Thursday, September 12, 2013

BAITI JANNATI~RUMAHKU SYURGAKU

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Bertemu lagi kita pada hari ini,semoga disempatan yang ada ini kita diberikan oleh Allah swt kekuatan dalam melalui hari-hari mendatang yang penuh dengan onak duri serta cabaran.Sudah menjadi lumrah insan di muka bumi ini tidak lepas daripada melalui kehidupan yang kadangkala berada didalam kegembiraan dan juga kesedihan,semua itu lumrah.kadang-kadang orang dengki dengan kejayaan kita,kadang-kadang orang suka tapi dalam hati bencinya meluap-luap,apa yang boleh saya katakana pada orang yang melalui perkara ini…bersabarlah,kerana Allah swt sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar

Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.

Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.

Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta’aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:

“Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja”

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.

Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang diimport dari luar.

Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.

Monday, September 2, 2013

TAHNIAH:ANDALAH PASANGAN IDAMAN SI DIA


Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Bertemu lagi kita setelah sekian lama tiada yang terkini dapat saya coretkan disini..hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua diluar sana berkenaan suatu perkara dalam membentuk mukmin perkasa dan keluarga yang bahagia..apakah ya?hmm…mungkin ada yang tertanya-tanya bukan?baiklah mungkin dalam mood lepas raya ni ramai yang akan mendirikan rumah tangga bukan?baiklah dikesempatan yang ada ini,saya ingin anda semua mengambil masa untuk menatap coretan saya pada kali ini…
Tahniah,anda adalah pasangan idaman si dia…berikut adalah ciri-ciri suami dan isteri idaman

Suami idaman

• Berilmu dan sentiasa beribadah
• Bijaksana dan penyabar
• Prinsip hidupnya jelas
• Menghormati dan memuliakan pandangan isteri
• Mengenali dan memahami watak isteri
• Menjadi tempat berlindung dan mengadu isteri
• Memberi nafkah zahir
• Ikhlas mendidik isteri
• Tidak mengungkit-ngungkit tanggungjawab dan pemberiannya
• Menghormati keluarga isteri
• Mengutamakan hak isteri daripada rakan seperjuangan


Isteri idaman

• Bersifat qana’ah- menerima suami seadanya,merasa cukup dan mensyukuri pemberian suami.
• Mendengar dan mentaati perintah suami,selagi perintah itu tidak menyimpang daripada ajaran islam.
• Tidak mempamerkan sesuatu yang buruk pada pandangan suami
• Tidak membiarkan suami mencium bau yang tidak menyenangkan dari dirinya
• Menjaga waktu makan suami,sentiasa menawarkan makanan sebelum dia meminta
• Tidak menggangu waktu tidur dan rehat suami
• Memelihara harta suami
• Menerima kaum keluarga suami
• Memelihara rahsia suami dan rumahtangga
• Sentiasa disisi suami samada suka atau duka
• Mengutamakan kepentingan suami berbanding diri sendiri

SUMBER:PTS ISLAMIKA~hadiah daripada pengantin

Thursday, August 15, 2013

Thursday, August 1, 2013

SELAMAT HARI RAYA EIDUL-FITRI 1434H


Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini,saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya dan semoga dengan kemeriahan kita meraikan hari yang berbahagia ini akan sentiasa mendekatkan kita kepada Allah swt...insyaAllah amin...

Friday, July 12, 2013

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Alhamduillah segala pujian hanya buatMu Ya Allah kerana pada saat dan ketika ini kita masih diberikan Allah peluang dan ruang untuk saya dan anda semua berkongsi ilmu dalam mengharungi sebuah perjalanan kehidupan yang pastinya belum tentu indah sentiasa,Apa khabar anda semua pada hari ini?Saya harap anda yang sedang kala ini membaca nukilan saya ini berada didalam keadaan yang cukup membahagiakan.Hari ini sudah masuk hari yang ke 3 kita semua berpuasa bukan?Syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita masih berpeluang untuk menjalani ibadah ini sekali lagi pada tahun ini.Semoga dengan kesempatan yang masih ada ini kita gunakan peluang tersebut dengan berpuasa bersungguh-sungguh disamping ibadat yang lain tidak kita tinggalkan.Isilah ruang masa yang ada sewaktu berpuasa ini dengan bersolat berjemaah pada setiap kali masuknya waktu solat fardhu,kemudian bacalah Al-Quran dan banyakkanlah bersedekah kerana pada bulan yang mulia ini setiap amalan kita dilipatganjarkan oleh Allah swt.Marilah kita sama-sama merebut segala nikmat dan kelebihan yang telah Allah swt sediakan sepanjang bulan Ramadan ini.Sekiranya sebelum ini kita rasa seperti sukar untuk melaksanakan amalan-amalan tersebut,cubalah cari sedikit kekuatan untuk menunaikannya.Selain itu penuhilah malam bulan Ramadan dengan melakukan solat tarawih biarpun ia hanyalah sekadar sunat namun ia amat dituntut untuk dikerjakan sepanjang bulan ini.Akhirkata semoga anda semua dapat menjadikan Ramadan yang tiba kali ini sebagai Ramadan yang terbaik pernah kita lalui…insyaAllah..

Wednesday, June 5, 2013

GAJET LAKNAT SATU PETAKA DI SEBALIK KEMUDAHAN

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,bersyukur kita kehadrat Allah swt.kerana pada saat dan waktu yang masih bersisa kita dapat meminjam sebentar kurniaan Allah swt bernama udara.Ya udara itu adalah pinjaman daripada Allah swt,bukan itu sahaja apa yang ada didunia ini adalah pinjaman daripadaNya dan pada bila-bila masa sahaja ia akan kembali kepada Yang Maha Esa.Hari ini kita mungkin bisa ketawa riang gembira,siapa tahu esok lusa kita akan bersedih samada meratapi sebuah kehilangan atau menangisi pemergian orang yang tersayang.Hidup ini telah diatur dengan rapi oleh Allah swt dengan qada dan qadarNya maka kita sebagai hambaNya seharusnya redha menghadapinya,namun kadangkala Allah juga berikan kita pilihan untuk mengubah sesuatu perkara,seperti mengubah kehidupan kita yang sukar kepada keaadaan yang lebih baik.sesuai dengan
FirmanNya bermaksud “Allah tidak akan mengubah kehidupan sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya”.
Al-Ra'd ayat 11

Baiklah terlebih dahulu saya ingin mengajak anda semua muhasabah diri sebentar,apakah hari ini kita sudah menunaikan amalan-amalan wajib?bagaimana dengan solat lima waktu kita,apakah pula dengan dengan amalan-amalan sunat kita seperti solat dan puasa?apakah hari ini kita sudah membaca Al-Quran?berapa banyak ayat kita sudah baca ya?Apakah kita masih leka dengan gajet-gajet laknat yang sering melalaikan kita daripada mengingati Allah swt?Apakah gajet-gajet itu akan membantu kita saat kita diperhitungkan di padang mahsyar nanti?Sesungguhnya islam itu tidak menolak kemajuan namun berpada-padalah dalam menggunakannya.Janganlah sebab gajet sekecil GALAXY NOTE itu akan menjerumuskan kita ke dalam api neraka.dengan gajet sekecil itu membuatkan kita leka dan lalai daripada mengingati Allah swt.Nauzubillah sesungguhnya kita termasuk diantara orang-orang yang teramat rugi.Apakah perlu dengan gajet seperti itu kita aplikasikan didalam kehidupan kita sebagai seorang yang beragama islam?mungkin lebih baik dengan duit yang kita laburkan untuk gajet tersebut kita salurkan kepada badan-badan yang membantu umat islam diseluruh negara.Atau pun lebih baik kita gunakan untuk membeli senaskah Al-quran yang mungkin harganya tidak semahal gajet laknat yang kita miliki.Mungkin ada yang tidak sependapat mungkin dengan pandangan saya ini.namun percayalah satu hari nanti anda pasti akan berasa apa yang saya katakana ini ada betulnya.

Hari ini saya lihat kita semakin hanyut dibuai dengan pelbagai teknologi yang membuatkan kita terus alpa daripada jalan dakwah.Semakin ramai belia dan anak remaja kita leka dengan gajet-gajet terkini.Saya lihat juga bukan anak muda sahaja tapi arus ini juga melanda orang tua.Mengapa hal ini berlaku?Seharusnya sebagai orang yang lebih tua,mereka seharusnya menunjukkan contoh terbaik buat anak-anak mereka.Saya amat risau dengan generasi yang bakal memimpin umat islam nanti,Semoga keturunan saya nanti dijauhkan dari segala kemusnahan yang bisa meruntuhkan akidah ini.

Kesimpulannya,saya harap anda yang membaca blog saya ini,bisa membuat pilihan yang bijak dalam menggunakan sesebuah teknologi.Saya tidak menghalang anda untuk memiliki gajet-gajet terkini yang berada dipasaran,Cuma saya minta berfikir seketika,apakah ia sekadar keperluan atau untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah kepada orang lain?pilihan ditangan anda sendiri….di antara dua anak muda yang memegang gajet terkini atau anak muda yang yang memegang Al-quran yang kian lusuh dibacanya mana satu agaknya lebih berilmu dan banyak pahalanya?

Friday, May 31, 2013

PUASA SUNAT @ REJAB

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Alhamdulillah,selamat pagi dan salam setulus pagi jumaat yang cukup indah sekali.Matahari pagi ini terbit awal sehingga memancarkan cahaya yang cukup menggembirakan buat mereka yang sering menantikan hari jumaat,ya hari jumaat…ada apa dengan jumaat ya?Tentulah banyak kelebihan yang kita dapat pada hari jumaat,malah hari ini boleh dikategorikan sebagai hari raya mingguan bagi umat islam.Ada orang yang benar benar menyukai hari ini,kerana hari ini dia akan berdoa banyak-banyak agar Allah swt makbulkan segala permohonannya.Tapi ada juga orang yang buat biasa biasa je bila tiba hari ini,malah yang lebih teruk pada saya sampai tak pergi SOLAT JUMAAT,Ya Allah kalau Allah tu cabut nyawa mereka yang malas dan berat je nak pergi solat jumaat ini,tentu mereka akan menyesal sangat-sangat,sebolehnya kita tak bolehlah nak meremehkan tuntutan solat ini,malah solat fardhu 5 waktu juga kita patut dan wajib laksanakan.Saya pernah lihat ada orang yang boleh tidur daripada pergi solat jumaat,teruknyalah apa nak jadi,kalau ada undang-undang yang boleh jatuhkan hukuman bunuh pada mereka ini,sayalah orang pertama yang menyokongnya.Apa berat sangat ke nak solat jumaat tu?kalau susah susah dan malas sangat nak solat jumaat tu,pergilah cari Dunia lain yang takde solat jumaat.itupun kalau mereka jumpalah kan,

Baiklah,panjang benar mukadimah saya pada pagi jumaat nikan?hehe…biasalah saya ni geram sangat dengan orang yang suka meremehkan tuntutan Allah ini,Allah dah bagi macam-macam padanya,nak naik pangkat Allah bagi,nak naik gaji pun Allah bagi,tapi mereka tetap sombong dengan Allah,tak nak dengar perintah Allah.Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan menunaikan puasa sunat di bulan rejab.Seeloknya jika mampu untuk berpuasa dibulan rejab ini adalah baik sekali.Terdapat begitu banyak kelebihan untuk kita jika berpuasa sunat dibulan rejab ini. Bulan Rejab antara bulan yang istimewa dalam Islam oleh sebab itu kita disunatkan berpuasa padanya.

DALIL

Hadis Rasulullah s.a.w :


إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya :

Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.


Antara kelebihan berpuasa pada bulan Rejab:

1.Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi

2.Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya

3.Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka

4.Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal

5.Puasa 5 hari - aman dari azab kubur

6.Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya

7.Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

8.Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

9.Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga

10.Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang di Titian Siratul Mustaqim

11.Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 3000 tahun

12.Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun

13.Puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun

14.Puasa 16 hari- dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga

15.Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam

16.Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya

17.Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat di malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya dosa 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui Titian Siratul Mustaqim


Sumber : www.e-mosque.com, www.ppdjasin.edu.my