Friday, July 12, 2013

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Alhamduillah segala pujian hanya buatMu Ya Allah kerana pada saat dan ketika ini kita masih diberikan Allah peluang dan ruang untuk saya dan anda semua berkongsi ilmu dalam mengharungi sebuah perjalanan kehidupan yang pastinya belum tentu indah sentiasa,Apa khabar anda semua pada hari ini?Saya harap anda yang sedang kala ini membaca nukilan saya ini berada didalam keadaan yang cukup membahagiakan.Hari ini sudah masuk hari yang ke 3 kita semua berpuasa bukan?Syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita masih berpeluang untuk menjalani ibadah ini sekali lagi pada tahun ini.Semoga dengan kesempatan yang masih ada ini kita gunakan peluang tersebut dengan berpuasa bersungguh-sungguh disamping ibadat yang lain tidak kita tinggalkan.Isilah ruang masa yang ada sewaktu berpuasa ini dengan bersolat berjemaah pada setiap kali masuknya waktu solat fardhu,kemudian bacalah Al-Quran dan banyakkanlah bersedekah kerana pada bulan yang mulia ini setiap amalan kita dilipatganjarkan oleh Allah swt.Marilah kita sama-sama merebut segala nikmat dan kelebihan yang telah Allah swt sediakan sepanjang bulan Ramadan ini.Sekiranya sebelum ini kita rasa seperti sukar untuk melaksanakan amalan-amalan tersebut,cubalah cari sedikit kekuatan untuk menunaikannya.Selain itu penuhilah malam bulan Ramadan dengan melakukan solat tarawih biarpun ia hanyalah sekadar sunat namun ia amat dituntut untuk dikerjakan sepanjang bulan ini.Akhirkata semoga anda semua dapat menjadikan Ramadan yang tiba kali ini sebagai Ramadan yang terbaik pernah kita lalui…insyaAllah..