Thursday, April 18, 2013

BERUBAHLAH DARIPADA MERAH SAGA KEPADA PUTIH MUTIARA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,syukur kehadratMu Ya Allah kerana pada saat ini kita masih dapat dipertemukan dalam secebis ruang untuk kita sama-sama berkongsi ilmu yang terbentang seluas lautan ini,moga kesempatan yang ada ini kita gunakan sebaik-baiknya,insyaAllah,hari ini…marilah kita duduk sendirian membuat semakan keatas diri kita,sepanjang waktu yang kita miliki dengan usia yang masih diberikan oleh Allah swt adakah telah kita gunakan untuk berdakwah dijalanNya?apakah saat usia yang masih bersisa ini kita gunakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita?banyak pertanyaan tentang usia kita tanpa kita sedari dan beroleh jawapan yang pasti.

Hari ini kita bisa tersenyum kerana memiliki segala-galanya,kita punya rumah yang besar,isteri yang cantik dan anak-anak yang ramai,namun apakah semua itu pasti akan kita bawa pada saat waktu kita akan bertemuNya nanti?apakah saat itu amal soleh yang kita kerjakan telah berbukit-bukit tingginya?andai saat ini kita masih hanyut dan jauh daripada ajaran agama,rasanya masih belum terlambat untuk kita berubah,kalau dulu kita sering mengabaikan tuntutan solat,puasa dan segala amalan fardhu namun jika kita sedar dan ingin berubah…bertaubatlah atas kekhilafan kita dahulu.Hidup ini penuh dengan kesenangan dan kemewahan yang sering menipu kita.tanpa kita sedar kita telah jauh daripada cara hidup islam yang tidak akan pernah membawa kita kemusnahan.Berubahlah kalau kita masih cintakan dunia kerana dunia ini tidak akan kekal abadi malah kita akan berasa sangat rugi andai kita tahu dan sedar bahawa kesenangan akhirat itulah yang paling utama.Kita mudah merasakan bahawa segala yang kita miliki hari ini adalah daripada hasil keringat kita sendiri tanpa memikirkan bahawa semua itu kurniaan daripada Allah.Orang mukmin yang benar-benar tulus mencintai Allah akan selalu mengucapkan rasa syukur kehadratNya dan berdoa agar ditambahluaskan lagi rahmatnya.

Kadangkala kita sedar kita banyak membuat kesilapan dengan melakukan dosa samada yang kecil atau besar,namun kita tetap malas dan masih bertangguh untuk bertaubat.Nauzubillah…betapa teruknya kita,tanpa ada sekelumit pun rasa takut kita pada Allah swt.Berubahlah daripada yang dahulu kepada yang baru,yang lebih baik daripada yang teruk,bukankah berubah itu juga termasuk dalam jalan jihad menuju Allah?ya kadangkala kita mudah lupa akan segala nikmat-nikmat yang telah pun kita miliki.
Hari ini,dan waktu yang masih ada ini,saya pohonkan agar anda berubahlah untuk menjadi yang lebih baik,kalau dulu kita ini seorang yang sering mencari pasal,suka membawa mulut kesana kemari sehingga dikatakan orang sebagai “Radio Buruk” dan sering mencari kelemahan orang lain cubalah berubah,ambillah sedikit ruang untuk muhasabah diri kita ini,bukankah berdiam diri itu lebih baik dari sibuk mencari pasal?isilah ruang kala bersendirian itu dengan menulis atau menghayati bacaan Al quran,pedulikan dengan umpatan dan cacian orang kerana manusia itu sifatnya tidak pernah puas untuk mencari kelemahan orang lain.Ikhlaskanlah segala apa jua perbuatan kita itu kerana Allah swt.

Saya begitu hairan bila melihat ada diantara manusia itu yang mengaku beragama islam namun sering mengabaikan tuntutan solat,amalan fardhu itu sering mereka abaikan kononnya demi mengejar kesibukan dunia dan solat ini sekadar perkara sampingan bagi mereka,jika tidak bersolat pun tidak berasa apa-apa..Nauzubillah..betapa ruginya golongan seperti ini,sudahlah tidak bersolat tetapi meremehkan perintah Allah swt.Rasakanlah nanti oleh mereka akan azab siksa yang sungguh berat buat mereka itu.Sedih sekali saat melihat mereka itu yang telah dibutakan hati dan jiwa mereka akan tuntutan bersolat.Berubahlah wahai manusia yang alpa,bersolatlah kerana Allah swt,berubahlah agar selamat dunia dan akhirat dan tekun pada amal ibadat.berubahlah selagi diberi kesempatan waktu yang masih bersisa ini,berubahlah daripada merah saga kepada putih mutiara…wallahualam

Monday, April 15, 2013

BERPURA-PURA BAIK ITU SIFAT YANG HINA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,segala pujian hanya buatMu Ya Allah kerana pada saat ini kita masih dipertemukan dalam satu wadah yang dapat sama-sama kita berkongsi ilmu untuk melahirkan insan yang cemerlang bukan sahaja duniawi malah yang lebih penting juga ukhrawi.Semoga saya dan anda semua akan sentiasa mendapat segala kebaikkan dunia ini,insyaAllah.Bagaimana perjalanan hidup anda pada hari ini?semoga apa yang telah kita rencanakan akan sentiasa mendapat restu dan beroleh rahmat daripada illahi.

Baiklah,hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu tajuk yang cukup bermakna bagi menghasilkan seorang mukmin yang perkasa dunia dan akhirat.Tajuk yang ingin saya kongsikan dengan anda semua adalah BERPURA-PURA BAIK ITU SIFAT YANG HINA untuk menghasilkan generasi mukmin perkasa yang cemerlang ini,seharusnya kita menjauhkan daripada sifat berpura-pura baik.Dewasa ini kita sering berhadapan dengan manusia yang kononnya bersifat baik pada setiap orang.Lakonan yang ditampilkan sering mengaburi mata setiap orang disekeliling mereka.Takziah saya ucapkan buat mereka yang hina ini,kerana dengan gaya lakonan yang mantap itulah mereka telah berjaya mengecapi sebuah kegemilangan yang sebenarnya palsu dan tidak bermakna apa-apa pun.Kejayaan gemilang yang dimiliki itu hanya sekadar kepuasan kepada diri sendiri dan terbukti segala yang palsu itu akan berakhir dengan kehancuran.Soalnya mengapa seorang manusia yang mengaku beragama islam itu sanggup berpura-pura untuk melakukan kebaikan?jawapan mudah saya dapat katakan disini segalanya berlaku kerana tiada iman yang benar-benar utuh dijiwa manusia seperti itu,adakalanya mereka ini sanggup menggunakan agama untuk kepentingan mereka sendiri,Nauzubillah semoga kita semua dijauhkan daripada memiliki sifat buruk ini.Kutukan dan laknat yang begitu besar akan menjadi balasan kepada segala perbuatan hina ini.

Sesungguhnya Allah swt berfirman:

“Kecelakaan besar pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan(nikmat-nikmat pemberian kami)(dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan azab):Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya” Al-Mursalat:28-29


Jika ditanya saya bagaimana untuk mengatasi sifat buruk ini seterusnya demi melahirkan manusia yang bergelar mukmin perkasa ini saya mengesyorkan agar kita ikhlas dalam melakukan segala perbuatan baik itu,bagaimana pula untuk bersifat ikhlas ya?senang sahaja jika tiada unsur riak dalam setiap perbuatan baik kita,kita ikhlas dalam melakukan segala ibadat semata-mata mengharapkan keredhaan daripada Allah swt.Pujangga pernah berkata bahawa ikhlas itu seumpama semut hitam di atas batu yang hitam di waktu malam yang gelap gelita.Betapa sukar untuk kita lihat bukan?

Kesimpulannya,apa yang dapat saya katakana disini adalah,kita sebagai manusia yang diberikan Allah swt fikiran yang matang dan akal yang bijak wajib menghindarkan diri dari menjadi seorang manusia yang berpura-pura baik demi mencapai apa yang kita impikan.Lumrah manusia itu mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang sentiasa cuba untuk menyesatkan kita,namun jika iman kita sanggup kita pertahankan demi mencapai akhirat yang kekal abadi,insyaAllah kita pasti berjaya.

Tuesday, April 2, 2013

BERBANGGA DAN BERMEGAH DENGAN NIKMAT DUNIA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam,kerana kita masih lagi dipertemukan untuk sama-sama berkongsi ilmu yang tiada batasnya ini,Bertemu lagi kita dalam bulan April yang indah ini,Semoga saat anda membaca coretan ini,anda berada didalam keadaan yang cukup membahagiakan,kalau ada kerja yang belum diselesaikan tu,saya harap anda tidaklah bertangguh-tangguh,laksanakanlah segera,….oklah,dah rasa relaks?hati macam mana?tenang?buanglah jauh-jauh sifat yang mazmumah itu dari hati ya…mulakan hari ini dengan secalit manis senyuman.

Oklah,hari ni saya nak cerita tentang tajuk BERBANGGA BERMEGAH DENGAN NIKMAT DUNIA,dewasa ini kita dapat lihat,manusia akhir zaman begitu bermegah-megah dan berbangga-bangga dengan kenikmatan dunia yang mereka miliki,ada orang yang berbangga dengan pangkat mereka miliki,ada juga yang bermegah dengan rumah besar,kereta besar malah ada yang berbangga dengan isteri mereka yang cantik jelita,tidakkah mereka sedari bahawa nikmat akhirat itu lebih bermakna?persoalan yang sering kita dengari apakah dengan segala kenikmatan itu akan menjadikan mereka hamba yang bersyukur?mungkin segelintir sahaja yang bersyukur pada penciptaNya.

Mereka bangga sambil berasa megah dengan segala nikmat yang sementara mereka miliki itu,sehingga mereka lupa semua itu hanya sekadar pinjaman.Mereka akan meninggalkannya satu hari nanti pada saat bertemu Allah swt.Sebagai contoh di pejabat,jika kita diberikan kuasa,janganlah kita menyalahgunakan kuasa yang telah diberi.Malah yang lebih buruk jika yang diberi amanah tetapi mereka telah menyelewengkan amanah tersebut,seperti menggelapkan dunia tabung persatuan dan juga kelab.Manusia yang tidak mempunyai cerminan peribadi islam akan sentiasa mencari jalan untuk memporak-perandakan kesatuan islam.

Ingatlah semua,tiada yang kekal dalam dunia ini,malah setiap apa yang pernah kita banggakan serta megahkan tidak akan membantu kita pada saat kita sendirian didalam kubur itu nanti,hanya amal soleh yang ikhlas dilakukan kepada Allah sahaja yang menjadi penolong pada saat tiada apa yang dapat menolong kita nanti

Firman Allah swt:
“Tidakkah orang-orang itu mengetahui bahawa mereka akan dibangkitkan.Di hari maha dasyat.iaitu pada hari ketika manusia berdiri dihadapan tuhan semesta alam” (Al-Mutaffifin: 4-6)

Oleh yang demikian,usahlah berbangga dan bermegah dengan nikmat dunia yang kita miliki hari ini,kerana semua itu hanyalah bersifat sementara.Buanglah jauh-jauh sifat buruk dan tercela itu,kerana pada Allah swt tempat kita kembali dan kekal abadi.Wallahualam.