Wednesday, December 19, 2012

KEBERKATAN UMUR

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Bertemu lagi kita pada hari ini,semoga disempatan yang ada ini kita diberikan oleh Allah swt kekuatan dalam melalui hari-hari mendatang yang penuh dengan onak duri serta cabaran.Sudah menjadi lumrah insan di muka bumi ini tidak lepas daripada melalui kehidupan yang kadangkala berada didalam kegembiraan dan juga kesedihan,semua itu lumrah.kadang-kadang orang dengki dengan kejayaan kita,kadang-kadang orang suka tapi dalam hati bencinya meluap-luap,apa yang boleh saya katakana pada orang yang melalui perkara ini…bersabarlah,kerana Allah swt sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

Baiklah kita teruskan pada tajuk kita pada hari ini,iaitu keberkatan umur,umur yang diberikan oleh Allah swt ini adalah satu kurniaan yang sangat bermakna,sepatut dan selayaknya kita bersyukur dengan usia yang masih ada ini dengan melakukan amal ibadat sebagai bekal menuju ke akhirat nanti,sayangnya dewasa ini,kita dapat lihat betapa ramai yang dikurniakan usia yang panjang namun masih melakukan kemungkaran,masih lagi dengan keseronokkan dunia,berjudi,bertenung nasib dan meninggalkan solat,masyaAllah apa nak jadi dengan manusia yang telah Allah berikan umur yang panjang?kita sebagai hambaNya sepatutnya berasa malu dengan Allah,betapa kasihNya Allah sentiasa memberi kita peluang dengan usia yang panjang agar kita bertaubat dengan dosa-dosa yang samada kita sedar atau tidak pernah kita lakukan.

Betapa berkatnya umur seseorang itu jika dengan usia yang ada itu dipenuhi dengan berbuat pelbagai amal kebajikkan.Beruntungnya mereka dikurniakan Allah dengan usia yang panjang serta diberikan kekuatan untuk melaksanakan segala perintah-perintah Allah yang menjurus kearah kebaikkan serta melahirkan insan yang bertakwa.

Terdapat satu hadis yang menerangkan tentang konsep panjang usia. Maksud hadis tersebut adalah;

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang suka untuk diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim (hubungan kekeluargaan).

Nah,disini kita dapat lihat juga betapa Rasulullah saw telah menyatakan betapa untuk mendapatkan usia yang panjang,mereka hendaklah merapatkan hubungan sesama manusia.Kepentingan merapatkan silaturrahim ini bukan sahaja memberi kekuatan kepada umat islam itu sendiri.

No comments:

Post a Comment