Monday, December 31, 2012

TAQARRUB

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah swt,selawat dan salam buat junjungan besar kita Rasulullah saw kerana dikesempatan yang ada ini kita dapat sama-sama berkongsi ilmu dilapangan blog ini.Apa khabar anda semua pada hari ini?saya harap anda semua berada didalam keadaan yang dipenuhi dengan seribu kemanisan.Hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun masihi 2012,tapi bagi kita sebagai umat islam hari ni seperti biasa sahaja,tiada sebarang sambutan yang saya rasa bertentangan dengan ajaran agama islam itu sendiri.Selalunya bila tiba sahaja tahun baru ini,bagi mereka yang sering terdedah kepada pelbagai kemungkaran.Kita semua bergembira menjadi alpa dan bersukaria dengan alasan menyambut tahun baru yang setahun sekali.Sepatutnya kita sebagai orang mukmin tidak akan terlibat dengan perkara-perkara mungkar tersebut.Hari ini telah ada pilihan samada kita ke konsert-konsert malam tahun baru atau menghadiri ceramah agama tahun baru.Nah…pilihan ditangan kita seperti yang saya cakap,tepuk dada tanyalah iman.

Baiklah hari ni saya nak berkongsi ilmu dengan anda semua berkenaan apa itu TAQARRUB.Mungkin ada antara kita yang macam pernah dengar dan mungkin pertama kali mendengarnya.kalau yang pernah dengar tu mungkin faham dan tahu maksudnya bukan?Taqarrub bermakna mendekatkan diri kepada Allah swt dengan berbakti dan beramal soleh tanpa rasa malas atau letih.Allah memandang tinggi kepada orang-orang yang bertaqarrub kepadaNya dan memuliakan mereka.

Allah berfirman melalui Rasulullah saw:
“Dan tiada seorang hambaKu yang bertaqarrub(beramal)kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Kucintai daripada ia menunaikan semua yang Kufardhukan ke atas dirinya”

Oleh yang demikian kita harus memulakan taqarrub kita dengan menunaikan segala yang difardhukan oleh Allah swt keatas diri masing-masing,sama ada yang berupa amalan fardhu ain mahupun fardhu kifayah kerana yang demikian itu adalah tangga mendaki kepuncak taqarrub yang hakiki kepadaNya.Sebab itulah hadis diatas menuntun kita agar menunaikan segala yang difardhukan oleh Allah sebagai taqarrub yang dikasihiNya.
Kadangkala kita ini sebagai manusia banyak ditimpakan Allah ujian untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya,kadangkala Allah ingin sekali melihat keikhlasan kita dalam menjalankan ibadah kepadaNya,Ada orang diuji dengan rasa malas untuk solat dan merasa berat untuk melaksanakannya.Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah segala ujian-ujian seperti ini,dan sekiranya kita menghadapinya saya harap kita mampu mengharunginya dengan tabah dan istiqamah.

Ada orang rajin bangun malam dengan harapan untuk bertaqarrub kepada Allah swt,Alhamdulillah serba sedikit usaha mereka itu beroleh pahala daripada Allah swt.Bagi mereka itu kesenangan dan keselesaan sewaktu tidur itu tidak menjadikan mereka ini alpa daripada bangun untuk mengingati Allah swt.Airmata mereka mengalir saat mengenangkan dosa-dosa silam,malah mereka merasa dekat dengan Allah saat itu.Semoga kita sama beroleh mahabah daripada Allah.

Mulakanlah kesempatan yang masih bersisa ini untuk kita sama-sama bertaqarrub kepada Allah swt,bukankah mati itu tidak mudah untuk kita jangka?jadikanlah masa kita ini penuh dengan amalan amalan yang beroleh pahala daripada Allah swt.

Friday, December 28, 2012

MENGHARGAI REZEKI DAN NIKMAT ALLAH

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,bersyukur kita kehadrat Allah swt.kerana kita masih diberikan peluang untuk bernafas dimuka bumi milik Allah swt ini,ya semua yang ada dimuka bumi ini milik Allah,dan pada bila-bila masa sahaja Allah akan mengambil kesemuanya sekali.Ada orang mengaku bahawa tanah ini miliknya,tanah itu kepunyaannya tanpa mereka sedari bahawa Allah adalah pemilik tunggal yang utama segala harta kepunyaannya.Oleh yang demikian sebagai seorang manusia kita perlulah berasa diri kita ini tidak mempunyai apa jua harta.kita sebenarnya miskin di mata Allah swt.kita tak punya apa-apa selain harta yang dipinjamkan Allah.Manusia yang lupa akan hal ini akan cepat berasa takbur bahawa semua harta yang dimilikinya ada dari hasil titik peluhnya sendiri.Mereka lupa siapakah yang memberi segala harta kekayaan itu.

Baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu tajuk iaitu Menghargai rezeki dan nikmat daripada Allah swt,kita sebagai hambaNya adalah wajib menghargai rezeki pemberian daripada Allah swt.sebagai hamba kita haruslah menyedari bahawa kita tidak memiliki apa-apapun,Malah rezeki yang yang dikumpulkan oleh manusia termasuk wang ringgit dan harta kekayaan adalah pemberian daripada Allah swt.Perbendaharaan Allah swt Maha Luas dan tidak tercapai oleh akal manusia sekalipun.Allah memberi dan terus memberi tanpa henti dan rezeki yang ada di tangan Allah swt tidak akan surut malah akan terus mengalir kepada sekalian manusia.Tidak kiralah samada kepada orang muslim atau orang kafir,yang taat atau yang menderhaka.semuanya diberikan oleh Allah swt rezeki,menurut kehendak dan ketentuanNya,sebagaimana firmanNya,didalam Al-Quran.

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun dibumi melainkan Allah lah yang memberinya rezeki dan Dia mengetahui tempat tinggalnya dan tempat penyimpanannya.Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuz)” (Surah Hud ayat 6)

Cuba kita ambil sedikit ruang waktu untuk berfikir betapa pemurahnya Allah swt.Sehingga orang orang yang mengkufuriNya juga diberikan rezeki dan kekayaan.Namun ketahuilah setiap harta yang dikurniakan kepada orang itu akan menjadi hujah keatasnya dan diperkirakan kelak pada hari akhirat,keatas manakah rezeki itu dibelanjakan samada kebaikkan atau kemungkaran.Untuk mereka yang memilih islam sebagai agamanya,maka mereka adalah berhak atas pemberian rezeki itu sebagai kurnia Allah kepadanya.Namun bagi mereka yang mengkufuri Allah serta menolak islam maka tunggulah akan siksa dilontarkan ke dalam api neraka.itu semua adalah sebagai balasan atas kekufuran dan keingkaran mereka.ketahuilah mereka bahawa itulah suatu kerugian yang besar.

Seharusnya kita sebagai orang yang beragama islam hendaklah sentiasa menghargai budi baik Allah swt kepada kita selama ini.kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita.Lantaran itu,Allah pasti akan sentiasa memberkati nikmat tersebut,sehingga ia kekal berterusan selagi nikmatNya disyukuri oleh kita sebagai penerimanya,

Allah swt berfirman
“ Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan “sesungguhnya jika kamu bersyukur,Kami pasti akan menambah(nikmat) kepadamu,dan jika kamu mengingkari(nikmatKu),maka sesungguhnya azabKu sangat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7)

Thursday, December 27, 2012

MENCARI REZEKI YANG HALAL

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah swt,tuhan sekalian Alam…bertemu lagi kita setelah beberapa hari kita tidak dapat berkongsi ilmu di lapangan blog ini,dengan kesibukkan tugasan seharian memungkinkan saya untuk sama sama berkongsi secebis ilmu dengan anda semua,Selamat sejahtera dan selamat pagi saat ini buat anda yang sedang menatap blog ini,sebelum itu kita mulakan pagi yang indah ini dengan doa dhuha..berikut adalah doanya,

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh….Amin


Jadikanlah doa ini sebagai amalan kita pada setiap pagi,semoga dengan doa ini akan Allah swt permudahkan segala urusan kita pada setiap hari-hari yang akan kita tempuhi.

Baiklah hari ni seperti biasa saya akan berkongsi dengan anda semua tentang satu tajuk iaitu mencari rezeki yang halal,mungkin anda semua sudah biasa mendengar tajuk ini bukan?Cuma pada kali ini saya ingin berkongsi pada persfektif diri saya sendiri.Dalam melalui denai kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan bersih daripada larangan Allah,atau yang mempunyai unsur syubhat padanya,supaya makanan,minuman,pakaian yang kita perolehi itu menjadi halal yang shirfi iaitu halal seratus persen.Mudah-mudahan apa yang kita nikmati itu akan beroleh keberkatan oleh Allah swt dan diberikan pahala pula kerananya.

Kadangkala kita ini sebagai hamba yang mudah lupa akan kepentingan mencari rezeki halal,hati jahat kita kadang kadang mudah mempengaruhi kita agar melanggar perintah Allah swt,kita mula mencari rezeki haram,dengan niat untuk mencapai hasil yang berlipatkali ganda sebagai contoh kita berjudi,bertenung nasib dan menikam nombor ekor.Semua kerja-kerja jahat ini amat dikutuk oleh Allah swt malah Allah swt menyuruh mereka yang pernah melakukan amalan tersebut agar bertaubat.

Kita mudah berasa cemburu dengan orang lain yang memiliki segala-galanya seperti memiliki i-pad baru,kereta baru,rumah baru namun kita lupa bahawa segala kesenangan yang Allah berikan kepada mereka itu adalah sebagai ujian untuk mengukur sejauh mana kesyukuran mereka kepada nikmat-nikmat Allah tersebut.Mereka seharusnya bertanya kepada diri sendiri daripada hasil manakah mereka memiliki nikmat-nikmat tersebut.Apakah dengan nikmat rezeki yang haram mereka miliknya?Sebagai manusia yang diberikan Allah swt akal yang cerdik kita seharusnya tidak menjadi buta hati untuk memiliki harta yang bersumberkan harta yang haram.

Allah swt berfirman

maksudnya:

“Wahai orang yang beriman ,makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah,jika kamu benar-benar hanya kepadanya kamu menyembah”
QS:Al-Baqarah :172

Monday, December 24, 2012

BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK-BAIK

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam,kerana kita masih lagi dipertemukan untuk sama-sama berkongsi ilmu yang tiada batasnya ini,Semoga saat anda membaca coretan ini,anda berada didalam keadaan yang cukup membahagiakan,kalau ada kerja yang belum diselesaikan tu,saya harap anda tidaklah bertangguh-tangguh,laksanakanlah segera,….oklah,dah rasa relaks?hati macam mana?tenang?buanglah jauh-jauh sifat yang mazmumah itu dari hati ya…mulakan hari ini dengan secalit manis senyuman.hehe…

Oklah,hari ni saya cerita tentang tajuk Berkawan dengan orang baik-baik,apa itu berkawan?berkawan pada definisi diri saya adalah seorang manusia yang mempunyai hubungan yang baik dengan satu orang manusia yang lain.haa…kita nampak disini bukan?hubungan baik..bukan namanya kawan kalau hubungan yang tidak baik..senang bukan?kalau bermusuh pula bermakna tiada hubungan baik.Baiklah anda semua faham bukan?Saya tahu pembaca blog saya semua orang yang baik-baik,sebab orang yang baik-baik sahaja yang mungkin ada masa untuk membaca blog saya.wallahualam…

Mengapa kita perlu berkawan dengan orang yang baik-baik?dan mengapa mesti ada orang yang berkawan dengan orang jahat?semua itu ketentuan daripada Allah,tapi sebagai manusia kita bias memilih bukan?konsep yang cukup senang bagi saya,kalau kita tahu orang itu baik,kita akan senang berkawan dengan mereka,tapi kalau orang itu jahat,kita akan cuba sedaya mungkin untuk menjauh daripada berkawan dengan mereka,namun sebagai orang yang beriman kita akan sentiasa berdoa agar orang yang jahat perangainya itu akan berubah satu hari nanti,in shaa Allah.

Orang yang baik-baik akan sentiasa mensyukuri nikmat Allah dan mensyukuriNya dengan penuh keikhlasan pada segala perkara,nah orang seperti inilah yang perlu kita pilih sebagai kawan,bukanlah orang yang jahat sifatnya,orang yang jahat sifatnya ini akan sentiasa mengingkari perintah Allah malah orang seperti inilah nanti yang akan menerima bala dan bencana serta kemurkaanNya.Apakah kita mahu dipertanggungjawabkan oleh Allah akan segala dosa dan kesilapan mereka,kerana bersama-sama kejahilan kita dalam memilih mereka sebagai kawan.

Ingatlah semua,orang yang celik mata hatinya tidak akan memilih kawan yang buruk sifatnya sebagai kawan,hanya mereka yang pekak dan tuli hatinya sahaja akan berbuat demikian,Apa yang boleh saya kongsikan disini adalah sekiranya kita berhadapan dengan kawan yang buruk sifatnya hendaklah kita bersabar dan beristiqamah agar kita tidak menjadi seperti mereka.Sebagai orang yang bijak kita sememangnya bijak memilih bukan?

Firman Allah swt:

“Serulah mereka pada jalan TuhanMu,dengan kebijaksaan dan pengajaran yang baik,dan debatlah mereka dengan cara yang paling baik” (An-Nahl : 125)

Friday, December 21, 2012

TERUKNYA MEREKA:KIAMAT 21.12.2012

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,segala pujian hanya buatMu Ya Allah kerana pada saat ini kita masih dipertemukan dalam satu wadah yang dapat sama-sama kita berkongsi ilmu untuk melahirkan insan yang cemerlang bukan sahaja duniawi malah yang lebih penting juga ukhrawi.Salam pagi jumaat buat semua,saya harap kala ini anda sedang berbahagia dan merasa bangga menjadi seorang insan mukmin yang beragama islam,dalam post saya yang terdahulu saya ada berkongsi dengan anda semua bagaimana ada orang islam yang begitu membenci agamanya sendiri masyaAllah,saya tak tahu nak cakap macam mana dengan orang-orang seperti ini.Sudahlah hukum hakam agama dilanggarnya ini sampai nak benci-benci agama islam apa cerita ni?hmm…saya doakan mereka agar diberikan Allah swt hidayah,sedar dengan dosa-dosa yang telah mereka lakukan…

Hari ni saya nak sembang santai dengan anda semua,tajuk apa ya?...rasanya tajuk biasa-biasa yang luarbiasa kot?hehe.. hari ni 21.12.2012 mengikut kepercayaan kaum mayan(KAUM JAHIL) adalah tarikh yang akan berlakunya kiamat,sungguh mengarut benar ramalan mereka,kita sebagai orang yang beriman seharusnya tidak mudah percaya dengan perkara-perkara seperti itu,orang yang beriman kepada Allah haruslah meyakini bahawa hari berlaku kiamat adalah rahsia Allah malah tiada seorang manusia pun yang tahu akan waktunya tiba,kita sebagai orang yang beriman seharusnya dan sewajibnya lebih memikirkan tentang amal soleh yang perlu kita laksanakan sebagai bekal untuk menghadapi hari pembalasan itu.Sebagai orang yang beriman kita seharusnya meyakini janji Allah bahawa hari kiamat itu pasti akan tiba jua

Firman Allah swt:

Sungguh, apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar, dan sungguh, (hari) pembalasan pasti benar. (QS. Adz-dzariyyat: 5-6)
Sesungguhnya hari kiamat benar-benar akan datang tidak ada keraguan di dalamnya. (QS.Ghafir: 59)


Sememangnya hari kiamat itu pasti akan tiba,itu adalah janji Allah,dan tidak perlulah kita sebagai hambaNya percaya dengan apa jua ramalan seperti yang mengatakan bahawa tarikh sekian-sekian akan terjadi dan berlakunya kiamat.Malah terdapat sebilangan manusia yang percaya sehingga sanggup membeli segala persiapan untuk menghadapi kiamat,Nah,disini kita dapat lihat betapa teruknya mereka yang jahil ini.Tiada segala apa perlindungan yang dapat melindungi kita melainkan amal soleh kepada Allah swt sebagai jaminan.Untuk mereka yang percaya bahawa tarikh hari kiamat adalah pada hari ini,saya syorkan agar mereka kembali ke jalan Allah,percaya dan meyakini bahawa hari kiamat adalah rahsia Allah dan tidak perlu kita mempercayai sumber-sumber lain.Wallahualam..

Thursday, December 20, 2012

BILA ORANG ISLAM SENDIRI MEMBENCI AGAMANYA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamduillah segala pujian hanya buatMu Ya Allah kerana pada saat dan ketika ini kita masih diberikan Allah peluang dan ruang untuk saya dan anda semua berkongsi ilmu dalam mengharungi sebuah perjalanan kehidupan yang pastinya belum tentu indah sentiasa,Apa khabar anda semua pada hari ini?Saya harap anda yang sedang kala ini membaca nukilan saya ini berada didalam keadaan yang cukup membahagiakan.haa…tapi kalau waktu ini anda dirundung duka,saya harap sangat-sangat anda tabah menghadapinya.tambah-tambah lagi bagi mereka yang sedang berjuang untuk berubah ke jalan yang diredhai oleh Allah,sangat banyak ujian dan cabaran yang perlu mereka lalui,dengan cakap-cakap orang yang sentiasa tidak puas hati dengan diri kita,sering mencari kesalahan kita dan yang paling buruk sekali sampai sanggup memfitnah mereka yang berada dijalan Allah.MasyaAllah begitu berat sekali dugaan yang perlu mereka alami,Doa saya agar mereka yang menghadapi dugaan seperti itu,bersabarlah…kerana janji Allah itu pasti.in shaa Allah.

Firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa dan orang berbuat kebaikkan”(An-Nahl:128)

Baiklah,hari ni saya cerita berkenaan satu tajuk yang saya rasa cukup mudah untuk anda semua fahami,tajuknya adalah “BILA ORANG ISLAM SENDIRI MEMBENCI AGAMANYA.Apa yang saya nak kongsikan disini adalah berkenaan dengan kehidupan kita seharian sebagai orang islam.Saya rasa sejak kecil kita diasuh untuk menjadi mukmin yang sejati samada dari duniawi mahupun ukhrawi.Rasanya kalau kita sayangkan agama kita,kita akan kenal siapa Pencipta kita iaitu Allah Yang Maha Esa,betapa kita ini insan yang kerdil dihadapanNya.Siapalah kita untuk membenci agama kita sendiri.Layakkah kita?MasyaAllah,betapa fasiknya orang seperti itu..sudahlah solat yang fardhu tidak pernah dilaksanakan,malah diremeh-remehkan tuntutannya.itu baru soal solat fardhu,amal-amal yang lain apalah kesudahannya.Betapa ruginya orang yang seperti tu.Islam hanya tercatat hanya pada kad pengenalan sahaja,tapi amalannya tiada,malah mereka membenci agamanya sendiri.Hati mereka busuk dengan kebencian yang meluap-luap,sentiasa mencari kesilapan orang yang berjihad di jalan Allah,malah jika ada orang yang berpakaian dengan syariat agama,golongan seperti mereka inilah yang tampil kehadapan untuk memerli dan lantas mencaci dengan cacian yang cukup menyakitkan.

Ada orang yang hidupnya penuh dengan dosa-dosa,siang hari ke kedai nombor ekor,kedai mesin judi.Mereka ini cukup menyukai dengan larangan –larangan yang telah Allah nyatakan didalam Al-quran malah semua dosa yang mereka lakukan itu terasa sebagai nikmat sehingga tiada rasa takut kepada Allah Yang Maha Melihat setiap perbuatan hambanya,MasyaAllah,mudah-mudahan kita dijauhkan Allah daripada memiliki sahabat atau teman seperti itu,namun sekiranya kita ada,saya harap anda semua berdoalah agar mereka diberikan Allah hidayah agar mereka kembali kepangkal jalan.Umat islam itu bersaudara,dan tidak salah jika kamu mampu untuk menasihati saudara kita sendiri.

Namun andai nasihat dan teguran yang diberikan,mereka masih ingkar dengan perintah-perintah Allah,mereka masih terus-terusan membenci agama islam,membenci orang-orang yang berkaitan dengan agama islam,maka tunggulah azab Allah yang sememangnya pasti.Janji Allah itu pasti,

Firman Allah swt:

“Setiap nasib buruk yang menimpa diri kamu,adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri,Dan Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu”-Al-Syura:30

Sayangnya Allah pada kita bila kita berbuat dosa sekalipun tidak Dia timpakan dengan serta merta Azabnya namun bila kita memohon sesuatu daripada Allah pasti kita mahu Allah segerakan permohonan kita itu.

Wednesday, December 19, 2012

KEBERKATAN UMUR

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Bertemu lagi kita pada hari ini,semoga disempatan yang ada ini kita diberikan oleh Allah swt kekuatan dalam melalui hari-hari mendatang yang penuh dengan onak duri serta cabaran.Sudah menjadi lumrah insan di muka bumi ini tidak lepas daripada melalui kehidupan yang kadangkala berada didalam kegembiraan dan juga kesedihan,semua itu lumrah.kadang-kadang orang dengki dengan kejayaan kita,kadang-kadang orang suka tapi dalam hati bencinya meluap-luap,apa yang boleh saya katakana pada orang yang melalui perkara ini…bersabarlah,kerana Allah swt sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

Baiklah kita teruskan pada tajuk kita pada hari ini,iaitu keberkatan umur,umur yang diberikan oleh Allah swt ini adalah satu kurniaan yang sangat bermakna,sepatut dan selayaknya kita bersyukur dengan usia yang masih ada ini dengan melakukan amal ibadat sebagai bekal menuju ke akhirat nanti,sayangnya dewasa ini,kita dapat lihat betapa ramai yang dikurniakan usia yang panjang namun masih melakukan kemungkaran,masih lagi dengan keseronokkan dunia,berjudi,bertenung nasib dan meninggalkan solat,masyaAllah apa nak jadi dengan manusia yang telah Allah berikan umur yang panjang?kita sebagai hambaNya sepatutnya berasa malu dengan Allah,betapa kasihNya Allah sentiasa memberi kita peluang dengan usia yang panjang agar kita bertaubat dengan dosa-dosa yang samada kita sedar atau tidak pernah kita lakukan.

Betapa berkatnya umur seseorang itu jika dengan usia yang ada itu dipenuhi dengan berbuat pelbagai amal kebajikkan.Beruntungnya mereka dikurniakan Allah dengan usia yang panjang serta diberikan kekuatan untuk melaksanakan segala perintah-perintah Allah yang menjurus kearah kebaikkan serta melahirkan insan yang bertakwa.

Terdapat satu hadis yang menerangkan tentang konsep panjang usia. Maksud hadis tersebut adalah;

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang suka untuk diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim (hubungan kekeluargaan).

Nah,disini kita dapat lihat juga betapa Rasulullah saw telah menyatakan betapa untuk mendapatkan usia yang panjang,mereka hendaklah merapatkan hubungan sesama manusia.Kepentingan merapatkan silaturrahim ini bukan sahaja memberi kekuatan kepada umat islam itu sendiri.

Tuesday, December 18, 2012

MENEPATI JANJI

Assalamualaikum wbt.
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Apa khabar anda semua pada hari ini?saya harap anda semua berada didalam keadaan yang cukup membahagiakan.Alhamdulillah…kerana sukar bagi kita mendapat kebahagiaan andai hati kita dipenuhi dengan perasaan hasad dengaki,takbur dan membangga diri.Alangkah hinanya diri kita andai sifat-sifat cela tersebut bermaharajalela didalam batang tubuh kita.

Baiklah pada hari ini saya nak cerita satu tajuk yang mungkin dah biasa kita dengar bukan?selalu masa kita sekolah-sekolah dahulu kita pernah diajar oleh cikgu kita bukan?tajuk saya pada hari ini adalah tentang menepati janji.ha…dengar macam dah biasa jekan?tapi tulah yang biasa-biasa ni susah jugak kita nak penuhi kan?menepati janji…adalah sifat terpuji andai kita mampu miliki.tak semua orang mampu dan hanya pada mereka yang benar-benar menghargai sebuah perjanjian .Saya masih ingat masa saya kecil-kecil dahulu,ibu saya sering mengingatkan saya agar sentiasa menepati janji dalam apa juga perbuatan,walaupun saya tahu ingatan ibu itu kadang-kadang sukar juga untuk saya penuhi,namun saya tetap cuba untuk lakukannya.Alhamdulillah sehingga hari ini saya sering mengingati pesanan ibu saya itu.

Pernah saya berhadapan dengan orang yang tidak menepati janji.Orang yang seperti ini jika kita mampu untuk merubah sifat buruknya adalah satu anugerah yang terindah pernah kita miliki.Kenapa saya cakap macam tu ya?yerlah sifat tidak menepati janji ini ada satu perbuatan buruk yang dilaknat Allah swt,kita sedia maklum perbuatan tidak menepati janji ini adalah sifat orang MUNAFIK.anda semua pasti tahu bukan sikap orang MUNAFIK?apabila mereka berjanji,mereka akan memungkiri.MasyaAllah betapa buruk dan hinanya sifat ini,Nauzubillahmizalik….semoga saya dan anda semua terhindar daripada memiliki sifat buruk seperti itu.

Bagaimanakah cara untuk kita menepati janji?bagi saya sendiri,melalui pengamatan saya,apabila kita berjanji tentang sesuatu perkara,Berusahalah untuk kita cuba memenuhinya,hargailah apa jua janji yang telah kita patrikan.Sentiasalah berdoa,agar kita diberikan oleh Allah swt kekuatan untuk memenuhi apa sahaja janji yang telah kita buat.Orang yang sentiasa menepati janji amat disenangi oleh orang lain,tetapi orang yang mungkir akan selalu dilaknat oleh Allah swt.Adakah anda mahu sentiasa dilaknat oleh Allah swt?Tepuk dada,Tanyalah iman anda….Apa jawabnya?

Monday, December 17, 2012

MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum wbt.
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat bertemu untuk sama-sama berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk agama islam.Dalam kesibukkan tugasan harian mungkin saya tak sempat nak update blog ini untuk berberapa hari yang lalu.Biasalah bukan dinamakan manusia jika tidak sibuk,ye tak?hari ni saya nak sembang santai sekali lagi bersama anda semua pembaca blog saya,kali ni saya nak cerita tentang bagaimana untuk kita melihat diri sendiri atau dalam kata lain muhasabah diri.Yang dimaksudkan dengan muhasabah diri itu adalah menilai dan merenung kembali terhadap apa yang telah berlaku samada yang manis,mahupun yang pahit,detik gembira dan sedih dan berbagai peristiwa yang telah tercatat dalam diari kehidupan kita.Daripada sini,segala apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita dapat kita jadikan sebagai pengajaran dan iktibar terbaik sebelum kita mengorak langkah meniti titian kehidupan yang seterusnya.

Allah swt berfirman di dalam Al-Quran:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan(muhasabah)terhadap apa yang dia telah sediakan(dari amal-amalnya)untuk hari esok(hari akhirat)Dan(sekali lagi diingatkan):Bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah amat meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan"-SURAH al-Hasyr: 18

Oleh yang demikian Allah menekankan perintah melakukan amalan bermuhasabah diri ini dengan dimulai dan diakhiri dengan kalimah takwa.Dengan erti kata lain,sejauh manakan segala peristiwa yang telah kita lalui dahulu berupaya menjana dan seterusnya meningkatkan ketakwaan seseorang itu kepada Allah.

Saya suka tegaskan disini,bila kita duduk seorang diri memikirkan betapa banyak lagi amalan-amalan yang masih belum kita kerjakan.Cuba periksa diri kita,apakah sudah banyak amalan-amalan kita untuk dipersembahkan kepada Allah swt.MasyaAllah masih kurang rupanya.Apakah amalan-amalan baik kita selama kita hidup ini diterima oleh Allah swt?sempurnakah solat kita dimata Allah?bagaimana pula dengan puasa kita,zakat kita dan juga amalan-amalan wajib lain?Apakah Allah swt terima?Semoga semua perkara baik kita akan Allah terima in shaa Allah…

Thursday, December 13, 2012

BERDOALAH KEPADA ALLAH

Assalamualaikum wbt.
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Syukur Alhamduilillah sekali lagi kita dipertemukan pada entri blog mukmin perkasa pada hari ini,semoga dengan apa yang telah saya kongsikan di blog ini dapat menjadi panduan dalam kehidupan kita sehari-harian,walaupun tidak sebanyak mana yang dapat saya berikan namun saya harap kita semua dapat sama-sama memperkasakan diri kita agar menjadi seorang mukmin yang perkasa dunia dan akhirat,in shaa Allah.
Baiklah hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang tajuk “Berdoalah kepada Allah”santai sahaja tajuk saya pada hari ini ya.saya suka dengan tajuk-tajuk yang santai begini.sebab ia mudah untuk kita fahami,dan saya berharap anda yang membacanya tidak berasa jemu.

Kita dianjurkan agar sentiasa berdoa kepada Allah dengan memohon semua hajat kita kepadaNya.Allah menyuruh kita agar meminta segala kemahuan yang kita mahukan hanya padaNya.Kita dianjurkan agar sentiasa mengingatkan Allah supaya Allah akan selalu mengingatkan kita.Bagaimanakah kita boleh mengingatkan Allah?...bagi saya ingatlah Allah pada saat kita senang dan bahagia,bukanlah pada saat kita bahagia sahaja kita patut mengingatkan Allah malah pada saat kita sempit dan sukar juga kita patut mengingatkanNya.Bila kita senang dan bahagia kita patut bersyukur pada Allah,kerana Dialah yang telah mengurniakan kita kesenangan,Saat kita ditimpa kesusahan dan kesulitan,kita juga haruslah bersyukur barangkali dengan kesusahan itu adalah sebagai penghapus dosa-dosa yang telah lalai kita lakukan.Selain itu segala kesulitan yang telah Allah swt timpakan pada kita itu adalah sebagai ujian kerana kita telah melupakanNya,ini semua adalah agar kita kembali mengingatkanNya semula.Maka itu adalah rahmat yang besar yang menunjukkan bahawa Allah mencintai kita.

Saat kita menyeru kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas yakinilah bahawa Allah swt akan memakbulkan segala hajat dan permohonan kita.asalkan perkara yang kita pohonkan itu dari perkara yang baik-baik,samada bagi diri kita ataupun orang lain.kita ditegah dari memohon perkara-perkara yang memudaratkan atau membahayakan diri sendiri atau orang lain.Kita juga dilarang memohon dan meminta perkara-perkara yang diharamkan kerana yang demikian bukan sahaja ditolak oleh Allah swt malah kita dimurkaiNya.

Bersabarlah saat memohon doa kepada Allah,kita harus bersabar dalam menunggu pengabulannya,janganlah kita sampai bersungut kiranya doa kita tidak dimakbulkan Allah dengan kadar yang segera.kita haruslah bertenang dan memohon terus tanpa berputus asa.Bersangka baiklah pada Allah bahawa doa kita pasti akan dimakbulkan.InsyaAllah.

Wednesday, December 12, 2012

KAIFIAT MEMBACA “al Hayu al-Qayyum” siri 2

Assalamualaikum wbt.
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Bertemu lagi pada pagi yang indah dan mulia ini,Alhamdulillah sehari lagi kita usia kita bertambah semoga dengan kesempatan yang diberikan ini memberikan kita satu lagi peluang untuk bertaubat,kalau dulu kita selalu tinggalkan solat,selalu buat jahat,tapi bila Allah beri kita peringatan saya harap kita sedar dan cepat berubah.Mudah-mudahan dengan bertaubat,Allah dapat mengampunkan dosa dosa silam kita,hidup ini bukan untuk selamanya kita bergelumang dengan dosa.sampai waktu bila Allah pilih kita untuk berubah maka beruntunglah,ada orang tu sampai mati Allah tak bagi dia hidayah,tahu-tahu sahaja dia dah pergi,kalau pergi dengan tak mengapalah maksud saya,dia sempat bertaubat,tapi kalau pergi dengan cara yang tidak baik,nauzubillah minzalik,

Baiklah,saya ni suka bercerita kalau bercerita kat blog ni sampai tak sedar waktu yang berlalu,oklah hari saya nak sembang santai tapi bermanfaat,ada isi,ada ilmu yang boleh dikongsi bersama-sama,sejak saya berkongsi ilmu di blog ini saya dapat membantu diri saya dan insyaAllah jika anda yang membaca blog saya ni,akan beroleh manfaat yang sama,jadi marilah kita berkongsi bersama sama ilmu yang ada.
Hari ni saya nak cerita mengenai sambungan kaifiat membaca “al Hayu al-Qayyum”.khasiat yang kedua ialah untuk mencari nafkah atau sara hidup.

Sebagaimana yang anda tahu pada entri blog saya yang lepas bahawa “al Hayu al-Qayyum” adalah nama yang boleh juga digunakan sebagai perantara doa supaya kita kemudahan dalam mencari nafkah.kaifiatnya,anda bangunlah pada waktu malam,selepas itu lakukanlah solat hajat dua rakaat.usai solat berzikirlah dengan “ya Allah” sebanyak 5000 kali dan “al Hayu al-Qayyum” sebanyak 1000 kali.Zikir ini hendaklah anda laksanakan setiap malam secara berterusan dan disertai dengan keyakinan bahawa Allah-lah Yang Maha Hidup dan Yang Maha Mengatur serta Memberi rezeki.Mudah-mudahan dengan izin-Nya,anda akan memperoleh kemudahan untuk mencari nafkah hidup keluarga.Sesungguhnya kita sebagai hamba-Nya perlu sedar dan yakin bahawa hanya Allah sahaja yang mampu memberi rezeki buat kemudahan semua.Amin...

Monday, December 10, 2012

KAIFIAT MEMBACA “al Hayu al-Qayyum” siri 1

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari ini,saya harap anda semua berada didalam keadaan yang baik dan sihat walafiat hendaknya.hari ni saya nak bercerita tentang kelebihan nama Allah swt iaitu "AL-HAYYUAL QAYYUM".“al hayyu al qayyum merupakan nama Allah yang ada di dalam Ayat Kursi,jika dijadikan amalan,ia mempunyai khasiat yang luar biasa.InsyaAllah dapat memperkasakan diri dan juga iman.Sebahagian daripada khasiat asma’ ini adalah

a) Untuk menghadirkan rezeki dari alam ghaib
b) Untuk memudahkan memperoleh nafkah dan sara hidup
c) Untuk menjinakkan nafsu syahwat(dorongan nafsu seksual)

Jika dilihat dari segi makna dan pengertiannya asma’ “al-Hayyu”ertinya Yang Maha Hidup dan al- “Qayyum” pula ertinya adalah Yang Maha Berdiri Sendiri atau yang mengurus keperluan seluruh makhluk.Jadi segala urusan kita ,sebenarnya terletak pada kuasa dan kepemurahan Allah,kerana itulah dalam soal rezeki ini hendaklah kita lebih banyak berserah kepadaNya daripada yang lain dan kita mestilah yakin Allah akan mengabulkan apa yang kita hajati.

Kali ni saya nak kongsikan Khasiat yang pertama: Untuk menghadirkan rezeki dari alam ghaib

Daripada Asy-Syaiji didalam kitab “ad Durrun Nazhim”,memetik perkataan Syeikh Ahmad al Bunny di dalam kitab “asy Syamsul Ma’arif” katanya Berpuasalah pada hari Selasa,Rabu,Khamis.Selepas itu pada malam Jumaat,tidurlah sehingga tiba waktu sahur.kemudian bangunlah untuk menunaikan solat Subuh.Selepas solat tersebut,bacalah “ya hayyu ya qayyum” dengan khusyuk dan tawaduk.Lakukanlah yang demikian berterusan sehinggan terbit matahari pagi hari itu.Ketika matahari terbit,hendaklah anda mengambil kertas putih yang bersih dan tulislah kalimat tersebut(“ya hayyu ya qayyum”)di atasnya.Selepas itu lipatlah dan simpan di dalam dompet dan yang seumpamanya.InsyaAllah anda akan hairan dan tertanya-tanya melihat rezeki anda melimpah ruah dan ia datang daripada punca yang tidak pernah anda perkirakan.

Friday, December 7, 2012

KATAKAN YANG BAIK-BAIK

Assalamualaikum wbt.
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Segala puji bagi Allah swt,tuhan sekalian alam,Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw. Salam hari jumaat dan penghulu segala hari,Alhamdulillah pagi yang indah ini kembali lagi,semoga apa jua tujuan dan apa sahaja yang ingin anda semua lakukan pada hari ini saya harap anda semua tidak akan sesekali lupa dalam memanjatkan kesyukuran kepada sang Pencipta kita iaitu Allah swt.baiklah dah lakukan solat dhuha pagi ini?jika belum laksanakanlah,kerana ia ada solat sunat yang dituntut sebagai pembuka rezeki kita,insyaAllah,

Baiklah hari ni saya bercerita tentang peri pentingnya dalam mengucapkan kata kata yang baik-baik.Tentu kita pernah mendengar ada orang pernah berkata “ucapkanlah kata-kata yang baik,kerana setiap kata-kata itu adalah satu doa”.Disini kita dapat lihat bukan?apa yang baik kita ucapkan adalah satu doa,bermakna doa itu akan didengari oleh Allah swt,dan dengan kekuasaanNya,insyaAllah akan dimakbulkan.

Mengapa pentingnya untuk kita mengucapkan kata-kata yang baik-baik?kata-kata yang baik itu lahir daripada lidah,dan lidah itu lebih tajam daripada mata pedang,bermakna kata-kata yang baik itu amat perlu kita ucapkan.kita dapat lihat dengan kata-kata yang baik itulah lahir sebuah suasana yang harmoni,sebagai contoh di pejabat,jika semua kakitangannya sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik,insyaAllah saya percaya,takkan wujud perselisihan faham,dengki mendengki,busuk hati dan pertelagahan.Berikanlah nada yang lembut tetapi tegas dalam mengucapkan kata-kata yang baik itu,usahlah meninggi suara seandainya sesuatu keputusan itu bukan dalam kawalan kita.kadang-kadang orang kita ni suka sangat meninggi suara bila bercakapa soal pendirian masing-masing,

Imam Bukhari ada meriwayatkan dalam sebuah hadis berbunyi

“ Seorang muslim yang sebenar ialah orang yang terselamat dari bencana lidahnya dan tangannya orang-orang muslimin yang lain.Dan orang yang berhijrah itu adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah melakukannya.”

Janganlah sampai ada seorang muslim yang menggunakan lidahnya untuk mengucapkan kata-kata cacian dan nista,mengumpat orang ini dan mengata orang itu.itu bukanlah sifat seorang muslim yang sebenar-benarnya.Sebaliknya orang muslim itu hendaklah mengucapkan kata-kata yang baik bagi menjaga hubungan sesama insan.

Thursday, December 6, 2012

SENTIASA DI CINTAI ALLAH SWT

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Baiklah kita teruskan pada tajuk kita pada hari ini,semua orang tentu menginginkan agar dikasihi dan dicintai,apalagi kalau yang mencintai dan mengasihinya itu adalah Allah swt,tentu kita berasa bahagia bukan?yerlah sebagai hamba yang begitu hina tetapi mendapat cinta dan kasihan daripada tuan kita sendiri.Allah swt telah menciptakan dan mengasihi serta memberi begitu banyak nikmat kepada setiap hambanya.tetapi dasar manusia ia rela berkorban apa sahaja demi merebut cinta daripada hati sesame manusia,agar orang yang dikehendaki mencintai dan mengasihinya.namun,seandainya hal tersebut untuk Allah,mereka enggan untuk melakukannya,malahan mereka masih juga sering melakukan kejahatan dan melanggar segala larangan Allah swt,masyaAllah…pernah tak sedikit kita semua terfikir betapa kita telah mengkhianati tuan yang banya berjasa pada kita dengan mengingkari semua yang telah dia aturkan dan rencanakan.hamba apakah kita ini?bagaimana orang sedemikian akan dicintai dan dikasihi oleh Allah swt.

Hamba Allah yang sentiasa mencintai Allah swt,akan sentiasa merinduiNya,saban malam ia bangun untuk melafazkan ayat-ayat cinta buat penciptaNya.dia begitu rindukan kekasihNya,5 kali sehari ia berjumpa denganNya,bercerita dan memuji dengan puji-pujian.betapa suburnya cinta pada Allah swt.

Bagi orang ingin agar dicintai oleh Allah sw,sebagai mana cintaNya pada RasulNya SAW,maka nabi menganjurkan kita membaca doa sebagaimana yang dibaca oleh Nabi Daud A.S iaitu

“Ya Allah aku memohon kepada-Mu ,kecintaan-Mu dan kecintaan orang-orang yan mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu amal perbuatan yang dapat menyampaikan aku kepada kecintaan-Mu.Ya Allah,jadikanlah rasa cinta kepada-Mu itu lebih aku sukai dari diriku sendiri,keluargaku dan dari air yang sejuk”


Wednesday, December 5, 2012

TAK PENAT KE DIA?

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.


[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Bertemu lagi pada hari rabu yang sememangnya indah selalu..hari ni saya nak cerita tentang TIADA KEPENATAN DALAM MENYAMPAIKAN KEBAIKKAN.baiklah post saya kali ni tak lah panjang mana cuma sekadar perkongsian.oklah berbalik kita pada tajuk post hari ni...kenapa ya?sebab sebelum-belum ni banyak post saya pasal berbuat baik.buat baik ni tak susah mana bukan?malah senyum tu pun kira buat baik kan?takkan kita nak masam jekan?ada orang tanya saya.tak penat ke awak buat baik kat dia?selalu dia tak pernah nak balas kebaikkan awak...selalu macam tukan?tak pelah saya cakap senang je..biarlah dia buat tak tau je,sebab kalau saya fikir-fikirkan balasannya nanti buat hati saya sakit je..biarkan jelah...selalu tak kita mengalami situasi macam tu?tak kiralah kat mana jua kat pejabatlah selalunya...ada kawan-kawan yang banyak "peel",tak tau nak hargai orang lain....takpelah...kadang2 kita geram jugakkan.

apa yang penting kita buat je baik,biarlah sampai orang asyik tanya kita TAK PENAT KE?hehe...lama-lama orang yang tanya tu yang penat kan?hehe,ala mulut orang ni memang tak boleh nak tutup kan?bila kita buat baik pun orang mengata,buat jahat apatah lagi...so moral of the story...BUAT TAK TAU JELAH....

Tuesday, December 4, 2012

MEMILIH KEBAIKAN BERBANDING KEBURUKKAN

Assalamualaikum...

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.


[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]



Bertemu sekali lagi pada hari ini,semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada apa yang saya kongsikan disini..baiklah,hari ni saya nak cerita tentang tajuk...MEMILIH KEBAIKAN BERBANDING KEBURUKKAN...Mungkin kita pernah mendengar tajuk ini bukan,mudah dan senang sahaja.Setiap orang yang berakal diberi pilihan dalam membuat keputusan iaitu antara kebaikkan dan keburukkan,seperti yang kita semua tahu…jalan untuk memilih kebaikkan dipenuhi dengan ranjau dan onak duri,penuh dengan ombak yang sangat dasyhat,lihatlah sekeliling kita,bila kita nak buat baik sikit,orang akan cakap yang bukan-bukan,konon-konon alim lah,takpelah sekurang-kurangnya kita mahu berubah,bukankah menjadi lebih baik itu sangat bagus untuk kehidupan kita?.usahlah difikirkan cakap-cakap orang.tetaplah dengan pendirian kita,tambahanpula meremehkan kebaikkan yang orang lain lakukan itu adalah serendah-rendah iman?maka tak perlulah kita bimbang ya..

Friday, November 30, 2012

MELIHAT DENGAN MATA HATI

...Salam jumaat,bertemu kembali pada penghulu segala hari...iaitu hari jumaat yang terindah,kata orang hari jumaat ni,seumpama hari raya bagi umat islam..pada hari ini semua orang berpakaian serba cantik dengan baju melayu serta bersampin...Alangkah tampan persalinan itu bukan,baiklah hari ni saya cerita bagaimana untuk kita melihat dengan mata hati.apa yang nak saya kongsikan disini adalah pada mata hati itu kita akan melihat dengan lebih terperinci seperti yang tersirat pada yang tersurat...begitulah pada pemahaman saya,selalunya kita akan melihat sesuatu dengan mata kasar sahaja.apa salahnya kita melihat dengan mata hati...sebagai contoh,kita selalu lihat pengemis bukan?dengan pakaian kotor mengemis disana sini...mungkin itu pada pandangan kasar kita,sebaliknya jika kita lihat dengan mata hati mungkin kita dapat lihat kesusahan dalam kehidupannya...kita selalu berfikir yang bukan-bukan tentang sesuatu tanpa melihat dengan lebih mendalam...tak mengapalah kerana hidup ini penuh dengan prasangka yang sering melingkari hati...apa yang dapat saya katakan gunakanlah hati kita dalam membuat pertimbangan...insyaAllah kita pasti berjaya...

Thursday, November 29, 2012

MEMPERKASAKAN IMAN

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh,bertemu lagi kita di arena penulisan ini…Alhamdulillah segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam…kerana dengan limpah kurnianya,kita masih dapat bernafas dibumiNya ini,Selawat dan salam diucapkan buat semua pembaca blog ini.Anda andalah insan yang Allah pilih untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat buat panduan dalam memperkasakan iman.

Sebelum memperkasakan iman,terlebih dahulu kita hendaklah mengetahui apakah itu IMAN?....Pengertian iman dari bahasa Arab yang artinya percaya. Sedangkan menurut istilah, pengertian iman adalah membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan tindakan (perbuatan). Dengan demikian, pengertian iman kepada Allah adalah membenarkan dengan hati bahwa Allah itu benar-benar ada dengan segala sifat keagungan dan kesempurnaanNya, kemudian pengakuan itu diikrarkan dengan lisan, serta dibuktikan dengan amal perbuatan secara nyata. Jadi, seseorang dapat dikatakan sebagai mukmin (orang yang beriman) sempurna apabila memenuhi ketiga unsur keimanan di atas. Apabila seseorang mengakui dalam hatinya tentang keberadaan Allah, tetapi tidak diikrarkan dengan lisan dan dibuktikan dengan amal perbuatan, maka orang tersebut tidak dapat dikatakan sebagai mukmin yang sempurna. Sebab, ketiga unsur keimanan tersebut merupakan satu kesatuan yang utuh dan tidak dapat dipisahkan. Iman adalah elemen yang amat penting wujud di dalam tubuh anak adam yang beragama islam,iman memandu insan kearah kebaikkan dan meninggalkan segala keburukkan dan kehinaan.

Dalam konteks kita sebagai insan yang sentiasa lemah dalam menangani ujian daripada Allah maka imanlah sewajarnya kita perkasakan sebagai benteng pelindung daripada hanyut di lautan bernama kehidupan Untuk memperkasakan iman,haruslah kita dirikan dinding-dinding yang kuat dan kebal,terutama sekali dalam zaman moden ini,dimana kita bercampur aduk dengan orang-orang yang tiada beriman dengan penuh kebebasan dalam pergaulan kemasyarakatan sehari-hari,dalam pekerjaan,dalam pejabat,dalam makan minum dan sebagainya supaya keimanan kita tiada terdedah kepada bahaya-bahaya yang boleh merosakkan atau memesongkannya dari jalanNya yang benar.Biarpun bukan mudah untuk kita menangkis segala bentuk ancaman terhadap iman kita,namun dengan sedikit iltizam dan keupayaan yang kuat mungkin akan dapat kita gunakan untuk memperkasakan iman kita. .....

Wednesday, November 28, 2012

AHLAN WASAHLAN

SEMOGA KITA DAPAT BERPESAN-PESAN KEPADA KEBENARAN DAN BERPESAN-PESAN KEPADA KESABARAN