Wednesday, February 19, 2014

SOLAT MENJADI AGENDA PENTING

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu kembali setelah lama tidak ketemu.Bagaimana dengan kehidupan anda pada hari ini?saya harap anda berada di dalam keadaan yang cukup membahagiakan...mungkin juga kadangkala dalam kemanisan hidup ini kita diuji dengan pelbagai suka dan duka...besabarlah kerana Allah akan selalu menguji setiap daripada hambaNya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan mereka.

Baiklah untuk nukilan kali ini saya ingin menyentuh mengenai satu tajuk yang mungkin berulang kali kita membacanya,iaitu bab solat...dalam mendidik anak-anak mengenai islam,mungkin kita tidak akan pernah lepas dalam membicarakan bab solat bukan?solat adalah agenda penting buat kita dalam mendidik anak-anak sebagai rasa syukur dan bertuhan dalam diri.Dengan solat dapat menjadikan seseorang itu taat akan perintah Allah,kerana dalam solat itu sendiri terdapat pelbagai rahsia yang masih banyak perlu kita rungkaikan bersama.

Solat yang kita ajarkan pada anak-anak sedari kecil ini,dapat menjadi benteng yang kukuh dalam menempuh alam yang lebih mencabar apabila mereka dewasa kelak.Untuk memberikan pendidikan agama yang berkesan buat anak-anak,seseorang ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama yang berkesan kepada anak-anak.Ibu bapa perlu menunjukkan teladan agama yang baik kepada mereka.Dalam soal solat,bagaimana mungkin anak-anak akan taat dan rajin menunaikan solat andainya kita sebagai ibubapa culas dan tidak menunaikan solat?.Saya mengharapakan anda semua diluar sana,bawalah bersama anak-anak ke masjid apabila bersolat berjemaah.InsyaAllah dengan cara ini dapat memupuk jiwa yang cintakan masjid dan bersolat berjemaah dalam diri anak-anak itu sendiri...

Kesimpulannya yang dapat saya rungkaikan disini adalah sebagai seorang yang beragama islam dan sebagai ibubapa yang prihatin kepada anak-anak,maka didiklah mereka dengan perintah solat..ajarilah mereka akan rukun islam ini dengan sepenuh hati,apakah kita mahu melahirkan sebuah generasi yang buta solat?Nauzubillahminzalik...