Wednesday, June 11, 2014

MALAM NISFU SYA'ABAN

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi...semoga pada saat anda sedang membaca blog saya ini anda berada dalam keadaan yang cukup membahagiakan...ada orang pernah berkata"BAHAGIA ITU BUKAN SEPERTI APA YANG ORANG LIHAT,TETAPI BAHAGIA ITU ADALAH APA YANG KITA RASA"...baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan MALAM NISFU SYA'ABAN...ya dalam beberapa hari lagi kita akan bertemu dengannya...pada tahun 2014 ini ia akan kita sambut pada hari khamis malam jumaat 12.6.2014...bagi mengetahui apakah kebaikan malam nisfu sya'aban marilah bersama-sama kita hayati sepotong hadis yang telah di sabdakan oleh baginda Rasulullah SAW...

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang saling benci membenci).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menurut Imam Asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: ‘Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.’

Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:

Kalimah syahadah,
Surah Yassin tiga kali,
Beristighfar,
Berselawat dan berdoa,
Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.
Janganlah memohon hanya kepada tiga perkara, malah mohonlah apa saja asalkan perkara yang diharuskan. Sebaiknya, mohonlah ditambahkan keimanan dan kecintaan kepada Allah. Hanya iman yang bertambah akan terus subur dan membawa kita ke arah kebenaran.
Semoga dengan doa kita pada Malam Nisfu Syaaban, Allah mengurniakan apa yang kita mohonkan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat 39)



c/c:http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/15/keagungan-dan-amalan-malam-nisfu-syaaban/

1 comment:

  1. Titanium Max Trimmer: What is it about - Titanium Art
    Titanium Max Trimmer: What citizen super titanium armor is it about - Titanium Art. TITS. Trimmer: best titanium flat iron What is it about - Titanium Art. TITS. Trimmer: What citizen promaster titanium is it about columbia titanium - TITANY ART. TITS. titanium build for kodi

    ReplyDelete