Tuesday, August 4, 2015
SELAMAT HARI RAYA 2015/1436M
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya,rasanya telah lama tidak dapat saya coretkan sesuatu di dalam blog ini,namun dengan kesempatan masa yang ada ini..saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca yang membaca coretan saya di blog ini...harapan saya agar anda semua sentiasa berada didalam Rahmat Allah swt.InsyaAllah ukhwah yang terjalin selama ini akan terus bertaut kukuh dilaman nurani masing2...insyaAllah
Tuesday, May 5, 2015
SUKA DAN DUKA,HADAPILAH IA DENGAN SEDERHANA
Alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan di laman yang mulia ini...setiap perkongsian insyaAllah akan memberi pahala kepada kita...bagaimana kehidupan anda hari ini?saya harap anda semua pembaca di sana berada di dalam keadaan yang cukup bahagia...
Baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pembaca blog saya tentang 2 perkara...iaitu suka dan duka,pernah tak kita mendengar bait2 kata2 ini?"Adakala Allah hilangkan matahari untuk seketika,kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita mencari di mana matahari?Rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan kepada kita pelangi yang indah"
Ya...begitulah aturan daripada Allah swt...mungkin hari ini kita kehilangan seseorang yang amat istimewa dalam hidup kita,namun percayalah perancangan Allah...tiap sesuatu yang Allah takdirkan itu pasti akan Allah gantikan dengan yang lebih baik...percayalah...
Kalau kita selalu berfikir rahsia disebalik setiap yang berlaku,kita pasti menjadi lebih kuat untuk menghadapi apa jua cabaran dan dugaan.Masalah kita dewasa ini adalah kita selalu melihat apa yang berlaku secara zahir,tanpa mahu menduga apa yang tersembunyi di sebaliknya...setuju dengan saya bukan?
Kalau kita lihat semua yang sulit itu adalah kedukaan,yang kita dapat hanyalah kesusahan dan kesedihan belaka.Andainya kita lihat kepayahan itu sebagai ujian daripada Allah yang mungkin tersembunyi sesuatu,pasti kita akan lebih bersangka baik.
Percayalah pembaca semua...hidup ini perlu dilihat dari perspektif yang berbeza-beza.Bukan Allah tidak kasih apabila menurunkan ujian tetapi kita yang gagal melihat kebaikan yang terselindung
Kadangkala hidup ini perlu kita tempuh dengan selamba.Anggaplah semua masalah yang melanda hidup kita ini sebagai perencah rasa.Apa yang gembira itu anggaplah sebagai kebetulan agar bila terasa yang pahit tidak terlalu kita bimbangkan...
Hidup di dunia ini tidak terlepas daripada masalah...tiada manusia yang bebas daripada masalah waima dia seorang yang paling berkuasa atau sekadar pengemis di kaki lima.Sejak kita dilahirkan dimuka bumi ini pun kita akan menghadapi masalah sehingga kita tenteram dalam pelukan ibu tersayang.
Kesimpulannya,kita sebagai hamba yang kerdil,hanya mampu merancang sebuah perjalanan yang panjang...namun segala yang kita rancangkan itu tidak semestinya dapat kita kecapi kerana semuanya telah ditakdirkan
Mukmin Perkasa
5.5.2015
Klang,Selangor

Tuesday, April 21, 2015
KELEBIHAN SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW
Assalamualaikum wbt..rasanya telah agak berbulan-bulan saya tidak dapat mencoretkan sesuatu di halaman ini...maafkan saya kerana dengan urusan dunia yang tidak pernah berkesudahan ini,terpaksalah saya menangguhkan seketika coretan-coretan saya di ruangan yang pernah menjadi rujukan saudara-saudari sekalian...insyaAllah dengan kelapangan masa yang ada buat saya,saya akan cuba kembali menulis...doakan agar saya sentiasa sihat sentiasa...baiklah untuk kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua pembaca blogger saya iaitu tentang kelebihan selawat kepada nabi Muhammad Rasulullah saw.
Setiap umat islam berkewajipan mengasihi dan mencintai Allah dan Rasulullah.Bukti yang nyata seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah.
Kelebihan dan keistimewaan selawat kepada Nabi Muhammad saw antara lain dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada nabi.Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"(Surah Al-ahzab:56)
berikut adalah antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah saw:
1."Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali,ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"(Riwayat Thabrani)
2."Barangsiapa yang berselawat kepadaku disisiku kuburku maka aku akan mendengarnya.barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh malaikat kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya(Riwayat al-Baihaqi dan al-Khatib)
3."Berselawatlah kepadaku kerana selawat itu menjadi zakat bagimu"(Riwayat ibnu Murdawaih)
Oleh yang demikian marilah kita sebagai umat islam sentiasalah berselawat kepada Rasulullah.Kerana dengan itulah menjadi tanda kasih kita kepada kekasih Allah.

Monday, November 24, 2014
SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Assalamualaikum wbt.
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.
[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]
Baiklah dikesempatan yang ada ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya ini tentang bagaimana cara untuk melakukan solat sunat tahajjud,Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
berikut saya kongsikan cara-caranya:-
Mulakan dengan niat:
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
Alhamdulillah dengan perkongsian yang telah saya berikan disini,dapatlah dijadikan sebagai panduan untuk kita terus istiqomah dalam melaksanakannya...insyaAllah...

Monday, October 13, 2014
KEAJAIBAN MATA HATI
Hati memiliki dua pintu dalam hubungannya dengan ilmu; pertama bagi impian-impian, kedua bagi alam jaga, yaitu pintu yang tampak keluar.
Dalam keadaan tidur, pintu indera tertutup dan pintu batin terbuka, menyingkap kegaiban alam malakut (kerajaan langit) dan lauh al-Mahfudh (tempat takdir tersurat), bagaikan sinar cahaya. Terkadang untuk menyingkapnya, memerlukan sedikit ta’bir impian. Sedangkan yang tampak dari luar, orang mengira bahwa dengan itulah alam jaga terwujud dan bahwa jaga lebih sesuai bagi ma’rifah. Padahal dalam jaga, orang tidak dapat melihat sesuatu dari alam ghaib. Apa yang terlihat antara tidur dan jaga, lebih memungkinkan ma’rifah daripada yang terlihat dari jalan indera.
Disamping itu, kita perlu mengetahui bahwa hati itu seperti cermin, seperti juga Lauh al-Mahfudh, yang di situ terdapat gambar segala yang wujud. Kalau cermin dan cermin dihadapkan, maka gambar-gambar yang ada di cermin yang satu akan muncul pula di cermin yang lain. Demikian pula gambar-gambar yang ada di Lauh al-Mahfudh tampak di hati jika hati itu kosong dari nafsu-nafsu duniawi. Kalau hati itu penuh dengan nafsu-nafsu tersebut, maka alam malakutpun tertutup darinya.
Apabila dalam keadaan tidur ia kosong dari hubungan-hubungan inderawi, maka ia dapat menampakkan alam malakut dan muncullah dalam hati sebagian dari “gambar-gambar” yang ada di Lauh al-Mahfudh.
Ketika pintu indera ditutup, maka yang ada setelah itu adalah khayal (imajinasi). Karena itu, apa yang dilihat oleh hati, terselubung di bawah kulit (jasad lahiriyah), tidak sebagaimana kebenaran yang hakiki, yang jelas dan terbuka.
Ketika hati mati, karena pemiliknya meninggal, maka tidak ada lagi yang tersisa, tidak khayal dan tidak pula inderanya. Dan pada saat itulah hati dapat melihat, tanpa ilusi dan khayal.
Dikatakan padanya :
“Kami singkap tutupmu dari dirimu, maka penglihatanmu kini amat tajam” (QS. Qaf : 22)
Maka tidak seorangpun yang hatinya tidak pernah tersinggahi fikiran lurus, (mendapatkan) penerangan kebenaran melalui ilham. Kedatangannya tidak melalui indera, tapi langsung menyusup ke hati, tanpa diketahui dari mana datangnya. Sebab hati termasuk alam malakut, sedangkan indera diciptakan untuk alam kasat mata. Kerana itu indera justeru menjadi penutup bagi hati untuk melihat alam malakut, jika ia tidak kosong dari kesibukan inderawi.
Jangan sekali-kali menyangka bahwa kekuatan (melihat alam malakut) hanya terbuka pada saat tidur dan mati saja, tetapi dapat juga terbuka dalam keadaan jaga bagi mereka yang benar-benar berjuang, melatih diri dan menghindar dari cengkeraman nafsu, angkara-murka, pekerti buruk dan perbuatan-perbuatan hina.
Ketika orang (seperti tersebut diatas) itu duduk di tempat yang sepi, menghentikan jalan indera, membuka mata batin dan pendengarannya, menyelaraskan hati terhadap alam malakut dan mengucapkan “Allah, Allah, Allah” secara terus menerus dalam hati (bukan dengan lisannya) sampai tidak menyadari dirinya dan alam sekelilingnya, sehingga yang terlihat olehnya hanyalah (tanda-tanda) Allah swt. saja, maka akan terbukalah kekuatan itu. Dia akan melihat, dalam jaga, apa yang dilihatnya ketika tidur. Ruh-ruh malaikat dan nabi-nabi serta bentuk-bentuk yang indah lagi agung, akan tampak jelas baginya. Demikian juga kerajaan-kerajaan langit dan bumi akan terkuak baginya.
Dan dia dapat melihat apa yang tak mungkin diterangkan maupun disifati, sebagaimana sabda Nabi saw.
“Bumi didekatkan padaku, maka akupun dapat melihat bagian-bagian timur dan baratnya”.
Dan firman Allah swt.
“Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda (kerajaan) langit dan bumi.”
Dalil-dalil di atas mempertegas bahwa ilmu-ilmu para nabi diperoleh melalui jalan itu, bukan melalui proses penginderaan, sesuai firman Allah swt :
“Sebutlah nama Tuhan-Mu dan tekunlah beribadah kepada-Nya, setekun-tekunnya”
[QS. Al-Muzzammil ayat 8 ]
Maksud dari istilah “tekun beribadah” ialah memutuskan hubungan dan kaitan dengan segala sesuatu, membersihkan hati dari segala bentuk kecenderungan duniawi, dan menghadapkan diri kepada Allah swt. secara total. Inilah jalan yang dilalui oleh para sufi, sedangkan metode pengajaran (ta’lim) adalah jalan para ulama (lahiriyah).
Tingkatan yang tinggi ini hanya diperoleh melalui jalan nubuwah (kenabian), demikian pula ilmu para wali (kekasih Allah). Ia semata-mata datang di hati mereka, tanpa perantaraan dari sisi Tuhan Yang Maha Benar, seperti ditegaskan dalam firman-Nya :
“Dan Kami ajari dia ilmu dari sisi Kami.” (QS. Al-Kahfi : 66)
Jalan ini tidak bisa difahami kecuali dengan tajribhi (pengalaman). Apabila jalan ini tidak dapat ditempuh dengan perasaan (dzauq), maka demikian pula (tidak dapai ditempuh) dengan pengajaran. Yang penting adalah mempercayai jalan ini, sehingga pancaran sinar kebahagiaan mereka (para nabi dan wali) tidak terhalang. Inilah yang termasuk keajaiban-keajaiban hati.
Barangsiapa yang tidak melihat, maka kemungkinan besar ia tidak akan percaya; seperti firman Allah :
“Sebaliknya mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya dan belum datang kepada mereka takwilnya.” (QS. Yunus : 39)
Dan firman-Nya
Dan karena mereka tidak mendapat petunjuk dengan Al-Qur’an, merekapun akan mengatakan “Ini adalah kebodohan lama.” (QS. Al-Ahqaf : 11)
Sesungguhnya kenikmatan dan kebahagiaan hakiki bagi manusia adalah ma’rifatullah (mengenal Allah).
Perlu diketahui bahwa kebahagiaan setiap apa saja, rasa nikmat dan kelezatannya, sangat tergantung pada tuntutan kodratnya. Dan kodrat sesuatu apapun adalah apa yang karenanya, mereka diciptakan. Kenikmatan mata terletak pada pemandangan-pemandangan yang indah, kenikmatan telinga terletak pada suara-suara yang merdu. Demikian pula semua anggota-anggota badan yang lain.
Nah, kenikmatan hati yang terutama ialah ma’rifatullah, kerana untuk itulah hati diciptakan.
Seseorang yang belum mengenal sesuatu, kemudian mengenalnya, maka dia akan puas karenanya. Seperti permainan catur, ketika orang sudah mengenalnya (dapat memainkannya), orang tersebut akan begitu menikmatinya. Dilarangpun dia enggan meninggalkannya. Dia begitu penasaran untuk selalu memainkannya.
Begitu juga bila terjadi pengenalan kepada Allah (ma’rifatullah), seseorang akan merasa asyik dan tidak sabar ingin senantiasa bermusyahadah, karena kenikmatan hati adalah ma’rifatullah. Semakin besar pengenalannya kepada Allah, semakin besar pulalah kenikmatan yang diperolehnya. Oleh sebab itulah, ketika seseorang mengenal menteri misalnya, dia akan sangat gembira. Dan kegembiraan itu semakin bertambah apabila dia mengenal dan bertemu Khalifah/Sultan/Raja.
Sedangkan dalam wujud ini, tiada yang lebih agung, daripada Allah swt. Sebab keagungan segala yang ada, adalah karena-Nya dan dari-Nya semata.
Segala keajaiban alam tercipta akibat pengaruh-pengaruh penciptaan-Nya. Maka tidak ada pengenalan yang lebih mulia melebihi pengenalan terhadap Allah. Tidak ada kenikmatan yang lebih nikmat melebihi kenikmatan mengenal-Nya. Dan tidak ada pandangan yang lebih indah melebihi pandangan hadlirat-Nya
Semua kenikmatan nafsu duniawi tergantung pada diri, dan kenikmatan-kenikmatan itu akan berhenti karena mati. Sedangkan kenikmatan mengenal Tuhan, berhubungan dengan hati, yang karenanya, kenikmatan ini tidak akan berhenti karena mati (kematian tubuh lahiriyah pemilik hati), karena hati akan semakin besar dan sinarnya justru semakin terang benderang, sebab dia telah keluar dari kegelapan menuju pancaran cahaya.
Pada dasarnya diri manusia adalah ikhtisar dari alam. Di dalamnya terdapat segala bentuk yang ada di alam yang merupakan hasil ciptaan Allah. Tulang-belulang ibarat gunung-gunung, daging ibarat tanah, rambut ibarat tumbuh-tumbuhan, kepala ibarat langit dan indera ibarat bintang-gemintang. Tidak cukup untuk diperincikan disini.
Disamping itu dalam diri manusia terdapat “juru-juru alam”. Tenaga yang ada di perut ibarat juru masak, yang di limpa ibarat tukang roti, yang di usus ibarat tukang jahit, yang memutihkan susu dan memerahkan darah ibarat tukang celup. Unluk menjelaskan semua ini, juga memerlukan waktu yang panjang.
Yang terpenting, adalah agar kita mengetahui betapa dalam diri kita terdapat banyak makhluk yang bermacam-macam, yang semuanya berfungsi sebagai pelayan, yang kita cenderung melupakannya. Makhluk-makhluk tersebut tidak pernah beristirahat, sementara kita tidak menyadarinya dan tidak bersyukur kepada-Nya yang telah melimpahkan kenikmatan melalui makhluk-mahkluk tersebut.

Thursday, September 11, 2014
RENUNGKAN SEJENAK
Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
***Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
***Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia
***kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
***tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia
***Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
***Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.
***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
***kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
***kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam, solat tahajud dan bermunajat
***kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
***tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
***Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
***apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
***setiap kali menyambut hari jadi. kita sibuk nak raikan sebaik mungkin. tetapi kita telah lupa. dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...
***kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
***ke satu perjalanan yang jauh.
***yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
***sesungguhnya mati itu benar.
***Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...
***Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi.
*** Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia.
***Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan.
***Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat.
Renung2kan dan selamat beramal.
PERKONGSIAN DARIPADA FACEBOOK~

Wednesday, August 27, 2014
LALAI
Assalamualaikum wbt.
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.
[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]
Allah subhanahu wa taala berfirman seperrti yang termaktub dalam surah al-Anbiya’, yang bermaksud :
“ [1] Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam lalai dan tidak hiraukan persediaan baginya [2] Tidak dating kepada mereka itu sebarang peringatan dari Tuhan mereka melainkan mereka mendengarnya sambil mereka mempermainkannya [3] Hati mereka dalam keadaan lalai daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu berbisik sesama mereka, "Orang ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang manusia (juga) seperti kamu. Apakah kamu menerima sihir itu, padahal kamu menyaksikannya?" ( al-Anbiya’ [21]:1-3 )
Yang dimaksudkan dengan lalai Iaitu LALAI dari tempat kembali yang pasti ; wahai anak Adam engkau datang ke dunia bukan atas kemahuan mu dan akan keluar darinya bukan atas kemahuan mu pula, lalu bilakah kamu akan sedar? Kamu akan sedar pada hari yang dikatakan kepada mu;
Maksudnya ;
“[19] Dan datanglah sakratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah perkara yang engkau selalu lari daripadanya! [20] Dan ditiuplah sangkakala, saat itulah hari berlakunya amaran yang diberikan [21] Dan datanglah tiap-tiap orang ke Padang Mahsyar, bersama ( malaikat ) pengiring dan ( malaikat ) saksi [22] Sungguh, engkau di dunia dahulu dalam keadaan lalai tentang ( peristiwa ) ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungi mu itu , lalu penglihatanmu pada hari ini sangat tajam.”
( Surah Qaf [50]: 19-22 )
Ada yang berkata, manusia ini tidur, jika mereka mati maka mereka baru bangun .
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ;
“ Berdoalah kepada Allah dan yakinlah bahawa Allah akan mengabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”
( Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ahmad )
Umar r.a berkata, “ Orang-orang lalai itu mudah mendapat bencana.”
Selain itu, ada yang berkata, “ Berapa banyak orang lalai yang tidak terlalaikan, dan berapa banyak orang tertawa yang dijemput kematian.”
Ibnu Qayyim rahimahullah dalam kitab beliau Nuniyah;
Wahai orang yang lalai dari apa yang kamu diciptakan untuknya,
Sedarlah….!
Perjalanan ini sulit sementara aku tidak dalam keadaan bangun,
Teman-teman mu berjalan mengikutimu dengan senang hati,
Puas dengan bahagian yang sedikit dan binasa,
Engkau lihat kebanyakan manusia ikut-ikutan,
Lalu engkau pun mengikuti mereka dan redha dengan kesengsaraan,
Jiwa mu memberi mu kesempatan bertemu,
Dengan menghentikan perjalanan dan mengistirehatkan badan,
Engkau pasti akan tahu ketika tutp terbuka,
Apa yang telah kau lakukan dan engkau memiliki banyak kemungkinan.
Kita sebagai hamba yang Allah kurniakan akal untuk berfikir, merenung, menghayati seharusnya sentiasa sedar apakah tujuan kita diciptakan ; tidak lain untuk beribadah kepada Allah Taala. Jadilah kita, manusia yang merebut peluang di dunia yang sementara untuk meraih keuntungan di alam akhirat yang kekal abadi .

Subscribe to:
Posts (Atom)