Tuesday, December 18, 2012

MENEPATI JANJI

Assalamualaikum wbt.
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Apa khabar anda semua pada hari ini?saya harap anda semua berada didalam keadaan yang cukup membahagiakan.Alhamdulillah…kerana sukar bagi kita mendapat kebahagiaan andai hati kita dipenuhi dengan perasaan hasad dengaki,takbur dan membangga diri.Alangkah hinanya diri kita andai sifat-sifat cela tersebut bermaharajalela didalam batang tubuh kita.

Baiklah pada hari ini saya nak cerita satu tajuk yang mungkin dah biasa kita dengar bukan?selalu masa kita sekolah-sekolah dahulu kita pernah diajar oleh cikgu kita bukan?tajuk saya pada hari ini adalah tentang menepati janji.ha…dengar macam dah biasa jekan?tapi tulah yang biasa-biasa ni susah jugak kita nak penuhi kan?menepati janji…adalah sifat terpuji andai kita mampu miliki.tak semua orang mampu dan hanya pada mereka yang benar-benar menghargai sebuah perjanjian .Saya masih ingat masa saya kecil-kecil dahulu,ibu saya sering mengingatkan saya agar sentiasa menepati janji dalam apa juga perbuatan,walaupun saya tahu ingatan ibu itu kadang-kadang sukar juga untuk saya penuhi,namun saya tetap cuba untuk lakukannya.Alhamdulillah sehingga hari ini saya sering mengingati pesanan ibu saya itu.

Pernah saya berhadapan dengan orang yang tidak menepati janji.Orang yang seperti ini jika kita mampu untuk merubah sifat buruknya adalah satu anugerah yang terindah pernah kita miliki.Kenapa saya cakap macam tu ya?yerlah sifat tidak menepati janji ini ada satu perbuatan buruk yang dilaknat Allah swt,kita sedia maklum perbuatan tidak menepati janji ini adalah sifat orang MUNAFIK.anda semua pasti tahu bukan sikap orang MUNAFIK?apabila mereka berjanji,mereka akan memungkiri.MasyaAllah betapa buruk dan hinanya sifat ini,Nauzubillahmizalik….semoga saya dan anda semua terhindar daripada memiliki sifat buruk seperti itu.

Bagaimanakah cara untuk kita menepati janji?bagi saya sendiri,melalui pengamatan saya,apabila kita berjanji tentang sesuatu perkara,Berusahalah untuk kita cuba memenuhinya,hargailah apa jua janji yang telah kita patrikan.Sentiasalah berdoa,agar kita diberikan oleh Allah swt kekuatan untuk memenuhi apa sahaja janji yang telah kita buat.Orang yang sentiasa menepati janji amat disenangi oleh orang lain,tetapi orang yang mungkir akan selalu dilaknat oleh Allah swt.Adakah anda mahu sentiasa dilaknat oleh Allah swt?Tepuk dada,Tanyalah iman anda….Apa jawabnya?

No comments:

Post a Comment