Wednesday, December 12, 2012

KAIFIAT MEMBACA “al Hayu al-Qayyum” siri 2

Assalamualaikum wbt.
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Bertemu lagi pada pagi yang indah dan mulia ini,Alhamdulillah sehari lagi kita usia kita bertambah semoga dengan kesempatan yang diberikan ini memberikan kita satu lagi peluang untuk bertaubat,kalau dulu kita selalu tinggalkan solat,selalu buat jahat,tapi bila Allah beri kita peringatan saya harap kita sedar dan cepat berubah.Mudah-mudahan dengan bertaubat,Allah dapat mengampunkan dosa dosa silam kita,hidup ini bukan untuk selamanya kita bergelumang dengan dosa.sampai waktu bila Allah pilih kita untuk berubah maka beruntunglah,ada orang tu sampai mati Allah tak bagi dia hidayah,tahu-tahu sahaja dia dah pergi,kalau pergi dengan tak mengapalah maksud saya,dia sempat bertaubat,tapi kalau pergi dengan cara yang tidak baik,nauzubillah minzalik,

Baiklah,saya ni suka bercerita kalau bercerita kat blog ni sampai tak sedar waktu yang berlalu,oklah hari saya nak sembang santai tapi bermanfaat,ada isi,ada ilmu yang boleh dikongsi bersama-sama,sejak saya berkongsi ilmu di blog ini saya dapat membantu diri saya dan insyaAllah jika anda yang membaca blog saya ni,akan beroleh manfaat yang sama,jadi marilah kita berkongsi bersama sama ilmu yang ada.
Hari ni saya nak cerita mengenai sambungan kaifiat membaca “al Hayu al-Qayyum”.khasiat yang kedua ialah untuk mencari nafkah atau sara hidup.

Sebagaimana yang anda tahu pada entri blog saya yang lepas bahawa “al Hayu al-Qayyum” adalah nama yang boleh juga digunakan sebagai perantara doa supaya kita kemudahan dalam mencari nafkah.kaifiatnya,anda bangunlah pada waktu malam,selepas itu lakukanlah solat hajat dua rakaat.usai solat berzikirlah dengan “ya Allah” sebanyak 5000 kali dan “al Hayu al-Qayyum” sebanyak 1000 kali.Zikir ini hendaklah anda laksanakan setiap malam secara berterusan dan disertai dengan keyakinan bahawa Allah-lah Yang Maha Hidup dan Yang Maha Mengatur serta Memberi rezeki.Mudah-mudahan dengan izin-Nya,anda akan memperoleh kemudahan untuk mencari nafkah hidup keluarga.Sesungguhnya kita sebagai hamba-Nya perlu sedar dan yakin bahawa hanya Allah sahaja yang mampu memberi rezeki buat kemudahan semua.Amin...

No comments:

Post a Comment