Thursday, April 18, 2013

BERUBAHLAH DARIPADA MERAH SAGA KEPADA PUTIH MUTIARA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,syukur kehadratMu Ya Allah kerana pada saat ini kita masih dapat dipertemukan dalam secebis ruang untuk kita sama-sama berkongsi ilmu yang terbentang seluas lautan ini,moga kesempatan yang ada ini kita gunakan sebaik-baiknya,insyaAllah,hari ini…marilah kita duduk sendirian membuat semakan keatas diri kita,sepanjang waktu yang kita miliki dengan usia yang masih diberikan oleh Allah swt adakah telah kita gunakan untuk berdakwah dijalanNya?apakah saat usia yang masih bersisa ini kita gunakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita?banyak pertanyaan tentang usia kita tanpa kita sedari dan beroleh jawapan yang pasti.

Hari ini kita bisa tersenyum kerana memiliki segala-galanya,kita punya rumah yang besar,isteri yang cantik dan anak-anak yang ramai,namun apakah semua itu pasti akan kita bawa pada saat waktu kita akan bertemuNya nanti?apakah saat itu amal soleh yang kita kerjakan telah berbukit-bukit tingginya?andai saat ini kita masih hanyut dan jauh daripada ajaran agama,rasanya masih belum terlambat untuk kita berubah,kalau dulu kita sering mengabaikan tuntutan solat,puasa dan segala amalan fardhu namun jika kita sedar dan ingin berubah…bertaubatlah atas kekhilafan kita dahulu.Hidup ini penuh dengan kesenangan dan kemewahan yang sering menipu kita.tanpa kita sedar kita telah jauh daripada cara hidup islam yang tidak akan pernah membawa kita kemusnahan.Berubahlah kalau kita masih cintakan dunia kerana dunia ini tidak akan kekal abadi malah kita akan berasa sangat rugi andai kita tahu dan sedar bahawa kesenangan akhirat itulah yang paling utama.Kita mudah merasakan bahawa segala yang kita miliki hari ini adalah daripada hasil keringat kita sendiri tanpa memikirkan bahawa semua itu kurniaan daripada Allah.Orang mukmin yang benar-benar tulus mencintai Allah akan selalu mengucapkan rasa syukur kehadratNya dan berdoa agar ditambahluaskan lagi rahmatnya.

Kadangkala kita sedar kita banyak membuat kesilapan dengan melakukan dosa samada yang kecil atau besar,namun kita tetap malas dan masih bertangguh untuk bertaubat.Nauzubillah…betapa teruknya kita,tanpa ada sekelumit pun rasa takut kita pada Allah swt.Berubahlah daripada yang dahulu kepada yang baru,yang lebih baik daripada yang teruk,bukankah berubah itu juga termasuk dalam jalan jihad menuju Allah?ya kadangkala kita mudah lupa akan segala nikmat-nikmat yang telah pun kita miliki.
Hari ini,dan waktu yang masih ada ini,saya pohonkan agar anda berubahlah untuk menjadi yang lebih baik,kalau dulu kita ini seorang yang sering mencari pasal,suka membawa mulut kesana kemari sehingga dikatakan orang sebagai “Radio Buruk” dan sering mencari kelemahan orang lain cubalah berubah,ambillah sedikit ruang untuk muhasabah diri kita ini,bukankah berdiam diri itu lebih baik dari sibuk mencari pasal?isilah ruang kala bersendirian itu dengan menulis atau menghayati bacaan Al quran,pedulikan dengan umpatan dan cacian orang kerana manusia itu sifatnya tidak pernah puas untuk mencari kelemahan orang lain.Ikhlaskanlah segala apa jua perbuatan kita itu kerana Allah swt.

Saya begitu hairan bila melihat ada diantara manusia itu yang mengaku beragama islam namun sering mengabaikan tuntutan solat,amalan fardhu itu sering mereka abaikan kononnya demi mengejar kesibukan dunia dan solat ini sekadar perkara sampingan bagi mereka,jika tidak bersolat pun tidak berasa apa-apa..Nauzubillah..betapa ruginya golongan seperti ini,sudahlah tidak bersolat tetapi meremehkan perintah Allah swt.Rasakanlah nanti oleh mereka akan azab siksa yang sungguh berat buat mereka itu.Sedih sekali saat melihat mereka itu yang telah dibutakan hati dan jiwa mereka akan tuntutan bersolat.Berubahlah wahai manusia yang alpa,bersolatlah kerana Allah swt,berubahlah agar selamat dunia dan akhirat dan tekun pada amal ibadat.berubahlah selagi diberi kesempatan waktu yang masih bersisa ini,berubahlah daripada merah saga kepada putih mutiara…wallahualam

No comments:

Post a Comment