Monday, December 10, 2012

KAIFIAT MEMBACA “al Hayu al-Qayyum” siri 1

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari ini,saya harap anda semua berada didalam keadaan yang baik dan sihat walafiat hendaknya.hari ni saya nak bercerita tentang kelebihan nama Allah swt iaitu "AL-HAYYUAL QAYYUM".“al hayyu al qayyum merupakan nama Allah yang ada di dalam Ayat Kursi,jika dijadikan amalan,ia mempunyai khasiat yang luar biasa.InsyaAllah dapat memperkasakan diri dan juga iman.Sebahagian daripada khasiat asma’ ini adalah

a) Untuk menghadirkan rezeki dari alam ghaib
b) Untuk memudahkan memperoleh nafkah dan sara hidup
c) Untuk menjinakkan nafsu syahwat(dorongan nafsu seksual)

Jika dilihat dari segi makna dan pengertiannya asma’ “al-Hayyu”ertinya Yang Maha Hidup dan al- “Qayyum” pula ertinya adalah Yang Maha Berdiri Sendiri atau yang mengurus keperluan seluruh makhluk.Jadi segala urusan kita ,sebenarnya terletak pada kuasa dan kepemurahan Allah,kerana itulah dalam soal rezeki ini hendaklah kita lebih banyak berserah kepadaNya daripada yang lain dan kita mestilah yakin Allah akan mengabulkan apa yang kita hajati.

Kali ni saya nak kongsikan Khasiat yang pertama: Untuk menghadirkan rezeki dari alam ghaib

Daripada Asy-Syaiji didalam kitab “ad Durrun Nazhim”,memetik perkataan Syeikh Ahmad al Bunny di dalam kitab “asy Syamsul Ma’arif” katanya Berpuasalah pada hari Selasa,Rabu,Khamis.Selepas itu pada malam Jumaat,tidurlah sehingga tiba waktu sahur.kemudian bangunlah untuk menunaikan solat Subuh.Selepas solat tersebut,bacalah “ya hayyu ya qayyum” dengan khusyuk dan tawaduk.Lakukanlah yang demikian berterusan sehinggan terbit matahari pagi hari itu.Ketika matahari terbit,hendaklah anda mengambil kertas putih yang bersih dan tulislah kalimat tersebut(“ya hayyu ya qayyum”)di atasnya.Selepas itu lipatlah dan simpan di dalam dompet dan yang seumpamanya.InsyaAllah anda akan hairan dan tertanya-tanya melihat rezeki anda melimpah ruah dan ia datang daripada punca yang tidak pernah anda perkirakan.

No comments:

Post a Comment