Thursday, February 6, 2025
Wednesday, February 5, 2025
Monday, February 3, 2025
MEMASUKI SYAABAN 1446H/2025M
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.
[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]
Alhamdulillah segala puji kepada Allah swt kerana masih diberikan olehNya untuk ana mencoretkan sesuatu di laman blog ana ini.Syukur bertemu kembali bulan syaaban bagi tahun 1446H/2025 Masihi. Bulan Syaaban adalah bulan ke-8 mengikut kalendar Hijriah. Bulan Sya'ban menandakan bahawa berbaki satu Bulan lagi umat Islam bakal menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Pada bulan Syaaban ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat, puasa, sedekah, dan berdoa. SEMOGA TAHUN INI KITA BEROLEH KEBERKATAN DAN KEUPAYAAN UNTUK MENJALANI IBADAH PUASA....

Monday, March 4, 2024
MEMASUKI GERBANG USIA 40-AN
Assalamualaikum wbt. Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu
Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa
Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu
allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan
‘abduhu wa rasuuluh. [Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji,
memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari
kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh
Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari
jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa
tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu
bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]
Alhamdulillah kini ana telah pun memasuki usia 40 tahun... Ramai antara kita tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقافApabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” Al Ahqaf: 15 وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها. Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh. Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.Dalam ayat yang lain..... أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧) Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? Al Fathir: 37 عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة . Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata : " Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan ( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun. عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل . Masruq berkata : " Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ". Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.  Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas: عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح “Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".  HR Tirmizi Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata: من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.” Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. ( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )  Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun... 1. Meneguhkan tujuan hidup 2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah 3. Menjadikan uban sebagai peringatan 4. Memperbanyak bersyukur 5. Menjaga makan dan tidur 6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.  Sedikit nukilan... Khas utk kita yang ke arah, di alam, di hujung dan telah melewati 40an.
Tuesday, September 15, 2015
HIDUP SESUDAH MATI
Assalamualaikum wbt.
Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.
[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]
ORANG yang bijak adalah mereka yang memahami tujuan hidupnya. Diantaranya, dia sedar bahawa tanggungjawabnya adalah untuk 'beribadah' kepada Allah (QS. Al-Dzariyat [51]: 56).
Kerana Allah adalah pemilik dan pemimpinnya (Malik). Walaupun hari akhirat pun menjadi milik-Nya (Qs. 1: 3). Maka, ibadahnya merupakan bentuk kesedaran bahawa dia hanya seorang 'abd (hamba). Dan, rajanya adalah Allah. Dan ibadah yang diunjurkan untuk negeri akhirat merupakan peringatan siapa saja bahawa ada kehidupan selepas kematian. Ada akhirat setelah dunia. Kata Allah, "Akhirat itu lebih baik bagimu daripada dunia ini." (Qs. Al-Dhuha [93]: 4).
Dan jika kehidupan akhirat itu lebih baik (khair) daripada dunia ini tidak bererti bahawa dunia ini tidak penting. Dunia tetap penting. Hanya saja, dunia adalah "jambatan" menuju akhirat.
Ia bukan tempat abadi bagi manusia, kerana manusia pasti meninggalkannya. Apabila sampai ajalnya, dia akan kembali jua ke kampung hakiki, kampung akhirat (tempat tinggal terakhir). Itu sebabnya dunia dan akhirat tidak boleh dipisahkan. Kerana Islam tak mengenal dikotomi: menceraikan kehidupan dunia daripada akhirat. "Carilah olehmu sekalian kenikmatan negeri akhirat, tapi jangan lupakan bahagian kamu di dunia ini." (QS. Al-Qasas [28]: 77).
Maka, dunia ini harus dimenej dengan baik, agar hidup di permukaannya tak sia-sia.
Imam Ibn Qudamah memberi nasihat penting mengeni dunia ini. Beliau menulis dengan sangat indah;
"Ketahuilah! Semoga Allah merahmatimu. Dunia ini adalah "ladang" akhirat, tempat keuntungan berniaga, tempat mengumpulkan bekal, dan terkumpul barang-barang yang menguntungkan. Orang yang lebih dahulu mendapatkannya dialah yang menang. Di dalamnya orang-orang yang bertakwa berjaya, orang-orang jujur menuai kejayaan, orang-orang yang beramal menuai hasil, sementara orang yang berleha-leha menghirup gelas kerugian yang tiada tara.
Dunia ini adalah angan-angan tempat kembali penghuni syurga dan penghuni neraka.
Tentang penghuni neraka Allah berfirman: "Dan mereka (penghuni neraka) berteriak-teriak di dalam neraka sembari berkata, 'Hai Tuhan kami, keluarkan kami dari neraka ini agar kami beramal selain amal-amal (kejelekan) yang sudah kami kerjakan." (QS . Fatir [35]: 37).
Allah juga berfirman mengenai mereka: 'Dan jika engkau menyaksikan ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata,' Kiranya kami dikembalikan ke dunia dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman ... "(QS. Al- An'ām [6]: 27). (Imam Ibn Qudamah, wasiat al-'Alim al-Jalīl Muwaffaq al-Dīn Ibn Qudamah al-Maqdisi, tahqiq: Muḥammad Khair Ramadhan Yūsuf (Beirut-Lebanon: Dar Ibn Hazm, 1418 H / 1997 M: 9).
sumber:http://www.hidayatullah.com

Tuesday, August 4, 2015
SELAMAT HARI RAYA 2015/1436M
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya,rasanya telah lama tidak dapat saya coretkan sesuatu di dalam blog ini,namun dengan kesempatan masa yang ada ini..saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca yang membaca coretan saya di blog ini...harapan saya agar anda semua sentiasa berada didalam Rahmat Allah swt.InsyaAllah ukhwah yang terjalin selama ini akan terus bertaut kukuh dilaman nurani masing2...insyaAllah
Tuesday, May 5, 2015
SUKA DAN DUKA,HADAPILAH IA DENGAN SEDERHANA
Alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan di laman yang mulia ini...setiap perkongsian insyaAllah akan memberi pahala kepada kita...bagaimana kehidupan anda hari ini?saya harap anda semua pembaca di sana berada di dalam keadaan yang cukup bahagia...
Baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pembaca blog saya tentang 2 perkara...iaitu suka dan duka,pernah tak kita mendengar bait2 kata2 ini?"Adakala Allah hilangkan matahari untuk seketika,kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita mencari di mana matahari?Rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan kepada kita pelangi yang indah"
Ya...begitulah aturan daripada Allah swt...mungkin hari ini kita kehilangan seseorang yang amat istimewa dalam hidup kita,namun percayalah perancangan Allah...tiap sesuatu yang Allah takdirkan itu pasti akan Allah gantikan dengan yang lebih baik...percayalah...
Kalau kita selalu berfikir rahsia disebalik setiap yang berlaku,kita pasti menjadi lebih kuat untuk menghadapi apa jua cabaran dan dugaan.Masalah kita dewasa ini adalah kita selalu melihat apa yang berlaku secara zahir,tanpa mahu menduga apa yang tersembunyi di sebaliknya...setuju dengan saya bukan?
Kalau kita lihat semua yang sulit itu adalah kedukaan,yang kita dapat hanyalah kesusahan dan kesedihan belaka.Andainya kita lihat kepayahan itu sebagai ujian daripada Allah yang mungkin tersembunyi sesuatu,pasti kita akan lebih bersangka baik.
Percayalah pembaca semua...hidup ini perlu dilihat dari perspektif yang berbeza-beza.Bukan Allah tidak kasih apabila menurunkan ujian tetapi kita yang gagal melihat kebaikan yang terselindung
Kadangkala hidup ini perlu kita tempuh dengan selamba.Anggaplah semua masalah yang melanda hidup kita ini sebagai perencah rasa.Apa yang gembira itu anggaplah sebagai kebetulan agar bila terasa yang pahit tidak terlalu kita bimbangkan...
Hidup di dunia ini tidak terlepas daripada masalah...tiada manusia yang bebas daripada masalah waima dia seorang yang paling berkuasa atau sekadar pengemis di kaki lima.Sejak kita dilahirkan dimuka bumi ini pun kita akan menghadapi masalah sehingga kita tenteram dalam pelukan ibu tersayang.
Kesimpulannya,kita sebagai hamba yang kerdil,hanya mampu merancang sebuah perjalanan yang panjang...namun segala yang kita rancangkan itu tidak semestinya dapat kita kecapi kerana semuanya telah ditakdirkan
Mukmin Perkasa
5.5.2015
Klang,Selangor

Subscribe to:
Comments (Atom)