Friday, January 4, 2013

MARAHNYA DIA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,selamat pagi dan salam setulus pagi jumaat yang cukup indah sekali.Matahari pagi ini terbit awal sehingga memancarkan cahaya yang cukup menggembirakan buat mereka yang sering menantikan hari jumaat,ya hari jumaat…ada apa dengan jumaat ya?Tentulah banyak kelebihan yang kita dapat pada hari jumaat,malah hari ini boleh dikategorikan sebagai hari raya mingguan bagi umat islam.Ada orang yang benar benar menyukai hari ini,kerana hari ini dia akan berdoa banyak-banyak agar Allah swt makbulkan segala permohonannya.Tapi ada juga orang yang buat biasa biasa je bila tiba hari ini,malah yang lebih teruk pada saya sampai tak pergi SOLAT JUMAAT,Ya Allah kalau Allah tu cabut nyawa mereka yang malas dan berat je nak pergi solat jumaat ini,tentu mereka akan menyesal sangat-sangat,sebolehnya kita tak bolehlah nak meremehkan tuntutan solat ini,malah solat fardhu 5 waktu juga kita patut dan wajib laksanakan.Saya pernah lihat ada orang yang boleh tidur daripada pergi solat jumaat,teruknyalah apa nak jadi,kalau ada undang-undang yang boleh jatuhkan hukuman bunuh pada mereka ini,sayalah orang pertama yang menyokongnya.Apa berat sangat ke nak solat jumaat tu?kalau susah susah dan malas sangat nak solat jumaat tu,pergilah cari Dunia lain yang takde solat jumaat.itupun kalau mereka jumpalah kan,

Baiklah,panjang benar mukadimah saya pada pagi jumaat nikan?hehe…biasalah saya ni geram sangat dengan orang yang suka meremehkan tuntutan Allah ini,Allah dah bagi macam-macam padanya,nak naik pangkat Allah bagi,nak naik gaji pun Allah bagi,tapi mereka tetap sombong dengan Allah,tak nak dengar perintah Allah.Hari ni saya cerita tentang sifat MARAH,marah semua orang pernah marah bukan?bohonglah kalau sebagai manusia biasa ni kita tak pernah marah,saya pun pernah marah,tu kat atas tu saya marah lah tu,tapi marah saya kearah menyuruh orang berbuat baik,mudah mudahan Allah tahu sedalam mana marah saya,Tadi sebelum pergi kerja saya adalah dengar radio,ada satu pemanggil ni,bukan main marah lagi dia pada satu restoran ni,marahnya diluahkan pada deejay radio,pointnya adalah pihak restoran tersebut tidak menepati janji dan berdolak dalih dalam membuat tempahan dewan makannya,pemanggil itu berkata pihak restoran tidak tepati janjilah,menipulah,kejap kata sewa rm100 tapi esoknya rm200,macam-macamlah,tapi last kali rupanya marah bukan sebab semua tu pun,katanya saya rasa rugi sebab tak dapat makan nasi ayam kat restoran tu,nasi ayam dia sedap tak sama kat tempat lain.Nampak tak kat sini?kita sebenarnya marah mesti ada sebab bukan?sebabnya kecik je tapi hujung-hujung kita tau jugak kan?marahnya sebab tak dapat makan nasi ayam je rupanya.Yang mula-mula sebab tu sekadar nak melindungi sebab kecil tu je…Sebagai manusia sepatutnya kita tak perlulah nak marah atas sebab yang kecil,buat penat je..marah sebab tak dapat makan,bukan tak boleh dapat waktu lain bukan?Sebab itulah saya mengajak anda semua berwaspada agar anda tidak dikelirukan oleh kehendak hawa nafsu.

Sebagai manusia yang diberikan Allah akal yang bijak,kita seharusnya bijak dalam menguruskan marah,ada orang cakap dengan saya,hai marah pun nak kena uruske?ya marah mesti diurus,macam mana?ya kalau kita marah janganlah sampai kita melakukan beberapa perkara seperti mencarut,memaki-hamun,memukul dan seumpamanya,Ini adalah kerana darihal yang sedemikian akan menyebabkan tindak balas yang tidak akan menguntungkan sesiapapun,

Rasulullah saw telah menganjurkan kepada kita supaya dapat menahan sifat marah,marah itu datangnya daripada syaitan laknatullah,marah itu tidak dapat menghadirkan apapun jua kebaikkan malah orang yang bersifat marah itu akan ditimpa pelbagai kecelakaan dan aib dunia.Selain itu,orang yang suka marah itu akan sering dijadikan alat tunggangan syaitan yang memaksakan kehendaknya ke atas orang marah itu,sebagai contoh dengan sifat marah akan berlanjutan ke pergaduhan dan bunuh membunuh.Ingatlah orang yang suka marah tidak akan selamat dunia dan akhirat.Wallahualam..

No comments:

Post a Comment