Monday, February 18, 2013

MARAH YANG MERBAHAYA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu kembali,rasanya dah agak lama saya tak berbual dengan anda semua pembaca blog saya.suka saya ingatkan saya ingin sekali mengingatkan jika anda melayari lapangan blog ini,saya harap anda tinggalkan jejak agar saya dapat menghubungi anda semua.hari ni hari isnin dan saya harap anda semua telah menyelesaikan semua urusan sebelum melayari blog saya ini.Alhamdulillah hari ni saya berpeluang untuk berpuasa sunat hari isnin dan insyaAllah hari khamis.Bagaimana dengan anda semua?bukan apa suka saya juga saya ingatkan kebaikkan berpuasa ini selain dapat merehatkan usus kita dalam seminggu ni,kita juga dapat banyak kebaikkan daripada berpuasa ni,antaranya adalah kita dapat sikap marah.Ya sapa yang tak pernah marah kan?

Baiklah hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua satu tajuk berkaitan marah,MARAH YANG MERBAHAYA.mungkin dalam post sebelum ni saya ada bercerita pasal sikap marah bukan?kalau anda pembaca setia blog saya,tentu anda masih ingat.hari ni saya sekadar untuk mengingatkan kembali tentang sikap marah.ya marah ini sangat merbahaya.Janganlah marah,sebab ada kajian yang mengatakan bahawa orang yang selalu marah ni cepat pass away.ada orang kita ni pagi-pagi dah marah kalau anda tak percaya pergilah meeting mana-mana jabatan.kalau pagi-pagi dah marah-marah bayangkanlah macam orang tu nak mengharungi satu hari pekerjaannya?janganlah macam tu bro pagi-pagi janganlah marah-marah…kata nak jadi mukmin yang perkasa bukan?janganlah macam tu..permulaan hari adalah sesuatu yang indah,dengan burung berkicauan…tapi hari kita yang marah-marah ni?fikirkanlah sendiri bro ya?sebab kita marah kita je yang tak puas hati kita juga yang akhirnya tak tenang,

Kita dapat lihat tau,muka orang yang marah ni,memang takde NUR…tak percaya?cuba anda bawa cermin sewaktu nak marah…tentu kita dapat lihat betapa buruknya muka kita bukan?ha kan saya dah cakap tadi selain muka jadi buruk dan cepat pendek umur.mana taknya…asyik nak marah je…asyik tak puas hati jekan?ubah-ubahlah sikap kita ni pagi-pagi…janganlah marah sangat,sedarlah sikit kita ni orang islam,bukan akhlak seorang islam malah Rasulullah sendiri mencela sikap muslim yang marah-marah ini.

Diriwayatkan dari Jabir r.a katanya: Sekali peristiwa,kita bersama-sama Rasulullah saw sedang menuju ke medan perang,tiba-tiba ada seorang Ansar merasa jengkel terhadap binatang kenderaannya.lalu ia menyumpah sambil marah-marah terhadap binatang itu dengan berkata”Jalanlah laknat” Maka baginda berkata kepada Ansar itu,sambil berujar:Turun dari binatang itu,Jangan ia ikut bersama-sama kita kerana ia telah mendapat laknat.

Kemudian baginda berkata lagi: Janganlah mendoakan yang buruk keatas diri kamu,anak-anak kamu atau harta benda kamu,kerana dikhuatiri terkena pada masa-masa kabulnya sesuatu doa itu oleh Allah swt.Wallahualam..

Wednesday, February 13, 2013

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Friday, February 8, 2013

MENCINTAI RASULULLAH

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh…
Alhamdulillah…Bertemu lagi kita di lapangan blog ini,salam pagi jumaat buat anda semua yang tak pernah jemu menatap segala perkongsian ilmu yang telah saya kongsikan disini.Ada orang tanya saya,tak jemu ke asyik berkongsi ilmu di blog ni?saya jawablah tak jemu,sebab dah memang tanggungjawab kita untuk saling berkongsi ilmu yang kita ada bukan?Rasanya agak alam juga saya tidak berkongsi dengan anda semua bukan?Saya juga tidak terlepas daripada menjalankan urusan duniawi,namun dalam kesibukkan saya ini,saya tak pernah terlepas untuk menjeguk ke blog saya ini.Saya amat berterima kasih pada anda semua yang sudi menjengah ke lapangan blog ini,semoga saya dan anda semua akan sama-sama beroleh manfaat,InsyaAllah…

Baiklah,rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat anda semua pembaca blog saya yang budiman ini.Setiap tahun apabila tiba tarikh 12 Rabiulawwal kita akan meraikan hari ulangtahun kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW.Kita akan dapat lihat diserata negeri di Malaysia ini akan menganjurkan perarakkan.Betapa meriah sekali sambutan yang diadakan sebagai bukti betapa kita begitu mencintai Rasulullah,namun sebenarnya kita lupa bahawa Rasulullah tidak pernah minta agar hari ulangtahun kelahiran beliau disambut sebegini rupa,apa yang Baginda minta hanyalah agar umatnya sentiasa mengikut segala ajaran islam dan sentiasa mengamalkan sunnahnya.betapa hari ini kita dapat bagaimana cara kita mencintai Baginda?apakah sudah mendalam cinta kita pada Baginda?apakah sudah cukup kita kenal Baginda sekadar Rasul kita?apakah kita ini layak menerima syafaat daripada baginda kelak dihari kiamat kelak?

Hari ini kita terlalu mendewasakan manusia sebagai Idola kita,anak-anak muda hari ini terlalu mengagungkan artis barat dan juga artis korea sebagai idola mereka,fesyen pakaian mereka menjadi ikutan.Kita sepatutnya sedar bahawa sebagai orang islam kita tidak sepatutnya menjadikan orang kafir laknat itu sebagai idola kita,kita sepatutnya menceritakan pada anak anak muda kita hari ini bahawa dalam kehidupan kita ada orang yang paling banyak berkorban untuk kita.Ya Baginda paling banyak berjasa pada kita,kerana Bagindalah kita hari ini menjadi orang islam,kerana Bagindalah kita akan lebih awal dihisab pada hari kiamat kelak.Betapa beruntungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

Oleh yang demikian marilah kita sedar bahawa dengan segala pengorbanan yang telah Baginda lakukan telah menyebabkan hari ini islam tersebar luas ke serata dunia.marilah kita tanamkan rasa cinta yang mendalam pada Rasulullah,ikutilah segala sunnahnya.Wallahualam..