Thursday, January 3, 2013

EH BOLEH MACAM TU PULAK?

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat dipertemukan sekali lagi untuk sama-sama berkongsi ilmu dilapangan blog ini,Blog saya ni isinya kadang-kadang panjang coretannya,namun kadangkala pendek dan ringkas.Kalau ada yang rasa bosan untuk membacanya lebih baik tak payah teruskan niat tu,tapi kalau anda buka hati anda untuk mendapatkan sedikit ilmu yang telah saya kongsi disini,insyaAllah akan Allah sentiasa membantu dan menggerakkan hati anda.Saya tau ada orang yang cepat bosan dengan blog-blog yang berunsur kerohanian ini,tapi saya tau juga ada yang cukup berminat dan sering mencari ilmu untuk perkongsian bersama,

Baiklah hari ni saya sekadar nak bersembang santai bersama anda semua pembaca blog saya,ya untuk pembaca blog saya,tapi kalau ada yang tersinggah ke blog saya ini,jemput masuk dan silakanlah berkongsi ilmu disini,saya sedia berkongsi demi memperkasakan orang mukmin.Hari ni saya masih nak ulas tentang tajuk terdahulu iaitu menepati janji.Kenapalah saya ni asyik suka bercerita tentang menepati janji?Janji ni amat penting untuk kita penuhi,sebagai contoh ada orang berjanji nak uruskan sesuatu urusan penting dengan saya,namun hari ni,alih-alih dia tak datang?Tak kisahlah kalau tak datang tapi beritahulah dahulu saya…ni tidak senyap je.EH BOLEH MACAM TU PULAK?Saya paling pantang kalau orang macam ni,bila berjanji cubalah kita penuhi sebaik mungkin,usahakanlah sampai jadi,Teruk jugak kan,kalau kita ada jenis kawan macam ni,kalau boleh kita jauhkan dengan orang yang tak menepati janji ni,kita cubalah…kalau tak mampu,seperti yang saya cakap dahulu,cubalah berdoa agar dia berubah.Apa pandangan anda jika menghadapi situasi yang sedemikian?

No comments:

Post a Comment