Wednesday, January 16, 2013

KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah bertemu lagi kita dilapangan blog ini,semoga saat anda membaca coretan saya ini,anda sedang berada didalam keadaan yang cukup bahagia dan membahagiakan,sebabnya kenapa saya berulangkali berkata demikian,ini semua adalah kerana untuk membaca coretan di blog saya ini memerlukan 2 perkara iaitu ketenangan dan minat yang mendalam terhadap ilmu,kalau anda tidak mempunyai 2 senarai tersebut,saya syorkan anda klik tutp dan keluar dari blog saya ini,saya perlukan hati anda yang terbuka itu untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan saya,dari situ mungkin akan wujud hubungan yang berbunga indah seindah bunga-bungaan di laman.

Hari ni saya cerita dengan anda semua tentang kebahagiaan rumahtangga,semua orang ingin bahagia dan saya rasa bohonglah kalau ada diantara kita semua tidak mahu kebahagiaan bukan?malah tujuan utama dalam sesebuah perkahwinan juga adalah ingin mencari kebahagiaan,ya kebahagian itu adalah sesuatu yang amat bermakna untuk kita dan pasangan,hakikatnya kebahagian itu terletak pada keredhaan daripada Allah swt itu sendiri,alangkah indahnya sesebuah rumahtangga yang bahagia,seumpama rumahku syurgaku.Rumah tangga yang bahagia wujud dengan ayah dan ibu yang soleh dan solehah,mereka sebagai pohon tempat anak-anak berteduh.Ya,kebahagiaan rumahtangga itu bermula daripada peranan kedua ibubapa dalam menguruskan isi rumahnya,hiasalah rumahtangga dengan solat dan majlis ilmu serta bacaan Al-quran,betapa bahagianya dan sejuk mata tatkala kita dapat lihat bagaimana Ayah dan ibu serta anak-anak sama2 berkasih sayang dan menjalankan tanggungjawab kepada Allah swt.Sebagai orang mukmin kita harus sedar bahawa dalam mencari kebahagiaan rumahtangga ini adalah berteraskan daripada rahmat Allah swt.Semua pihak perlu tahu peranan masing-masing dalam menjayakan kebahagian rumahtangga.Institusi kekeluargaan yang bahagia inilah yang nanti akan melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi berpandukan Al quran,

Manusia yang jauh daripada kebahagiaan rumahtangga inilah yang menyebabkan keruntuhan akhlak zaman ini,kita dapat lihat di media arus perdana betapa banyak gejala yang tidak bermoral berlaku,ya sebagai orang berilmu kita harus sedar dan memainkan peranan yang lebih besar dalam menjayakan program-program kemasyarakatan,sebagai ayah saya menyeru didiklah anak-anak kita dengan hadir ke majlis-majlis ilmu,bukankah majlis ilmu itu sendiri adalah antara taman-taman syurga,dan setiap yang hadir ke majlis ilmu itu dicatatkan pahala yang banyak buat mereka.

Akhirkata,saya ingin member anda sebuah peringatan agar SENTIASAKANLAH MENGHADIRKAN NAMA ALLAH DI DALAM HATI(berzikir dan beristighfar)….wallahualam

Friday, January 11, 2013

WORLD ISLAMIC BLOGGER

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,bertemu lagi kita pada pagi jumaat yang mulia ini,salam pertemuan saya ucapkan buat anda yang baru pertama kali menjengah ke blog saya ini,di blog saya ini saya hanya pohonkan anda semua membaca dan mengamalkan,2 perkara tersebut amat penting kerana di blog kerohanian ini saya tidak banyak berkongsi gambar dengan anda semua,kenapa?sebab saya lebih suka kita semua berimaginasi dengan fikiran kita sendiri,saya tidak suka membuat sekadar gambar hiasan kerana setiap apa yang saya perkatakan mungkin tidak relevan dan bermaksud seperti apa yang saya kongsikan.

Apa khabar anda semua pagi ini?sudah solat sunat duha?Alhamdulillah bagi mereka yang sudah melaksanakannya,Tapi bagi mereka yang masih belum berkesempatan,saya harap anda semua tunaikanlah,seperti yang kongsikan pada entri sebelum ini,tentang kebaikan solat sunat duha.sebagai pembuka rezeki.Hari ini setelah seminggu saya tidak postkan apa-apa entri saya hanya ingin berkongsi dan bersembang dengan anda semua.Mungkin saya tidak dapat mengenali siapa pembaca entri blog saya,Cuma yang harapkan disini adalah anda semua tinggalkanlah jejak anda jika melewati blog saya ini supaya mudah saya melawat ke blog anda semua,ini adalah sekadar untuk kita sama-sama mengeratkan talian persahabatan antara blogger seluruh dunia.Saya mengimpikan agar satu hari wujud satu pakatan yang dinamakan WORLD ISLAMIC BLOGGER dan berpusat di Malaysia,dengan pakatan ini kita akan dapat berkongsi idea demi memajukan ummah islam pada abad akhir ini.Selain itu juga dengan pakatan ini kita dapat mengemukan kepada pihak berkenaan bagaimana kuasa seorang blogger dengan tulisan-tulisannya yang penuh dengan segala macam kebaikkan yang dapat dipraktikkan oleh ummah islam masakini.Saya berharap sangat agar idea saya ini menjadi kenyataan.

Friday, January 4, 2013

MARAHNYA DIA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,selamat pagi dan salam setulus pagi jumaat yang cukup indah sekali.Matahari pagi ini terbit awal sehingga memancarkan cahaya yang cukup menggembirakan buat mereka yang sering menantikan hari jumaat,ya hari jumaat…ada apa dengan jumaat ya?Tentulah banyak kelebihan yang kita dapat pada hari jumaat,malah hari ini boleh dikategorikan sebagai hari raya mingguan bagi umat islam.Ada orang yang benar benar menyukai hari ini,kerana hari ini dia akan berdoa banyak-banyak agar Allah swt makbulkan segala permohonannya.Tapi ada juga orang yang buat biasa biasa je bila tiba hari ini,malah yang lebih teruk pada saya sampai tak pergi SOLAT JUMAAT,Ya Allah kalau Allah tu cabut nyawa mereka yang malas dan berat je nak pergi solat jumaat ini,tentu mereka akan menyesal sangat-sangat,sebolehnya kita tak bolehlah nak meremehkan tuntutan solat ini,malah solat fardhu 5 waktu juga kita patut dan wajib laksanakan.Saya pernah lihat ada orang yang boleh tidur daripada pergi solat jumaat,teruknyalah apa nak jadi,kalau ada undang-undang yang boleh jatuhkan hukuman bunuh pada mereka ini,sayalah orang pertama yang menyokongnya.Apa berat sangat ke nak solat jumaat tu?kalau susah susah dan malas sangat nak solat jumaat tu,pergilah cari Dunia lain yang takde solat jumaat.itupun kalau mereka jumpalah kan,

Baiklah,panjang benar mukadimah saya pada pagi jumaat nikan?hehe…biasalah saya ni geram sangat dengan orang yang suka meremehkan tuntutan Allah ini,Allah dah bagi macam-macam padanya,nak naik pangkat Allah bagi,nak naik gaji pun Allah bagi,tapi mereka tetap sombong dengan Allah,tak nak dengar perintah Allah.Hari ni saya cerita tentang sifat MARAH,marah semua orang pernah marah bukan?bohonglah kalau sebagai manusia biasa ni kita tak pernah marah,saya pun pernah marah,tu kat atas tu saya marah lah tu,tapi marah saya kearah menyuruh orang berbuat baik,mudah mudahan Allah tahu sedalam mana marah saya,Tadi sebelum pergi kerja saya adalah dengar radio,ada satu pemanggil ni,bukan main marah lagi dia pada satu restoran ni,marahnya diluahkan pada deejay radio,pointnya adalah pihak restoran tersebut tidak menepati janji dan berdolak dalih dalam membuat tempahan dewan makannya,pemanggil itu berkata pihak restoran tidak tepati janjilah,menipulah,kejap kata sewa rm100 tapi esoknya rm200,macam-macamlah,tapi last kali rupanya marah bukan sebab semua tu pun,katanya saya rasa rugi sebab tak dapat makan nasi ayam kat restoran tu,nasi ayam dia sedap tak sama kat tempat lain.Nampak tak kat sini?kita sebenarnya marah mesti ada sebab bukan?sebabnya kecik je tapi hujung-hujung kita tau jugak kan?marahnya sebab tak dapat makan nasi ayam je rupanya.Yang mula-mula sebab tu sekadar nak melindungi sebab kecil tu je…Sebagai manusia sepatutnya kita tak perlulah nak marah atas sebab yang kecil,buat penat je..marah sebab tak dapat makan,bukan tak boleh dapat waktu lain bukan?Sebab itulah saya mengajak anda semua berwaspada agar anda tidak dikelirukan oleh kehendak hawa nafsu.

Sebagai manusia yang diberikan Allah akal yang bijak,kita seharusnya bijak dalam menguruskan marah,ada orang cakap dengan saya,hai marah pun nak kena uruske?ya marah mesti diurus,macam mana?ya kalau kita marah janganlah sampai kita melakukan beberapa perkara seperti mencarut,memaki-hamun,memukul dan seumpamanya,Ini adalah kerana darihal yang sedemikian akan menyebabkan tindak balas yang tidak akan menguntungkan sesiapapun,

Rasulullah saw telah menganjurkan kepada kita supaya dapat menahan sifat marah,marah itu datangnya daripada syaitan laknatullah,marah itu tidak dapat menghadirkan apapun jua kebaikkan malah orang yang bersifat marah itu akan ditimpa pelbagai kecelakaan dan aib dunia.Selain itu,orang yang suka marah itu akan sering dijadikan alat tunggangan syaitan yang memaksakan kehendaknya ke atas orang marah itu,sebagai contoh dengan sifat marah akan berlanjutan ke pergaduhan dan bunuh membunuh.Ingatlah orang yang suka marah tidak akan selamat dunia dan akhirat.Wallahualam..

Thursday, January 3, 2013

EH BOLEH MACAM TU PULAK?

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat dipertemukan sekali lagi untuk sama-sama berkongsi ilmu dilapangan blog ini,Blog saya ni isinya kadang-kadang panjang coretannya,namun kadangkala pendek dan ringkas.Kalau ada yang rasa bosan untuk membacanya lebih baik tak payah teruskan niat tu,tapi kalau anda buka hati anda untuk mendapatkan sedikit ilmu yang telah saya kongsi disini,insyaAllah akan Allah sentiasa membantu dan menggerakkan hati anda.Saya tau ada orang yang cepat bosan dengan blog-blog yang berunsur kerohanian ini,tapi saya tau juga ada yang cukup berminat dan sering mencari ilmu untuk perkongsian bersama,

Baiklah hari ni saya sekadar nak bersembang santai bersama anda semua pembaca blog saya,ya untuk pembaca blog saya,tapi kalau ada yang tersinggah ke blog saya ini,jemput masuk dan silakanlah berkongsi ilmu disini,saya sedia berkongsi demi memperkasakan orang mukmin.Hari ni saya masih nak ulas tentang tajuk terdahulu iaitu menepati janji.Kenapalah saya ni asyik suka bercerita tentang menepati janji?Janji ni amat penting untuk kita penuhi,sebagai contoh ada orang berjanji nak uruskan sesuatu urusan penting dengan saya,namun hari ni,alih-alih dia tak datang?Tak kisahlah kalau tak datang tapi beritahulah dahulu saya…ni tidak senyap je.EH BOLEH MACAM TU PULAK?Saya paling pantang kalau orang macam ni,bila berjanji cubalah kita penuhi sebaik mungkin,usahakanlah sampai jadi,Teruk jugak kan,kalau kita ada jenis kawan macam ni,kalau boleh kita jauhkan dengan orang yang tak menepati janji ni,kita cubalah…kalau tak mampu,seperti yang saya cakap dahulu,cubalah berdoa agar dia berubah.Apa pandangan anda jika menghadapi situasi yang sedemikian?

Wednesday, January 2, 2013

SAYANGNYA ALLAH PADA KITA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah bersyukur kita dipertemukan dalam tahun baru masihi 2013…semoga dengan lembaran yang baru ini,kita akan semakin perkasa dalam melalui denai denai kehidupan ini yang sememangnya dipenuhi dengan pelbagai onak dan duri,semoga akan dipertemukan kita dengan pelangi keindahan bernama kebahagiaan.Dikesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan syabas kepada diri anda semua yang kala ini sedang menatap lembaran blog ini,harapan dan doa saya agar anda beroleh kesihatan yang baik dan semakin dewasa dalam membuat pilihan bernama kebaikkan.

Baiklah,saat coretan ini ditulis saya ingin sekali mengucapkan tahniah kepada mereka yang kala ini telah berubah menjadi insan-insan yang mendahulukan agama berbanding dengan manusia yang sering mengutamakan hiburan yang melalaikan.Semoga anda semua diberikan Allah swt kekuatan agar tidak mudah jatuh kembali ke jalan yang sesat dan melalaikan itu.Saya harap anda berubah menjadi insan berguna untuk agama dan berusaha menjadi yang terbaik bukan sahaja di mata manusia tetapi yang lebih penting di mata Allah swt.In Shaa Allah…

Hari ni,saya nak cerita tentang…sayangnya Allah pada kita.Ya tajuk yang cukup ringkas bukan?sayang Allah pada kita tak pernah bertepi seumpama lautan yang cukup luas kasih sayangNya.Namun kita kadang-kadang alpa dan tak pernah menyedari betapa sayangNya cukup mendalam buat setiap hambaNya.Kita tak pernah sedar bahawa Allah telah memberikan kita bermacam-macam rezeki dan nikmat agar orang yang Dia sayang sentiasa akan terus mengEsakannya.Kita tak pernah terfikir bahawa kehidupan yang bahagia itu juga nikmat daripada Allah swt.

Kita diberikan Allah kesihatan yang baik itu juga tanda sayang Allah pada kita.Allah berikan kita pakaian,makanan dan kadangkala Allah berikan kita rezeki yang tak pernah kita jangka.Sayangnya kita sebagai hambaNya mudah lupa kasih sayang Allah.Kita tak pernah nak ucapkan terima kasih pada Allah Yang Maha Memberi.Kita jarang nak bersolat malah kadang-kadang kita buat-buat lupa je bila waktu azan berkumandang menyuruh kita menunaikan solat.Rasa macam takde pape jekan?Cuba kita “check” diri kita hari ni..berapa kali kita berzikir membesarkan Allah?berapa kali kita cuba untuk mengingatkan diri agar sentiasa untuk bersyukur kepada Allah?

Sayangnya Allah pada kita,bila kita buat dosa banyak manapun,besar mana pun Allah tetap akan berikan keampunan dengan syarat kita bertaubat kepadaNya dengan menyesal bersungguh-sungguh atas dosa yang pernah kita lakukan.

Allah swt berfirman:

Dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat akan Allah,lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka,dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah?Dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan kejinya itu,sedang mereka mengetahui.
(surah Ali-‘Imran ayat 135)


Akhir sekali,saya nak nukilkan pada anda semua satu ayat,ayat paling saya suka “Walaupun orang lain benci atau tak sayang kita,tapi ingatlah satu je Allah swt tak pernah membenci dan tak pernah tak sayang pada kita,biarlah satu dunia kata kita ni buruk tapi Allah swt tetap kata kita cantik”