Friday, November 30, 2012

MELIHAT DENGAN MATA HATI

...Salam jumaat,bertemu kembali pada penghulu segala hari...iaitu hari jumaat yang terindah,kata orang hari jumaat ni,seumpama hari raya bagi umat islam..pada hari ini semua orang berpakaian serba cantik dengan baju melayu serta bersampin...Alangkah tampan persalinan itu bukan,baiklah hari ni saya cerita bagaimana untuk kita melihat dengan mata hati.apa yang nak saya kongsikan disini adalah pada mata hati itu kita akan melihat dengan lebih terperinci seperti yang tersirat pada yang tersurat...begitulah pada pemahaman saya,selalunya kita akan melihat sesuatu dengan mata kasar sahaja.apa salahnya kita melihat dengan mata hati...sebagai contoh,kita selalu lihat pengemis bukan?dengan pakaian kotor mengemis disana sini...mungkin itu pada pandangan kasar kita,sebaliknya jika kita lihat dengan mata hati mungkin kita dapat lihat kesusahan dalam kehidupannya...kita selalu berfikir yang bukan-bukan tentang sesuatu tanpa melihat dengan lebih mendalam...tak mengapalah kerana hidup ini penuh dengan prasangka yang sering melingkari hati...apa yang dapat saya katakan gunakanlah hati kita dalam membuat pertimbangan...insyaAllah kita pasti berjaya...

No comments:

Post a Comment