Friday, January 11, 2013

WORLD ISLAMIC BLOGGER

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,bertemu lagi kita pada pagi jumaat yang mulia ini,salam pertemuan saya ucapkan buat anda yang baru pertama kali menjengah ke blog saya ini,di blog saya ini saya hanya pohonkan anda semua membaca dan mengamalkan,2 perkara tersebut amat penting kerana di blog kerohanian ini saya tidak banyak berkongsi gambar dengan anda semua,kenapa?sebab saya lebih suka kita semua berimaginasi dengan fikiran kita sendiri,saya tidak suka membuat sekadar gambar hiasan kerana setiap apa yang saya perkatakan mungkin tidak relevan dan bermaksud seperti apa yang saya kongsikan.

Apa khabar anda semua pagi ini?sudah solat sunat duha?Alhamdulillah bagi mereka yang sudah melaksanakannya,Tapi bagi mereka yang masih belum berkesempatan,saya harap anda semua tunaikanlah,seperti yang kongsikan pada entri sebelum ini,tentang kebaikan solat sunat duha.sebagai pembuka rezeki.Hari ini setelah seminggu saya tidak postkan apa-apa entri saya hanya ingin berkongsi dan bersembang dengan anda semua.Mungkin saya tidak dapat mengenali siapa pembaca entri blog saya,Cuma yang harapkan disini adalah anda semua tinggalkanlah jejak anda jika melewati blog saya ini supaya mudah saya melawat ke blog anda semua,ini adalah sekadar untuk kita sama-sama mengeratkan talian persahabatan antara blogger seluruh dunia.Saya mengimpikan agar satu hari wujud satu pakatan yang dinamakan WORLD ISLAMIC BLOGGER dan berpusat di Malaysia,dengan pakatan ini kita akan dapat berkongsi idea demi memajukan ummah islam pada abad akhir ini.Selain itu juga dengan pakatan ini kita dapat mengemukan kepada pihak berkenaan bagaimana kuasa seorang blogger dengan tulisan-tulisannya yang penuh dengan segala macam kebaikkan yang dapat dipraktikkan oleh ummah islam masakini.Saya berharap sangat agar idea saya ini menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment