ia menerima penawar iaitu dengan melalui jalan taubat.Taubat yang sebenar-benar taubat sahajalah yang dapat memberi kembali ketenangan hati.

Kesimpulannya manusia yang ingin mencari ketenangan hati hendaklah sentiasa menjauhkan diri daripada perkara-perkara keji dan tercela,senantiasalah mencari ketenangan hati dengan melaksanakan segala perbuatan yang hak dan baik.

Tuesday, March 5, 2013

SANG MUKMIN PERKASA BERKISAH...


TEMPAT BERGANTUNG PALING AMPUH

TADBIR MANUSIA SENANTIASA TUNDUK DI BAWAH TAKDIR ILLAHI.
HIDUP DI BAWAH TAKDIR ILLAHI MEMBAWA KEPADA TAWAKAL DI ATAS USAHA DAN IKHTIAR.
PENOLONG YANG SEBAIK-BAIKNYA HANYALAH ALLAH SWT.DARIPADA ALLAH KITA DATANG,
DARIPADANYA JUGALAH KITA DILIMPAHI SUMBER HIDUP DAN KEKUATAN.
KEPADANYA JUGA DISANDARKAN SEGALA HARAPAN,LANTAS KEPADANYA JUGALAH KITA KEMBALI.
KEMBALI KEPADA DALAM SEGALA PENGHARAPAN KEHIDUPAN AKAN MEMUDAHKAN UNTUK KITA KEMBALI KEPADANYA SAAT PEMERGIAN ABADI


SANG MUKMIM PERKASA,KLANG SELANGOR 5.3.2013

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan