Wednesday, June 11, 2014

MALAM NISFU SYA'ABAN

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi...semoga pada saat anda sedang membaca blog saya ini anda berada dalam keadaan yang cukup membahagiakan...ada orang pernah berkata"BAHAGIA ITU BUKAN SEPERTI APA YANG ORANG LIHAT,TETAPI BAHAGIA ITU ADALAH APA YANG KITA RASA"...baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan MALAM NISFU SYA'ABAN...ya dalam beberapa hari lagi kita akan bertemu dengannya...pada tahun 2014 ini ia akan kita sambut pada hari khamis malam jumaat 12.6.2014...bagi mengetahui apakah kebaikan malam nisfu sya'aban marilah bersama-sama kita hayati sepotong hadis yang telah di sabdakan oleh baginda Rasulullah SAW...

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang saling benci membenci).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menurut Imam Asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: ‘Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.’

Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:

Kalimah syahadah,
Surah Yassin tiga kali,
Beristighfar,
Berselawat dan berdoa,
Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.
Janganlah memohon hanya kepada tiga perkara, malah mohonlah apa saja asalkan perkara yang diharuskan. Sebaiknya, mohonlah ditambahkan keimanan dan kecintaan kepada Allah. Hanya iman yang bertambah akan terus subur dan membawa kita ke arah kebenaran.
Semoga dengan doa kita pada Malam Nisfu Syaaban, Allah mengurniakan apa yang kita mohonkan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat 39)



c/c:http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/15/keagungan-dan-amalan-malam-nisfu-syaaban/

Monday, May 26, 2014

ISRAK DAN MIKRAJ

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


ISRAK bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitil Maqdis. Mikraj pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap ALLAH SWT untuk menerima fardu solat lima kali sehari semalam bagi umat Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi pada malam Isnin, 27 Rejab tahun kenabian, bersamaan tahun 622 Masihi dalam usia Nabi SAW 51 atau 52 tahun.

Sebelum peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW mengalami pembedahan dada dan perut oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Nabi Muhammad SAW. Setelah itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan Buraq untuk ditunggangi Nabi dalam perjalanan misteri yang dinamakan peristiwa Israk dan Mikraj.

Sewaktu perjalanan Nabi SAW ditemani oleh Jibril dan Israfil. Mereka tiba di tempat-tempat bersejarah dan berhenti sembahyang dua rakaat. Antara tempat itu ialah Thaibah (Madinah), tempat di mana Nabi SAW akan melakukan hijrah; Bukit Tursina, tempat Nabi Musa as menerima wahyu ALLAH, dan Baitul Laham (Palestin), tempat Nabi Isa as dilahirkan.

Dalam perjalanan itu Nabi SAW menghadapi gangguan jin Afrit dengan api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib dan menakjubkan. Antara lain ialah:
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buahnya) yang baharu keluar semula. Nabi SAW diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan.

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh semula, lalu dipecahkan pula. Jibril memberitahu Nabi SAW: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti bintang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Sekumpulan kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami mereka.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.

Setibanya Nabi SAW di Masjidil Aqsa, Nabi turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbiya dan mursalin menjadi makmum.

Nabi SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Nabi memilih susu lalu meminumnya. Kata Jibril : Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan menjadi sesat.

Sewaktu Mikraj (naik ke Hadhratul Qudus menemui ALLAH), didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi SAW dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzah).

Langit pertama, Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Adam as. Langit kedua, berjumpa Nabi Isa dan Nabi Yahya as. Langit ketiga, berjumpa Nabi Yusuf as. Langit keempat, berjumpa Nabi Idris as. Langit kelima, berjumpa Nabi Harun as. Langit keenam, berjumpa Nabi Musa as. Langit ketujuh, berjumpa Nabi Ibrahim as. Setelah melihat beberapa peristiwa ajaib, Nabi SAW dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur dan sembahyang (Baitul Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Makkah).

Tangga kelapan, di sini disebut “Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Nabi SAW masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat penunggunya.

Tangga kesembilan, Nabi SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustwa dan Sharirul Aqlam, lalu melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga ke-10, Nabi SAW sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhratul Rabbul Arbab, lalu dapat menyaksikan ALLAH SWT dengan mata kepala lalu bersujud. Kemudiannya ALLAH memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam, yang sebelumnya difardukan 50 waktu.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/rencana/misteri-di-sebalik-israk-mikraj

Monday, April 14, 2014

BARAKAH UMUR, INDAH PEKERTI

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya"(Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

* Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah s.w.t.. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkAan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia. Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik di sisi Allah. Inilah maksud umur yang diberkati Allah s.w.t.

* Sebaliknya pula jika seseorang memiliki umur panjang sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya ini bermakna tidak ada keberkatan pada umurnya dan bersiap sedialah untuk memasuki neraka.

Tuesday, March 18, 2014

DI SEBALIK PERISTIWA FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA & UNDANG-UNDANG AZAB ALLAH

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


1. Kamal , 22, Sabreena, 21, Syazana , 23, and Nor Faizza , 27. Saudara Islam kita ini telah mati semasa konsert tersebut. Muda-muda belaka. Apa agaknya music yang didengari mereka sekarang?

2. Ada kawan saya cerita, lagu-lagu yang mereka dengar itu high bass. Techno, trance, remix, etc. Memang boleh masuk dunia lain kalau PA system power. High bass tu boleh rasa sampai ke jantung. Takdir Allah, Malaikat Maut menarik nyawa mereka seiring dengan dentuman muzik yang dahsyat, dan kini mereka memang berada di dunia lain yang lebih real; alam barzakh. Apa-apa pun, mari kita sama-sama doakan agar mereka semua keampunan dan keredhaan Allah SWT.

3. Apa pengajaran untuk kita yang masih hidup? Bagi yang hidup mereka seperti Kamal, Sabreena, Syazana dan Faizza, cubalah tanya pada diri masing-masing, apa agaknya yang sedang dialami mereka sekarang? Artis-artis Malaysia yang dah berhijrah dari kehidupan jahiliyah ini mesti tampil ke hadapan sekarang untuk beri kesedaran. Konsert ini jelas menunjukkan kefasikan dan kezaliman manusia yang bermaharajalela melayan nafsu.

4. Bagi golongan baik dan soleh, ada satu undang-undang (qanun) Allah SWT yang anda mesti tahu. Khalifah Umar al-Khattab pernah ditanya, “Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia makmur maju?” Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.” Apabila kefasikan dominan, Malaysia boleh hancur disebabkan azab Allah SWT. Azab Allah SWT tidak hanya terkena pada orang yang bersifat zalim, tetapi juga kena kepada orang baik.

5. “Takutilah olehmu akan fitnah (azab bencana) yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu dan ketahuilah, bahawa Allah amat keras seksaannya.” (Al-Anfal 8:25)

6. Kemarau, jerebu, gempa bumi, kebakaran, etc. Kalau kita berakal, cuba fikir. Jangan pandang kejadian-kejadian ini sebelah mata. Pandang dengan mata hati. Mereka semua adalah ciptaan Allah SWT. Allah SWT pernah musnahkan umat-umat terdahulu dengan mereka ini. Tidak ada yang menghalang Allah SWT berbuat demikian lagi sekali.

7. “Sesungguhnya Kami telah binasakan beberapa umat sebelum kamu, tatkala mereka berlaku zalim. Dan telah datang beberapa rasul kepada mereka dengan (membawa) keterangan, tetapi mereka tiada hendak beriman. Begitulah kami membalas kaum yang jahat.” (Yunus 10: 13)
8. Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal.” (Al- Hasyr 59: 2)

9.Pada 19 April 2014 nanti, satu lagi konsert "Life in Color" akan dibuat di Sepang International Circuit, KL anjuran Zouk. Budaya gila ini semakin menjadi-jadi. Konsert-konsert ini bukan sekadar muzik, tetapi datang dengan pakej seks dan arak. Tambah lagi dengan virus liberalisme yang menyusup dalam pemikiran masyarakat.

10. Apakah peranan golongan baik dan soleh? Saya sampaikan apa yang Syeikh Ahmad ar-Rasyid nukilkan dalam Muntalaq:

Wahai orang-orang budiman dan soleh!
Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!
Di hadapanmu terbentang bahaya qanun Rabbani yang menggerunkan

sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu
Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,

Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan.
Pendek kata: wajib buat kerja dakwah. Selamatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

cc: Arus Baru FB



Wednesday, March 5, 2014

SUBUH YANG TERAKHIR

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana kita masih dapat dipertemukan sekali lagi pada bulan 3 2014 ini....sedar tidak sedar sudah sebulan rasanya saya tidak berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu dilaman indah ini...mungkin pada pembaca setia blog saya akan ternanti-nanti apakah yang mungkin akan saya kongsikan...sebenarnya tiada apa yang mungkin istimewa di hujung jari saya ini...hanyalah sekadar coretan yang berbahasa sederhana namun saya sentiasa cuba menerapkan dan memberi panduan yang bermakna dalam gaya bahasa yang cukup santai..saya ini bukanlah seorang pujangga yang bisa mencoret tinta bahagia...saya sekadar insan biasa yang mungkin mempunyai hati yang luarbiasa...insyaAllah...

Baiklah...anda sudah solat subuh pagi tadi?apakah pengertian solat subuh pada anda semua?ya...setelah semalaman kita tidur dalam keadaan yang cukup nyeyak...tiba-tiba kita dikejutkan dengan seruan daripada Allah swt untuk menunaikan solat subuh,mungkin pada yang merindukan PenciptaNya dia akan segera bangkit,tetapi bagi yang dibalut dengan selimut bersama bisikan syaitan akan terus hanyut dalam lenanya...sebenarnya tajuk saya pada kali berdasarkan tajuk lirik lagu kumpulan kesukaan saya iaitu kumpulan Rabbbani..
mungkin ada antara kita yang pernah mendengarkannya...kepada yang belum...sila cari dah dengarkannya..berikut adalah liriknya:

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir


sungguh bermakna dan mempunyai maksud yang mendalam sekali lirik lagu ini bukan?ya setiap hari yang kita lalui...mungkin kita tidak akan pasti dan tahu bahawa ajal maut itu akan hadir dan apakah solat subuh kita pagi tadi ada solat kita yang terakhir sebelum kita di panggil menghadap illahi..berdoalah agar kita sentiasa dikurniakan umur yang panjang lagi berkat..namun seandainya kita diberi kesempatan yang ada ini gunakanlah dan berbuat baiklah kepada orang-orang yang amat kita cintai dan sayangi...

Wednesday, February 19, 2014

SOLAT MENJADI AGENDA PENTING

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu kembali setelah lama tidak ketemu.Bagaimana dengan kehidupan anda pada hari ini?saya harap anda berada di dalam keadaan yang cukup membahagiakan...mungkin juga kadangkala dalam kemanisan hidup ini kita diuji dengan pelbagai suka dan duka...besabarlah kerana Allah akan selalu menguji setiap daripada hambaNya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan mereka.

Baiklah untuk nukilan kali ini saya ingin menyentuh mengenai satu tajuk yang mungkin berulang kali kita membacanya,iaitu bab solat...dalam mendidik anak-anak mengenai islam,mungkin kita tidak akan pernah lepas dalam membicarakan bab solat bukan?solat adalah agenda penting buat kita dalam mendidik anak-anak sebagai rasa syukur dan bertuhan dalam diri.Dengan solat dapat menjadikan seseorang itu taat akan perintah Allah,kerana dalam solat itu sendiri terdapat pelbagai rahsia yang masih banyak perlu kita rungkaikan bersama.

Solat yang kita ajarkan pada anak-anak sedari kecil ini,dapat menjadi benteng yang kukuh dalam menempuh alam yang lebih mencabar apabila mereka dewasa kelak.Untuk memberikan pendidikan agama yang berkesan buat anak-anak,seseorang ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama yang berkesan kepada anak-anak.Ibu bapa perlu menunjukkan teladan agama yang baik kepada mereka.Dalam soal solat,bagaimana mungkin anak-anak akan taat dan rajin menunaikan solat andainya kita sebagai ibubapa culas dan tidak menunaikan solat?.Saya mengharapakan anda semua diluar sana,bawalah bersama anak-anak ke masjid apabila bersolat berjemaah.InsyaAllah dengan cara ini dapat memupuk jiwa yang cintakan masjid dan bersolat berjemaah dalam diri anak-anak itu sendiri...

Kesimpulannya yang dapat saya rungkaikan disini adalah sebagai seorang yang beragama islam dan sebagai ibubapa yang prihatin kepada anak-anak,maka didiklah mereka dengan perintah solat..ajarilah mereka akan rukun islam ini dengan sepenuh hati,apakah kita mahu melahirkan sebuah generasi yang buta solat?Nauzubillahminzalik...

Monday, January 6, 2014

MEMPERBAHARUI AZAM

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


...Salam tulus ikhlas saya ucapkan buat semua pembaca blog saya ini,semoga pada saat ini anda semua berada didalam keadaan yang cukup membahagiakan...Alhamdulillah,syukur kerana sekali lagi kita berpeluang bertemu di alam blog ini...rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat tahun baru masihi 2014...semoga tahun baru ini memberikan kita lebih kekuatan dalam mengharungi segala pancaroba dan semoga iman kita akan terus bertambah...inshaAllah...
Baiklah setiap tahun kita akan berbicara soal azam bukan?ya azam atau perancangan baru untuk kita capai pada setiap tahun mendatang,semua orang mungkin ada azam yang telah dinukilkan untuk dicapai pada setiap tahun bukan?setiap tahun mungkin ada yang akan perbaharui azam tersebut.Rasanya tidak salah jika apa saya katakan disini bahawa azam sememangnya patut diperbaharui setiap tahun agar perancangan kita setiap tahun itu ada perkembangan dan kemajuan...sebagai contoh mungkin ada orang yang berazam untuk membeli kereta baru pada tahun 2014 ini...soalnya bagaimana caranya untuk dia melaksanakan azam tersebut...mesti ada susun aturnya,perjalanannya,dan juga cara merealisasikannya..saya juga seperti anda semua sentiasa choba untok memperbaharui azam yang telah saya pahatkan...semoga saya dan anda semua berjaya dalam merealisasikan azam yang telah diperbaharui...inshaAllah
....Akhir kalam,saya ingin mengucapkan selamat memperbaharui azam buat anda semua,realisasikannya selagi hayat dikandung badan,jangan lupa berdoa pada Allah swt agar azam kita itu sentiasa mendapat pertolongannya...Amin...