Monday, December 24, 2012

BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK-BAIK

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam,kerana kita masih lagi dipertemukan untuk sama-sama berkongsi ilmu yang tiada batasnya ini,Semoga saat anda membaca coretan ini,anda berada didalam keadaan yang cukup membahagiakan,kalau ada kerja yang belum diselesaikan tu,saya harap anda tidaklah bertangguh-tangguh,laksanakanlah segera,….oklah,dah rasa relaks?hati macam mana?tenang?buanglah jauh-jauh sifat yang mazmumah itu dari hati ya…mulakan hari ini dengan secalit manis senyuman.hehe…

Oklah,hari ni saya cerita tentang tajuk Berkawan dengan orang baik-baik,apa itu berkawan?berkawan pada definisi diri saya adalah seorang manusia yang mempunyai hubungan yang baik dengan satu orang manusia yang lain.haa…kita nampak disini bukan?hubungan baik..bukan namanya kawan kalau hubungan yang tidak baik..senang bukan?kalau bermusuh pula bermakna tiada hubungan baik.Baiklah anda semua faham bukan?Saya tahu pembaca blog saya semua orang yang baik-baik,sebab orang yang baik-baik sahaja yang mungkin ada masa untuk membaca blog saya.wallahualam…

Mengapa kita perlu berkawan dengan orang yang baik-baik?dan mengapa mesti ada orang yang berkawan dengan orang jahat?semua itu ketentuan daripada Allah,tapi sebagai manusia kita bias memilih bukan?konsep yang cukup senang bagi saya,kalau kita tahu orang itu baik,kita akan senang berkawan dengan mereka,tapi kalau orang itu jahat,kita akan cuba sedaya mungkin untuk menjauh daripada berkawan dengan mereka,namun sebagai orang yang beriman kita akan sentiasa berdoa agar orang yang jahat perangainya itu akan berubah satu hari nanti,in shaa Allah.

Orang yang baik-baik akan sentiasa mensyukuri nikmat Allah dan mensyukuriNya dengan penuh keikhlasan pada segala perkara,nah orang seperti inilah yang perlu kita pilih sebagai kawan,bukanlah orang yang jahat sifatnya,orang yang jahat sifatnya ini akan sentiasa mengingkari perintah Allah malah orang seperti inilah nanti yang akan menerima bala dan bencana serta kemurkaanNya.Apakah kita mahu dipertanggungjawabkan oleh Allah akan segala dosa dan kesilapan mereka,kerana bersama-sama kejahilan kita dalam memilih mereka sebagai kawan.

Ingatlah semua,orang yang celik mata hatinya tidak akan memilih kawan yang buruk sifatnya sebagai kawan,hanya mereka yang pekak dan tuli hatinya sahaja akan berbuat demikian,Apa yang boleh saya kongsikan disini adalah sekiranya kita berhadapan dengan kawan yang buruk sifatnya hendaklah kita bersabar dan beristiqamah agar kita tidak menjadi seperti mereka.Sebagai orang yang bijak kita sememangnya bijak memilih bukan?

Firman Allah swt:

“Serulah mereka pada jalan TuhanMu,dengan kebijaksaan dan pengajaran yang baik,dan debatlah mereka dengan cara yang paling baik” (An-Nahl : 125)

No comments:

Post a Comment