Monday, April 15, 2013

BERPURA-PURA BAIK ITU SIFAT YANG HINA

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,segala pujian hanya buatMu Ya Allah kerana pada saat ini kita masih dipertemukan dalam satu wadah yang dapat sama-sama kita berkongsi ilmu untuk melahirkan insan yang cemerlang bukan sahaja duniawi malah yang lebih penting juga ukhrawi.Semoga saya dan anda semua akan sentiasa mendapat segala kebaikkan dunia ini,insyaAllah.Bagaimana perjalanan hidup anda pada hari ini?semoga apa yang telah kita rencanakan akan sentiasa mendapat restu dan beroleh rahmat daripada illahi.

Baiklah,hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu tajuk yang cukup bermakna bagi menghasilkan seorang mukmin yang perkasa dunia dan akhirat.Tajuk yang ingin saya kongsikan dengan anda semua adalah BERPURA-PURA BAIK ITU SIFAT YANG HINA untuk menghasilkan generasi mukmin perkasa yang cemerlang ini,seharusnya kita menjauhkan daripada sifat berpura-pura baik.Dewasa ini kita sering berhadapan dengan manusia yang kononnya bersifat baik pada setiap orang.Lakonan yang ditampilkan sering mengaburi mata setiap orang disekeliling mereka.Takziah saya ucapkan buat mereka yang hina ini,kerana dengan gaya lakonan yang mantap itulah mereka telah berjaya mengecapi sebuah kegemilangan yang sebenarnya palsu dan tidak bermakna apa-apa pun.Kejayaan gemilang yang dimiliki itu hanya sekadar kepuasan kepada diri sendiri dan terbukti segala yang palsu itu akan berakhir dengan kehancuran.Soalnya mengapa seorang manusia yang mengaku beragama islam itu sanggup berpura-pura untuk melakukan kebaikan?jawapan mudah saya dapat katakan disini segalanya berlaku kerana tiada iman yang benar-benar utuh dijiwa manusia seperti itu,adakalanya mereka ini sanggup menggunakan agama untuk kepentingan mereka sendiri,Nauzubillah semoga kita semua dijauhkan daripada memiliki sifat buruk ini.Kutukan dan laknat yang begitu besar akan menjadi balasan kepada segala perbuatan hina ini.

Sesungguhnya Allah swt berfirman:

“Kecelakaan besar pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan(nikmat-nikmat pemberian kami)(dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan azab):Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya” Al-Mursalat:28-29


Jika ditanya saya bagaimana untuk mengatasi sifat buruk ini seterusnya demi melahirkan manusia yang bergelar mukmin perkasa ini saya mengesyorkan agar kita ikhlas dalam melakukan segala perbuatan baik itu,bagaimana pula untuk bersifat ikhlas ya?senang sahaja jika tiada unsur riak dalam setiap perbuatan baik kita,kita ikhlas dalam melakukan segala ibadat semata-mata mengharapkan keredhaan daripada Allah swt.Pujangga pernah berkata bahawa ikhlas itu seumpama semut hitam di atas batu yang hitam di waktu malam yang gelap gelita.Betapa sukar untuk kita lihat bukan?

Kesimpulannya,apa yang dapat saya katakana disini adalah,kita sebagai manusia yang diberikan Allah swt fikiran yang matang dan akal yang bijak wajib menghindarkan diri dari menjadi seorang manusia yang berpura-pura baik demi mencapai apa yang kita impikan.Lumrah manusia itu mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang sentiasa cuba untuk menyesatkan kita,namun jika iman kita sanggup kita pertahankan demi mencapai akhirat yang kekal abadi,insyaAllah kita pasti berjaya.

No comments:

Post a Comment