Monday, September 2, 2013

TAHNIAH:ANDALAH PASANGAN IDAMAN SI DIA


Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Bertemu lagi kita setelah sekian lama tiada yang terkini dapat saya coretkan disini..hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua diluar sana berkenaan suatu perkara dalam membentuk mukmin perkasa dan keluarga yang bahagia..apakah ya?hmm…mungkin ada yang tertanya-tanya bukan?baiklah mungkin dalam mood lepas raya ni ramai yang akan mendirikan rumah tangga bukan?baiklah dikesempatan yang ada ini,saya ingin anda semua mengambil masa untuk menatap coretan saya pada kali ini…
Tahniah,anda adalah pasangan idaman si dia…berikut adalah ciri-ciri suami dan isteri idaman

Suami idaman

• Berilmu dan sentiasa beribadah
• Bijaksana dan penyabar
• Prinsip hidupnya jelas
• Menghormati dan memuliakan pandangan isteri
• Mengenali dan memahami watak isteri
• Menjadi tempat berlindung dan mengadu isteri
• Memberi nafkah zahir
• Ikhlas mendidik isteri
• Tidak mengungkit-ngungkit tanggungjawab dan pemberiannya
• Menghormati keluarga isteri
• Mengutamakan hak isteri daripada rakan seperjuangan


Isteri idaman

• Bersifat qana’ah- menerima suami seadanya,merasa cukup dan mensyukuri pemberian suami.
• Mendengar dan mentaati perintah suami,selagi perintah itu tidak menyimpang daripada ajaran islam.
• Tidak mempamerkan sesuatu yang buruk pada pandangan suami
• Tidak membiarkan suami mencium bau yang tidak menyenangkan dari dirinya
• Menjaga waktu makan suami,sentiasa menawarkan makanan sebelum dia meminta
• Tidak menggangu waktu tidur dan rehat suami
• Memelihara harta suami
• Menerima kaum keluarga suami
• Memelihara rahsia suami dan rumahtangga
• Sentiasa disisi suami samada suka atau duka
• Mengutamakan kepentingan suami berbanding diri sendiri

SUMBER:PTS ISLAMIKA~hadiah daripada pengantin

No comments:

Post a Comment