Thursday, December 20, 2012

BILA ORANG ISLAM SENDIRI MEMBENCI AGAMANYA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamduillah segala pujian hanya buatMu Ya Allah kerana pada saat dan ketika ini kita masih diberikan Allah peluang dan ruang untuk saya dan anda semua berkongsi ilmu dalam mengharungi sebuah perjalanan kehidupan yang pastinya belum tentu indah sentiasa,Apa khabar anda semua pada hari ini?Saya harap anda yang sedang kala ini membaca nukilan saya ini berada didalam keadaan yang cukup membahagiakan.haa…tapi kalau waktu ini anda dirundung duka,saya harap sangat-sangat anda tabah menghadapinya.tambah-tambah lagi bagi mereka yang sedang berjuang untuk berubah ke jalan yang diredhai oleh Allah,sangat banyak ujian dan cabaran yang perlu mereka lalui,dengan cakap-cakap orang yang sentiasa tidak puas hati dengan diri kita,sering mencari kesalahan kita dan yang paling buruk sekali sampai sanggup memfitnah mereka yang berada dijalan Allah.MasyaAllah begitu berat sekali dugaan yang perlu mereka alami,Doa saya agar mereka yang menghadapi dugaan seperti itu,bersabarlah…kerana janji Allah itu pasti.in shaa Allah.

Firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa dan orang berbuat kebaikkan”(An-Nahl:128)

Baiklah,hari ni saya cerita berkenaan satu tajuk yang saya rasa cukup mudah untuk anda semua fahami,tajuknya adalah “BILA ORANG ISLAM SENDIRI MEMBENCI AGAMANYA.Apa yang saya nak kongsikan disini adalah berkenaan dengan kehidupan kita seharian sebagai orang islam.Saya rasa sejak kecil kita diasuh untuk menjadi mukmin yang sejati samada dari duniawi mahupun ukhrawi.Rasanya kalau kita sayangkan agama kita,kita akan kenal siapa Pencipta kita iaitu Allah Yang Maha Esa,betapa kita ini insan yang kerdil dihadapanNya.Siapalah kita untuk membenci agama kita sendiri.Layakkah kita?MasyaAllah,betapa fasiknya orang seperti itu..sudahlah solat yang fardhu tidak pernah dilaksanakan,malah diremeh-remehkan tuntutannya.itu baru soal solat fardhu,amal-amal yang lain apalah kesudahannya.Betapa ruginya orang yang seperti tu.Islam hanya tercatat hanya pada kad pengenalan sahaja,tapi amalannya tiada,malah mereka membenci agamanya sendiri.Hati mereka busuk dengan kebencian yang meluap-luap,sentiasa mencari kesilapan orang yang berjihad di jalan Allah,malah jika ada orang yang berpakaian dengan syariat agama,golongan seperti mereka inilah yang tampil kehadapan untuk memerli dan lantas mencaci dengan cacian yang cukup menyakitkan.

Ada orang yang hidupnya penuh dengan dosa-dosa,siang hari ke kedai nombor ekor,kedai mesin judi.Mereka ini cukup menyukai dengan larangan –larangan yang telah Allah nyatakan didalam Al-quran malah semua dosa yang mereka lakukan itu terasa sebagai nikmat sehingga tiada rasa takut kepada Allah Yang Maha Melihat setiap perbuatan hambanya,MasyaAllah,mudah-mudahan kita dijauhkan Allah daripada memiliki sahabat atau teman seperti itu,namun sekiranya kita ada,saya harap anda semua berdoalah agar mereka diberikan Allah hidayah agar mereka kembali kepangkal jalan.Umat islam itu bersaudara,dan tidak salah jika kamu mampu untuk menasihati saudara kita sendiri.

Namun andai nasihat dan teguran yang diberikan,mereka masih ingkar dengan perintah-perintah Allah,mereka masih terus-terusan membenci agama islam,membenci orang-orang yang berkaitan dengan agama islam,maka tunggulah azab Allah yang sememangnya pasti.Janji Allah itu pasti,

Firman Allah swt:

“Setiap nasib buruk yang menimpa diri kamu,adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri,Dan Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu”-Al-Syura:30

Sayangnya Allah pada kita bila kita berbuat dosa sekalipun tidak Dia timpakan dengan serta merta Azabnya namun bila kita memohon sesuatu daripada Allah pasti kita mahu Allah segerakan permohonan kita itu.

No comments:

Post a Comment