Tuesday, September 15, 2015

HIDUP SESUDAH MATI

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]

ORANG yang bijak adalah mereka yang memahami tujuan hidupnya. Diantaranya, dia sedar bahawa tanggungjawabnya adalah untuk 'beribadah' kepada Allah (QS. Al-Dzariyat [51]: 56).

Kerana Allah adalah pemilik dan pemimpinnya (Malik). Walaupun hari akhirat pun menjadi milik-Nya (Qs. 1: 3). Maka, ibadahnya merupakan bentuk kesedaran bahawa dia hanya seorang 'abd (hamba). Dan, rajanya adalah Allah. Dan ibadah yang diunjurkan untuk negeri akhirat merupakan peringatan siapa saja bahawa ada kehidupan selepas kematian. Ada akhirat setelah dunia. Kata Allah, "Akhirat itu lebih baik bagimu daripada dunia ini." (Qs. Al-Dhuha [93]: 4).

Dan jika kehidupan akhirat itu lebih baik (khair) daripada dunia ini tidak bererti bahawa dunia ini tidak penting. Dunia tetap penting. Hanya saja, dunia adalah "jambatan" menuju akhirat.

Ia bukan tempat abadi bagi manusia, kerana manusia pasti meninggalkannya. Apabila sampai ajalnya, dia akan kembali jua ke kampung hakiki, kampung akhirat (tempat tinggal terakhir). Itu sebabnya dunia dan akhirat tidak boleh dipisahkan. Kerana Islam tak mengenal dikotomi: menceraikan kehidupan dunia daripada akhirat. "Carilah olehmu sekalian kenikmatan negeri akhirat, tapi jangan lupakan bahagian kamu di dunia ini." (QS. Al-Qasas [28]: 77).

Maka, dunia ini harus dimenej dengan baik, agar hidup di permukaannya tak sia-sia.

Imam Ibn Qudamah memberi nasihat penting mengeni dunia ini. Beliau menulis dengan sangat indah;

"Ketahuilah! Semoga Allah merahmatimu. Dunia ini adalah "ladang" akhirat, tempat keuntungan berniaga, tempat mengumpulkan bekal, dan terkumpul barang-barang yang menguntungkan. Orang yang lebih dahulu mendapatkannya dialah yang menang. Di dalamnya orang-orang yang bertakwa berjaya, orang-orang jujur ​​menuai kejayaan, orang-orang yang beramal menuai hasil, sementara orang yang berleha-leha menghirup gelas kerugian yang tiada tara.

Dunia ini adalah angan-angan tempat kembali penghuni syurga dan penghuni neraka.

Tentang penghuni neraka Allah berfirman: "Dan mereka (penghuni neraka) berteriak-teriak di dalam neraka sembari berkata, 'Hai Tuhan kami, keluarkan kami dari neraka ini agar kami beramal selain amal-amal (kejelekan) yang sudah kami kerjakan." (QS . Fatir [35]: 37).

Allah juga berfirman mengenai mereka: 'Dan jika engkau menyaksikan ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata,' Kiranya kami dikembalikan ke dunia dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman ... "(QS. Al- An'ām [6]: 27). (Imam Ibn Qudamah, wasiat al-'Alim al-Jalīl Muwaffaq al-Dīn Ibn Qudamah al-Maqdisi, tahqiq: Muḥammad Khair Ramadhan Yūsuf (Beirut-Lebanon: Dar Ibn Hazm, 1418 H / 1997 M: 9).

sumber:http://www.hidayatullah.com

Tuesday, August 4, 2015

SELAMAT HARI RAYA 2015/1436M

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya,rasanya telah lama tidak dapat saya coretkan sesuatu di dalam blog ini,namun dengan kesempatan masa yang ada ini..saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca yang membaca coretan saya di blog ini...harapan saya agar anda semua sentiasa berada didalam Rahmat Allah swt.InsyaAllah ukhwah yang terjalin selama ini akan terus bertaut kukuh dilaman nurani masing2...insyaAllah

Tuesday, May 5, 2015

SUKA DAN DUKA,HADAPILAH IA DENGAN SEDERHANA

Alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan di laman yang mulia ini...setiap perkongsian insyaAllah akan memberi pahala kepada kita...bagaimana kehidupan anda hari ini?saya harap anda semua pembaca di sana berada di dalam keadaan yang cukup bahagia...

Baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pembaca blog saya tentang 2 perkara...iaitu suka dan duka,pernah tak kita mendengar bait2 kata2 ini?"Adakala Allah hilangkan matahari untuk seketika,kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita mencari di mana matahari?Rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan kepada kita pelangi yang indah"

Ya...begitulah aturan daripada Allah swt...mungkin hari ini kita kehilangan seseorang yang amat istimewa dalam hidup kita,namun percayalah perancangan Allah...tiap sesuatu yang Allah takdirkan itu pasti akan Allah gantikan dengan yang lebih baik...percayalah...

Kalau kita selalu berfikir rahsia disebalik setiap yang berlaku,kita pasti menjadi lebih kuat untuk menghadapi apa jua cabaran dan dugaan.Masalah kita dewasa ini adalah kita selalu melihat apa yang berlaku secara zahir,tanpa mahu menduga apa yang tersembunyi di sebaliknya...setuju dengan saya bukan?

Kalau kita lihat semua yang sulit itu adalah kedukaan,yang kita dapat hanyalah kesusahan dan kesedihan belaka.Andainya kita lihat kepayahan itu sebagai ujian daripada Allah yang mungkin tersembunyi sesuatu,pasti kita akan lebih bersangka baik.

Percayalah pembaca semua...hidup ini perlu dilihat dari perspektif yang berbeza-beza.Bukan Allah tidak kasih apabila menurunkan ujian tetapi kita yang gagal melihat kebaikan yang terselindung

Kadangkala hidup ini perlu kita tempuh dengan selamba.Anggaplah semua masalah yang melanda hidup kita ini sebagai perencah rasa.Apa yang gembira itu anggaplah sebagai kebetulan agar bila terasa yang pahit tidak terlalu kita bimbangkan...

Hidup di dunia ini tidak terlepas daripada masalah...tiada manusia yang bebas daripada masalah waima dia seorang yang paling berkuasa atau sekadar pengemis di kaki lima.Sejak kita dilahirkan dimuka bumi ini pun kita akan menghadapi masalah sehingga kita tenteram dalam pelukan ibu tersayang.

Kesimpulannya,kita sebagai hamba yang kerdil,hanya mampu merancang sebuah perjalanan yang panjang...namun segala yang kita rancangkan itu tidak semestinya dapat kita kecapi kerana semuanya telah ditakdirkan


Mukmin Perkasa
5.5.2015
Klang,Selangor

Tuesday, April 21, 2015

KELEBIHAN SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW

Assalamualaikum wbt..rasanya telah agak berbulan-bulan saya tidak dapat mencoretkan sesuatu di halaman ini...maafkan saya kerana dengan urusan dunia yang tidak pernah berkesudahan ini,terpaksalah saya menangguhkan seketika coretan-coretan saya di ruangan yang pernah menjadi rujukan saudara-saudari sekalian...insyaAllah dengan kelapangan masa yang ada buat saya,saya akan cuba kembali menulis...doakan agar saya sentiasa sihat sentiasa...baiklah untuk kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua pembaca blogger saya iaitu tentang kelebihan selawat kepada nabi Muhammad Rasulullah saw.

Setiap umat islam berkewajipan mengasihi dan mencintai Allah dan Rasulullah.Bukti yang nyata seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah.

Kelebihan dan keistimewaan selawat kepada Nabi Muhammad saw antara lain dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada nabi.Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"(Surah Al-ahzab:56)

berikut adalah antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah saw:

1."Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali,ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"(Riwayat Thabrani)

2."Barangsiapa yang berselawat kepadaku disisiku kuburku maka aku akan mendengarnya.barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh malaikat kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya(Riwayat al-Baihaqi dan al-Khatib)

3."Berselawatlah kepadaku kerana selawat itu menjadi zakat bagimu"(Riwayat ibnu Murdawaih)

Oleh yang demikian marilah kita sebagai umat islam sentiasalah berselawat kepada Rasulullah.Kerana dengan itulah menjadi tanda kasih kita kepada kekasih Allah.