Wednesday, January 16, 2013

KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah bertemu lagi kita dilapangan blog ini,semoga saat anda membaca coretan saya ini,anda sedang berada didalam keadaan yang cukup bahagia dan membahagiakan,sebabnya kenapa saya berulangkali berkata demikian,ini semua adalah kerana untuk membaca coretan di blog saya ini memerlukan 2 perkara iaitu ketenangan dan minat yang mendalam terhadap ilmu,kalau anda tidak mempunyai 2 senarai tersebut,saya syorkan anda klik tutp dan keluar dari blog saya ini,saya perlukan hati anda yang terbuka itu untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan saya,dari situ mungkin akan wujud hubungan yang berbunga indah seindah bunga-bungaan di laman.

Hari ni saya cerita dengan anda semua tentang kebahagiaan rumahtangga,semua orang ingin bahagia dan saya rasa bohonglah kalau ada diantara kita semua tidak mahu kebahagiaan bukan?malah tujuan utama dalam sesebuah perkahwinan juga adalah ingin mencari kebahagiaan,ya kebahagian itu adalah sesuatu yang amat bermakna untuk kita dan pasangan,hakikatnya kebahagian itu terletak pada keredhaan daripada Allah swt itu sendiri,alangkah indahnya sesebuah rumahtangga yang bahagia,seumpama rumahku syurgaku.Rumah tangga yang bahagia wujud dengan ayah dan ibu yang soleh dan solehah,mereka sebagai pohon tempat anak-anak berteduh.Ya,kebahagiaan rumahtangga itu bermula daripada peranan kedua ibubapa dalam menguruskan isi rumahnya,hiasalah rumahtangga dengan solat dan majlis ilmu serta bacaan Al-quran,betapa bahagianya dan sejuk mata tatkala kita dapat lihat bagaimana Ayah dan ibu serta anak-anak sama2 berkasih sayang dan menjalankan tanggungjawab kepada Allah swt.Sebagai orang mukmin kita harus sedar bahawa dalam mencari kebahagiaan rumahtangga ini adalah berteraskan daripada rahmat Allah swt.Semua pihak perlu tahu peranan masing-masing dalam menjayakan kebahagian rumahtangga.Institusi kekeluargaan yang bahagia inilah yang nanti akan melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi berpandukan Al quran,

Manusia yang jauh daripada kebahagiaan rumahtangga inilah yang menyebabkan keruntuhan akhlak zaman ini,kita dapat lihat di media arus perdana betapa banyak gejala yang tidak bermoral berlaku,ya sebagai orang berilmu kita harus sedar dan memainkan peranan yang lebih besar dalam menjayakan program-program kemasyarakatan,sebagai ayah saya menyeru didiklah anak-anak kita dengan hadir ke majlis-majlis ilmu,bukankah majlis ilmu itu sendiri adalah antara taman-taman syurga,dan setiap yang hadir ke majlis ilmu itu dicatatkan pahala yang banyak buat mereka.

Akhirkata,saya ingin member anda sebuah peringatan agar SENTIASAKANLAH MENGHADIRKAN NAMA ALLAH DI DALAM HATI(berzikir dan beristighfar)….wallahualam

No comments:

Post a Comment