Friday, November 30, 2012

MELIHAT DENGAN MATA HATI

...Salam jumaat,bertemu kembali pada penghulu segala hari...iaitu hari jumaat yang terindah,kata orang hari jumaat ni,seumpama hari raya bagi umat islam..pada hari ini semua orang berpakaian serba cantik dengan baju melayu serta bersampin...Alangkah tampan persalinan itu bukan,baiklah hari ni saya cerita bagaimana untuk kita melihat dengan mata hati.apa yang nak saya kongsikan disini adalah pada mata hati itu kita akan melihat dengan lebih terperinci seperti yang tersirat pada yang tersurat...begitulah pada pemahaman saya,selalunya kita akan melihat sesuatu dengan mata kasar sahaja.apa salahnya kita melihat dengan mata hati...sebagai contoh,kita selalu lihat pengemis bukan?dengan pakaian kotor mengemis disana sini...mungkin itu pada pandangan kasar kita,sebaliknya jika kita lihat dengan mata hati mungkin kita dapat lihat kesusahan dalam kehidupannya...kita selalu berfikir yang bukan-bukan tentang sesuatu tanpa melihat dengan lebih mendalam...tak mengapalah kerana hidup ini penuh dengan prasangka yang sering melingkari hati...apa yang dapat saya katakan gunakanlah hati kita dalam membuat pertimbangan...insyaAllah kita pasti berjaya...

Thursday, November 29, 2012

MEMPERKASAKAN IMAN

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh,bertemu lagi kita di arena penulisan ini…Alhamdulillah segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam…kerana dengan limpah kurnianya,kita masih dapat bernafas dibumiNya ini,Selawat dan salam diucapkan buat semua pembaca blog ini.Anda andalah insan yang Allah pilih untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat buat panduan dalam memperkasakan iman.

Sebelum memperkasakan iman,terlebih dahulu kita hendaklah mengetahui apakah itu IMAN?....Pengertian iman dari bahasa Arab yang artinya percaya. Sedangkan menurut istilah, pengertian iman adalah membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan tindakan (perbuatan). Dengan demikian, pengertian iman kepada Allah adalah membenarkan dengan hati bahwa Allah itu benar-benar ada dengan segala sifat keagungan dan kesempurnaanNya, kemudian pengakuan itu diikrarkan dengan lisan, serta dibuktikan dengan amal perbuatan secara nyata. Jadi, seseorang dapat dikatakan sebagai mukmin (orang yang beriman) sempurna apabila memenuhi ketiga unsur keimanan di atas. Apabila seseorang mengakui dalam hatinya tentang keberadaan Allah, tetapi tidak diikrarkan dengan lisan dan dibuktikan dengan amal perbuatan, maka orang tersebut tidak dapat dikatakan sebagai mukmin yang sempurna. Sebab, ketiga unsur keimanan tersebut merupakan satu kesatuan yang utuh dan tidak dapat dipisahkan. Iman adalah elemen yang amat penting wujud di dalam tubuh anak adam yang beragama islam,iman memandu insan kearah kebaikkan dan meninggalkan segala keburukkan dan kehinaan.

Dalam konteks kita sebagai insan yang sentiasa lemah dalam menangani ujian daripada Allah maka imanlah sewajarnya kita perkasakan sebagai benteng pelindung daripada hanyut di lautan bernama kehidupan Untuk memperkasakan iman,haruslah kita dirikan dinding-dinding yang kuat dan kebal,terutama sekali dalam zaman moden ini,dimana kita bercampur aduk dengan orang-orang yang tiada beriman dengan penuh kebebasan dalam pergaulan kemasyarakatan sehari-hari,dalam pekerjaan,dalam pejabat,dalam makan minum dan sebagainya supaya keimanan kita tiada terdedah kepada bahaya-bahaya yang boleh merosakkan atau memesongkannya dari jalanNya yang benar.Biarpun bukan mudah untuk kita menangkis segala bentuk ancaman terhadap iman kita,namun dengan sedikit iltizam dan keupayaan yang kuat mungkin akan dapat kita gunakan untuk memperkasakan iman kita. .....

Wednesday, November 28, 2012

AHLAN WASAHLAN

SEMOGA KITA DAPAT BERPESAN-PESAN KEPADA KEBENARAN DAN BERPESAN-PESAN KEPADA KESABARAN