Tuesday, April 21, 2015

KELEBIHAN SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW

Assalamualaikum wbt..rasanya telah agak berbulan-bulan saya tidak dapat mencoretkan sesuatu di halaman ini...maafkan saya kerana dengan urusan dunia yang tidak pernah berkesudahan ini,terpaksalah saya menangguhkan seketika coretan-coretan saya di ruangan yang pernah menjadi rujukan saudara-saudari sekalian...insyaAllah dengan kelapangan masa yang ada buat saya,saya akan cuba kembali menulis...doakan agar saya sentiasa sihat sentiasa...baiklah untuk kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua pembaca blogger saya iaitu tentang kelebihan selawat kepada nabi Muhammad Rasulullah saw.

Setiap umat islam berkewajipan mengasihi dan mencintai Allah dan Rasulullah.Bukti yang nyata seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah.

Kelebihan dan keistimewaan selawat kepada Nabi Muhammad saw antara lain dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada nabi.Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"(Surah Al-ahzab:56)

berikut adalah antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah saw:

1."Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali,ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"(Riwayat Thabrani)

2."Barangsiapa yang berselawat kepadaku disisiku kuburku maka aku akan mendengarnya.barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh malaikat kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya(Riwayat al-Baihaqi dan al-Khatib)

3."Berselawatlah kepadaku kerana selawat itu menjadi zakat bagimu"(Riwayat ibnu Murdawaih)

Oleh yang demikian marilah kita sebagai umat islam sentiasalah berselawat kepada Rasulullah.Kerana dengan itulah menjadi tanda kasih kita kepada kekasih Allah.