Friday, December 28, 2012

MENGHARGAI REZEKI DAN NIKMAT ALLAH

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,bersyukur kita kehadrat Allah swt.kerana kita masih diberikan peluang untuk bernafas dimuka bumi milik Allah swt ini,ya semua yang ada dimuka bumi ini milik Allah,dan pada bila-bila masa sahaja Allah akan mengambil kesemuanya sekali.Ada orang mengaku bahawa tanah ini miliknya,tanah itu kepunyaannya tanpa mereka sedari bahawa Allah adalah pemilik tunggal yang utama segala harta kepunyaannya.Oleh yang demikian sebagai seorang manusia kita perlulah berasa diri kita ini tidak mempunyai apa jua harta.kita sebenarnya miskin di mata Allah swt.kita tak punya apa-apa selain harta yang dipinjamkan Allah.Manusia yang lupa akan hal ini akan cepat berasa takbur bahawa semua harta yang dimilikinya ada dari hasil titik peluhnya sendiri.Mereka lupa siapakah yang memberi segala harta kekayaan itu.

Baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu tajuk iaitu Menghargai rezeki dan nikmat daripada Allah swt,kita sebagai hambaNya adalah wajib menghargai rezeki pemberian daripada Allah swt.sebagai hamba kita haruslah menyedari bahawa kita tidak memiliki apa-apapun,Malah rezeki yang yang dikumpulkan oleh manusia termasuk wang ringgit dan harta kekayaan adalah pemberian daripada Allah swt.Perbendaharaan Allah swt Maha Luas dan tidak tercapai oleh akal manusia sekalipun.Allah memberi dan terus memberi tanpa henti dan rezeki yang ada di tangan Allah swt tidak akan surut malah akan terus mengalir kepada sekalian manusia.Tidak kiralah samada kepada orang muslim atau orang kafir,yang taat atau yang menderhaka.semuanya diberikan oleh Allah swt rezeki,menurut kehendak dan ketentuanNya,sebagaimana firmanNya,didalam Al-Quran.

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun dibumi melainkan Allah lah yang memberinya rezeki dan Dia mengetahui tempat tinggalnya dan tempat penyimpanannya.Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuz)” (Surah Hud ayat 6)

Cuba kita ambil sedikit ruang waktu untuk berfikir betapa pemurahnya Allah swt.Sehingga orang orang yang mengkufuriNya juga diberikan rezeki dan kekayaan.Namun ketahuilah setiap harta yang dikurniakan kepada orang itu akan menjadi hujah keatasnya dan diperkirakan kelak pada hari akhirat,keatas manakah rezeki itu dibelanjakan samada kebaikkan atau kemungkaran.Untuk mereka yang memilih islam sebagai agamanya,maka mereka adalah berhak atas pemberian rezeki itu sebagai kurnia Allah kepadanya.Namun bagi mereka yang mengkufuri Allah serta menolak islam maka tunggulah akan siksa dilontarkan ke dalam api neraka.itu semua adalah sebagai balasan atas kekufuran dan keingkaran mereka.ketahuilah mereka bahawa itulah suatu kerugian yang besar.

Seharusnya kita sebagai orang yang beragama islam hendaklah sentiasa menghargai budi baik Allah swt kepada kita selama ini.kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita.Lantaran itu,Allah pasti akan sentiasa memberkati nikmat tersebut,sehingga ia kekal berterusan selagi nikmatNya disyukuri oleh kita sebagai penerimanya,

Allah swt berfirman
“ Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan “sesungguhnya jika kamu bersyukur,Kami pasti akan menambah(nikmat) kepadamu,dan jika kamu mengingkari(nikmatKu),maka sesungguhnya azabKu sangat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7)

No comments:

Post a Comment