Friday, December 21, 2012

TERUKNYA MEREKA:KIAMAT 21.12.2012

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,segala pujian hanya buatMu Ya Allah kerana pada saat ini kita masih dipertemukan dalam satu wadah yang dapat sama-sama kita berkongsi ilmu untuk melahirkan insan yang cemerlang bukan sahaja duniawi malah yang lebih penting juga ukhrawi.Salam pagi jumaat buat semua,saya harap kala ini anda sedang berbahagia dan merasa bangga menjadi seorang insan mukmin yang beragama islam,dalam post saya yang terdahulu saya ada berkongsi dengan anda semua bagaimana ada orang islam yang begitu membenci agamanya sendiri masyaAllah,saya tak tahu nak cakap macam mana dengan orang-orang seperti ini.Sudahlah hukum hakam agama dilanggarnya ini sampai nak benci-benci agama islam apa cerita ni?hmm…saya doakan mereka agar diberikan Allah swt hidayah,sedar dengan dosa-dosa yang telah mereka lakukan…

Hari ni saya nak sembang santai dengan anda semua,tajuk apa ya?...rasanya tajuk biasa-biasa yang luarbiasa kot?hehe.. hari ni 21.12.2012 mengikut kepercayaan kaum mayan(KAUM JAHIL) adalah tarikh yang akan berlakunya kiamat,sungguh mengarut benar ramalan mereka,kita sebagai orang yang beriman seharusnya tidak mudah percaya dengan perkara-perkara seperti itu,orang yang beriman kepada Allah haruslah meyakini bahawa hari berlaku kiamat adalah rahsia Allah malah tiada seorang manusia pun yang tahu akan waktunya tiba,kita sebagai orang yang beriman seharusnya dan sewajibnya lebih memikirkan tentang amal soleh yang perlu kita laksanakan sebagai bekal untuk menghadapi hari pembalasan itu.Sebagai orang yang beriman kita seharusnya meyakini janji Allah bahawa hari kiamat itu pasti akan tiba jua

Firman Allah swt:

Sungguh, apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar, dan sungguh, (hari) pembalasan pasti benar. (QS. Adz-dzariyyat: 5-6)
Sesungguhnya hari kiamat benar-benar akan datang tidak ada keraguan di dalamnya. (QS.Ghafir: 59)


Sememangnya hari kiamat itu pasti akan tiba,itu adalah janji Allah,dan tidak perlulah kita sebagai hambaNya percaya dengan apa jua ramalan seperti yang mengatakan bahawa tarikh sekian-sekian akan terjadi dan berlakunya kiamat.Malah terdapat sebilangan manusia yang percaya sehingga sanggup membeli segala persiapan untuk menghadapi kiamat,Nah,disini kita dapat lihat betapa teruknya mereka yang jahil ini.Tiada segala apa perlindungan yang dapat melindungi kita melainkan amal soleh kepada Allah swt sebagai jaminan.Untuk mereka yang percaya bahawa tarikh hari kiamat adalah pada hari ini,saya syorkan agar mereka kembali ke jalan Allah,percaya dan meyakini bahawa hari kiamat adalah rahsia Allah dan tidak perlu kita mempercayai sumber-sumber lain.Wallahualam..

No comments:

Post a Comment