Friday, May 31, 2013

PUASA SUNAT @ REJAB

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,selamat pagi dan salam setulus pagi jumaat yang cukup indah sekali.Matahari pagi ini terbit awal sehingga memancarkan cahaya yang cukup menggembirakan buat mereka yang sering menantikan hari jumaat,ya hari jumaat…ada apa dengan jumaat ya?Tentulah banyak kelebihan yang kita dapat pada hari jumaat,malah hari ini boleh dikategorikan sebagai hari raya mingguan bagi umat islam.Ada orang yang benar benar menyukai hari ini,kerana hari ini dia akan berdoa banyak-banyak agar Allah swt makbulkan segala permohonannya.Tapi ada juga orang yang buat biasa biasa je bila tiba hari ini,malah yang lebih teruk pada saya sampai tak pergi SOLAT JUMAAT,Ya Allah kalau Allah tu cabut nyawa mereka yang malas dan berat je nak pergi solat jumaat ini,tentu mereka akan menyesal sangat-sangat,sebolehnya kita tak bolehlah nak meremehkan tuntutan solat ini,malah solat fardhu 5 waktu juga kita patut dan wajib laksanakan.Saya pernah lihat ada orang yang boleh tidur daripada pergi solat jumaat,teruknyalah apa nak jadi,kalau ada undang-undang yang boleh jatuhkan hukuman bunuh pada mereka ini,sayalah orang pertama yang menyokongnya.Apa berat sangat ke nak solat jumaat tu?kalau susah susah dan malas sangat nak solat jumaat tu,pergilah cari Dunia lain yang takde solat jumaat.itupun kalau mereka jumpalah kan,

Baiklah,panjang benar mukadimah saya pada pagi jumaat nikan?hehe…biasalah saya ni geram sangat dengan orang yang suka meremehkan tuntutan Allah ini,Allah dah bagi macam-macam padanya,nak naik pangkat Allah bagi,nak naik gaji pun Allah bagi,tapi mereka tetap sombong dengan Allah,tak nak dengar perintah Allah.Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan menunaikan puasa sunat di bulan rejab.Seeloknya jika mampu untuk berpuasa dibulan rejab ini adalah baik sekali.Terdapat begitu banyak kelebihan untuk kita jika berpuasa sunat dibulan rejab ini. Bulan Rejab antara bulan yang istimewa dalam Islam oleh sebab itu kita disunatkan berpuasa padanya.

DALIL

Hadis Rasulullah s.a.w :


إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya :

Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.


Antara kelebihan berpuasa pada bulan Rejab:

1.Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi

2.Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya

3.Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka

4.Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal

5.Puasa 5 hari - aman dari azab kubur

6.Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya

7.Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

8.Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

9.Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga

10.Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang di Titian Siratul Mustaqim

11.Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 3000 tahun

12.Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun

13.Puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun

14.Puasa 16 hari- dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga

15.Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam

16.Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya

17.Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat di malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya dosa 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui Titian Siratul Mustaqim


Sumber : www.e-mosque.com, www.ppdjasin.edu.my